Sunday 13 March 2022

BUAT MINI SCONE UNTUK CELLA

Sejak sebulan yang lalu Cella request  buatkan scone bila dia cuti swm nanti.Cutinya tak panjang,hanya dua minggu.Mencuri-curi juga waktu yang singkat untuk balik Kedah sehari dua jumpa nenek dan makcik pakciknya.


Makanya pagi Khamis sebelum dia balik Trengganu tu,merajinkan diri buat juga scone 


Kata Cella dia sangat merindui homemade scone yang dulunya selalu jadi bekal dia bersama  abang & kakaknya ketika zaman sekolah rendah.
Heee,memang dulu saya boleh lah dikategorikan sebagai "rajin" masak aneka bekal untuk anak-nak.Tapi itu duluuuuu la🤭🤣🤣
Sekarang....sendu jer nak masak memasak.Banyak membeli bila abang dan kakaknya selalu makan kat luar saja.Kalau masak pun ala kadar ja..hihihi

Kali ni saya buatkan cheese scone dalam versi mini.

Biasa satu adunan tu saya buat 12 pcs sahaja.Tapu kali ni adunan yang sama saya jadikan 35 biji bite size.Tengah baking pun dua biji dah kena cukai dek kerana harum cheese dan butter yang menggoda.Guna primium butter buatkan rasa scone harum dan sedap berlemak.Tu yang sambil bakar pun boleh curi makan.

Yang berbintik tu adalah parutan cheese .Saya guna cheddar cheese.

**semua pic by Cella kecuali  dua pic scone dalam tray ni🤭)


Saya masih menggunakan resipi yang sama sejak sekian lama.Saya C&P dari oldpost sahaja:


SCONE

2 cup tepung gandum

1 tbls baking powder

1/2 tsp garam

5 tbls chilled butter

½ cup cheddar cheese(parut)

1 telur3/4 cup susu cair

1. Potong dadu butter yang masih sejuk.

2. Gaul & ramas dalam tepung yang dh ayak dgn baking powder & garam.Tambah dreid fruits/strawberry

3.Buat lubang dalam tepung tu & tuangkan telur & susu.

4. Cepat2 gaul & canai tebal agak2 1.5 cm serta terap .

5.Sapu sikit susu cair atas scone & bakar lebih kurang 20 minit hingga luarnya nampak garing..Hidang dengan butter & jem...

****.Pesan mak aku.....Jangan uli sbb nanti scone akan liat & keras.gaul sekadar bercampur rata & boleh canai je.. Dough scone memang kasar & tidak licin macam biskut.Lagi satu  scone mesti agak tebal & besar...Kalau buat kecik2 macam biskut nanti tekstur scone akan berubah.

** betul la..bila buat mini size,tekstur agak berubah.Rasa dan teksturnya seperti "honey biscuits" kat Taxes Chicken.Pada pandangan saya better buat saiz asal 12 pcs untuk 1 adunan ni


Tak menyabar Cella nak makan.Ada beli dairy cream untuk makan dengan scone ni tapi malas nak keluarkan mixer untuk pukul cream tu.Sudahnya makan dengan jem 🍓 sahaja 



Saya masukkan dalam setiap ziplock 5 pcs untuk cella bawa balik kolej.Katanya nanti boleh agihkan kepada rakan-rakan buat sarapan atau makan sambil online class.Depa kena kuarantin 5 hari  sebelum dibenarkan face to face.Dalam masa kuarantin kena online class la.


5 comments:

  1. Alamak sedapnya scone... ada di dapur, nak pi makanlah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dapat juga Cella makan scones yang diidamkan dah lama. Guna bahan premium mesti lagi sedap. Suka bau butter tu fresh from oven.

    ReplyDelete
  3. Kalau babb scone memang fav SA..teringat dulu naik CH semata- mata nak minum petang dan makan scones...masa tu kita ada bopren..la ni dah takde xde sapa nak ajak...hahahahah....

    ReplyDelete