Friday 4 March 2022

SATE PADANG @ WARUNG IBU PADANG

 Hari Isnin punya story..Dah nak maghrib,pergi mencari sate padang.

Dah beberapa hari anak bongsu tu balik cuti sem.Dia ajak makan Sate Padang.


Makan Sate Padang @ Warung Ibu Padang kat Seri Sentosa.Saya tak tau pun kewujudan warung tu.Tapi sebab Cella dok sebut nak makan Sate Padang cuba google..

Rupanya anak bujang tu cakap dia selalu ja melintas Warung Ibu Padang tapi tak pernah singgah.Dia layankan adik kesayangannya pi la cari sate tu.


Cella ajak kawannya si Lala..Makan berempat.Lala memang orang Minang.Dia yang bagitau Cella pasal Sate Padang ni.Tu yang Cella dok ajak makan Sate Padang tu


Saya tak pasti pembuatan dan bahan Sate Padang ni sebab ia dibakar di gerai sebelah.Warung Ibu Padang menyediakan aneka lauk dan  masakan Padang asli seperti gulai kuning,sambal ijo,Soto Padang dan aneka jajanan Padang seperti keropok jangek,keropok terasi,kerepek-kerepek yang saya tak tau nama..Makanan sampingan lain termasuk Sate Padang.Sate Padang ni katanya hanya bermula pukul 6 petang Makanan lain seawal 11 pagi.
Kami tidak mencuba masakan lain kerana hanya nak menikmati Sate Padang. 

Inilah Sate Padang...
Kami pesan 4 set Sate Padang bersama minuman.1 set Sate Padang hanya berharga RM5
Anak bujang tu & Lala pilih sate daging.
Cella pilih sate ayam.
Saya pilih sate lidah.
Setiap set mengandungi 6 cucuk sate, tiga ketul nasi impit dan kuah pekat berempah yang  ditaburi bawang goreng.Kuahnya bukan sos kacang macam sate Malaysia.
Tapi dari deria rasa saya sate ni hanya daging atau organ dibakar kosong tanpa bahan perap.Dagingnya nipis dan agak tawar. Kuah sate ni macam sos berempah dan dipekatkan dengan tepung dengan rasa pedas berempah dan sedikit masin tanpa sedikit pun manis dan lemak rangup kacang tanah seperti sate tempatan.


Sate ni kurang menepati anak tekak saya.Namun sedap itu subjektif..Cella dan anak bujang tu kata sedap.Depa siap tapaw sorang 1 set untuk makan tengah malam.Juga tapaw lagi sebungkus sate daging dan soto untuk Adah yang tak ikut sebab belum balik kerja.

Ini antara kudapan Padang."Kerupok Jangek"
Kerupok jangek ni dibuat daripada kulit belulang lembu.Rasanya bagi lidah saya ianya biasa-biasa saja dan baunya seperti ikan masin🤭

Kerupuk terasi dan keropok jangek.
Ada beberapa jenis lagi kudapan Padang..tapi saya segan nak pi snap gambar kat rak tu.Cella dan Lala dok bergossip takdan nak minta tolong snap gambar.
Yang nak cuba rasa Sate Padang boleh ja Google 
" Warung Ibu Padang"
Lauk pauknya nampak sangat menarik.Cuma saya dah kekenyangan.Lain kali kalau ke sini lagi mungkin saya akan mencuba gulai kikil dan perut tembusu.Itu antara lauk yang saya masih kenang ketika ke Padang dan Bukit Tinggi satu masa dulu.Saya juga merindui sejenis kuih bingka yang dibakar menggunakan bara daripada kayu pokok kayu manis.Semoga ada rezeki lagi untuk ke Padang selain Warung Ibu Padang ni🤭


8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...
      Yang suka in sha Allah sedap..

      Delete
  2. Tengok satay padang tu teringat peristiwa lucu sblm bersalin aritu.. teringin sungguh² nak makan satay padang. Suami pun layankan aje. Sampai kedai pun still bersungguh order. Bila dah sampai sataynye, sy pandang suami, suami pandang ahnaff. Hahaha.. tak berapa menepati citarasa kan kak. Ahnaff yg hantu satay tu pun xnk merasa walau secucuk pun 🤭.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha....begitu juga yang saya rasa tapi saya habiskan juga 6 cucuk tu.
      Anak-anak saya kata sedap..Makanya benarlah sedap itu subjektif

      Delete
  3. Dah kena dah tu cella dan Lala, comel nama dua dua ni. Ohh macam tu ye rupa dia sate padang. Jual set macam tu okay jugak. Kira murah jugaklah tu. Selera berbeza gitu kan. Next time kena cuba lauk pauk pulak. Kot kena pulak dengan selera mama cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza ..idea buat set macam tu bagi saya sangat bagus.Cella & Lala rakan karib di unisza tu.cuma kos tak sama.Lauk dia nampak macam sedap-sedap

      Delete
    2. Balik sekali lah berdua ni. Bagus juga kawan karib satu U. Boleh balik sama-sama. Nanti cuba lauk pulak :)

      Delete
  4. Unik sate Padang ni kan.
    Jom zikir ke Padang. Saya pun teringin nak ke sana lagi. Rindu lauk pauk Padang yang macam-macam tu.

    ReplyDelete