Monday 13 April 2020

LEMPENG CAIR CICAH ASAM PEDAS-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 ( DAY 26)

Pagi ni bagun pagi jer dah hari 26 Perintah kawalan Pergerakan-Covid 19
Haaa..sekarang celik makata jer mengira hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan.
Kadang hari apa pun x hengat, tarikh pun x hengat
Tapi boleh plak ingat hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan🤭🤭

Bangun jer pagi tengok maknaku dah siapkan breakfast.. Actually dah bangun dah masa mak aku kejut subuh. Tapi boleh ter 2nd round lena. Heeeee
Sedar-sedar rasa terang semacam jer

Mak aku masak Lempeng Cair Cicah Kuah Asam Pedas..
Mmm... Dari semalam dah teragak nak makan Lempeng Cair ni.
Sebabnya semalam kan mak aku masak ASAM PEDAS IKAN MAYONG...


Kuah Asam Pedas kalau dah biar semalaman...
Memang A++ la buat cicah Lempeng Cair
Fav aku la...

Koyaklan lempeng
Celup dalam kuah asam pedas
Aummmm


Minum lak Teh O Lemon Panas
Walla wei...!!


LEMPENG CAIR
2 cawan tepung gandum
3 1/2cawan air
1 telur
sikit garam
2 sudu minyak
sikit minyak lagi untuk sapu kuali
1. Blend semua bahan tu hingga berkrim
2. Jika guna kuali biasa sapu sikit minyak & dadarkan kuih sesenduk demi sesenduk..
3.Jika guna pan..just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama..
4. Buat hingga selesai  & boleh hidang dengan asam pedas, sambal tumis atau kari atau sambal sardin

Step by step & cara melempeng boleh refer post RESIPI & CARA BUAT LEMPENG CAIR... kat sini

Actually, banyaknnak tulis pasal Lempeng bagai ni
Tapi tetiba malam
Hahahaha

Makan....
Abang la paling suka Lempeng Cair

No comments:

Post a Comment