Thursday 16 April 2020

SERAWA PISANG NANGKA - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 29)

Perintah Kawalan Pergerakan  dah masuk hari ke-29..
Dah sebulan dah #stay@home

Mak aku masak Pengat Pisang
Tapi mak aku kata ni Serawa Pisang
Hee....
Masak Pengat Pisang ni hari Isnin
Untuk dessert aku iftar
Hari Isnin kan aku sorang jer puasa

Mak aku cakap ni Serawa Pisang Nangka
Pengat Pisang Nangka la tu
Hahahha nk juga menang..
Kikiki

Pisang Nagka
Aku mrmang kenal pisang nagka
Hanya pisang nangka x kenal aku
Hahahah
Pisang tanduk aku tahu
Pisang emas dibawa  berlayar pun aku tahu.
& pisang raja udang sebab kulit dia merah seperti udang dibakar.
Tapi bukan semua pisang aku tahu
Pisang Nangka aku tahu
Buah dia panjang-panjang hamoir macam pisang tanduk
Bila masaknpun kulit dia still hijau
Bau dia memang bau nangka
Sebab tu kot namanya pisang nangka
Lain-lain pisang aku dah x kenal.


Pengat Pisang memang sedap
Tapi aku memang xkan makna banyak
Sebab manis
Mak aku lak memang suka buat manis-manis
Dah pisang tu manis
Kuah dia plak lemak + manis
Mmmm makan sikit boleh la


SERAWA PISANG NANGKA
10 biji pisang nangka(yang ni saiz kecil)
1 kotak santan
1 helai pandan
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula putih @ boleh ganti gula perang @ gula melaka
2 sudu sagu - rendam 10 minit

1. Kupas & hiris pisang sederhana tebal
2. Masak pisang bersama 3 cawan air hingga mendidih
3. Masukkan sagu & masak hingga sagu jernih & tiada bintik putih
4. Tambah garam, gula & pandan biar mendidih hingga gula larut
5. Masukkan santan & kacau rata. Biar mendidih sekejap sahaja & sesyaikan rasa

*** Pengat/serawa lebih elok dimasak be erapa jam sebelum dimakan supaya kuah akan lebih pekat & rasa lebih sedap



Selain Serawa Nangka...
Rezeki hari Isnin juga ada Kuih Akok
Kuih Akok ni kawan abang yang kasi
Banyak plak tu
Dah macam bulan puasa dah

4 comments:

  1. Salam perkenalan..
    Next recipe, LZ nak buat pengat. Sedap cicah dengan roti untuk minum petang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Waaaa.. Macam mak kiter juga..
      Tapi mak kiter makan ngam cream creaker..

      Delete
  2. Salam Cella, seronok saya baca blog Cella ni. Kirim salam kat mak. Share lg ya resepi2 msk2. Tgk gmbaq Cella p gunung jerai teringat kecik2 dulu, bila balik kampung, kampung kita kat Kaki gunung tu, slalu p mndi sungai. Ni dh tua2, kesian anak2 tak penah bawak p sana. Kita dduk oversea, anak2 semua sini. takdakla depa reti nk mndi sungai semua. Share lg resepi ya. Thank you.
    Kind regards,
    Farah (Nottingham, UK)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis FS...
      Terima kasih baca catatan ni.
      Catatan pengalaman kat KL & kat kampung & kat sekolah jer.. Hee
      Seronoknya duduk oversea..
      Dulu kiter pun selalu verangan nak study kat oversea.. Taoi sekarang dah takut nak berangan coz semalam dengar PC dr menteri batch kitorang.. Bln 8 thn dwpan baru start pengambilan UPU..
      UPSR & PT3 pun dah dibatalkan.. SPM & STPM pun pospon thn depan.

      Kat Notthingham kena MCO jugak ke.. @ terua lockdown?
      Hope keadaan akan kembali normal lepas ni.. Aamminn

      Delete