Tuesday 31 March 2020

ROTI TELUR SARDIN GORENG-PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN-COVID 19 (DAY 13)

Isnin pagi hari ke 13 Perintah Kawalan perverakan..
Pukul 5 pagi mak aku kejutkan semua untuk bangun sahur..

Mak aku masak Roti Telur Sardin  Goreng
Minum nfan Teh 0 Panas...

Makan roti panas-panas
Minum teh O panas-panas..
Huh pagi-pagi buta berpeluh macam jongging 10 km 🤣

 Tapi aku makan sekeping jew
Kunyah macam kura-kura nak habiskan sekeping pun sebab semua panas

 Abang la makan banyak
Haaaa... avang tu dia tahu ke tak ada sardin
Sardin tu kan ikan
Licin jer abang makan😆
Masa bangun roti & teh O ni  dah ready to eat..
Siap dah hidang atas meja..
Baca dalam social media kat kedai-kedai memang roti Gardenia ni tengah hot
Sampai berebut-rebut orang beli
Sampai ada yang buat lawak jual online roti Gardenia
Tapi kat rumah kitorang masih ada bekalan roti Gardenia



Ni roti yang mak aku beli hari Sabtu minggu lepas lagi..
Dah lebih seminggu
Kalau ikut dah expired dah pun
Tapi lepas beli hari tu terus simpan dalam peti ais
1 pack dah habis makan buat sarapan roti bakar untuk ssminggu
1 pack yang dalam peti ais ni mak aku cakap ada separuh lagi
Minggu lepas hari Sabtu mak aku keluar beli barang dapur..
Aku nak ikut, mak aku x kasi
Mak aku cakap nak kurangkan risiko sebsb nak beli barang tu tempat ramai orang
Hari ni pun mak aku cakap nak keluar beli stok makanan
Sebab stok yang beli minggu lepas dah mula berkurangan
Pukul 7.30 pagi mak aku dah siap pakai face mask & siap bawa sanitize, bawa lidi untuk tekan butang lif..
Handphone, purse & kunci kereta pun mak aku hanya masukkan dalam plastik jer
Mak aku cakap xnak bawa handbag sebab nak kurangkan risiko
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni, ni kalu ke-2 mak aku kaluar beli barang..
Aku nak ikut, mak aku xkasi
Mak aku cakapnnanri rakut kena tahan ngan polis & askar
Arahan & peraruran hanya benarkan ketua keluarga seorang sahaja untuk keluar beli barang makanan..
Mak aku memang patuh..
Abang offer jer nak gi beli barang
Tapi mak aku x kasi
Mak aku cakap lebih senang mak-mak yang gi beli barang dapur..
So, lepas mak aku gi  pasar semua sambung Zzzzzzz.... sebab puasa kan..
Heeeee
Sedar-sedar bunyi ketuk pintu mak aku dah balik pasar
Mak aku x kasi aku angkat barang-barang tu
Mak aku kata biarkan jer kat belakang pintu tu
Mak aku terus kebilik air untuk mandi  & basuh semua pakaian yang pakai gi pasar Hari tu masa abang gi KK, masuk jer rumah mak aku terus halau abang masuk bilik air suruh mandi basuh baju semua..
Abang ngelat, letak baju belakang pintu..
Memang 1 rumah la kena bebel..
Sebab tu mak aku dha x kasi abang keluar
Barang- barang ni pun mak aku dah pesan jangan usik
Selepas 8 jam nanti baru boleh kemas
Hanya barang basah mak aku kuarkan untuk basuh
Pun mak aku x kasi aku pegang

No comments:

Post a Comment