Sunday 15 March 2020

BEKAL SEPANJANG MINGGU 11

Bekal sepanjang minggu 11

Bekal Hari Isnin
BIHUN GORENG ANAK DARA.....


BIHUN GORENG ANAK DARA
1 bungkus bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
4 sudu minyak
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang
1. Gaul isi ayam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lekat masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot  gaul hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih & + kiub pati ayam
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit sebelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil renjis kicap manis hingga bihun lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata(supaya lebih warna-warni)
10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
       (bihun anak dara ni kosong jeršŸ¤­)

Bekal Hari Selasa
7Days Croisant
Hari Selasa mak aku ada event kat Pudu
Kena gerak awal
Takde masak bekal & breakfasr
Semua bawa bekal 

Bekal Hari Rabu
BEKAL. NASI GORENG NANAS.....


NASI GORENG NANAS
3 cawan beras basmathi(tanak nasi = 6 cawan )
1 biji nanas- potong kasar
¼ ekor ayam - hiris
(boleh guna 1 mangkuk  isi ayam)
3 paket kecil pes nasi goreng Adabi
1 bawang holland-hiris
2 pokok daun bawang
1 biji tomato-hiris
2 cili merah-hiris
15 cili padi - ketuk pecah-pecah
1 sudu teh garam
4 sudu minyak
1. Panaskan minyak & tumis sosej/isi ayam
2. Masukkan bawang holland & pes nasi goreng Adabi.
3. Tambah nanas hiris kasar & tomato, cili hiris & cili padi & masak hingga nanas lembut
4. Masukkan nasi & gaul sebati hingga naik wap
5. Sesuaikan rasa & tabur daun bawang yang dikerat2 & gaul rata
6. Hidangkan panas
( nasi ni memang agak banyak sesuai untuk 6-8 orang makan)

** Gunakan perencah Adabi berberntuk pes supaya rasa  mirip nasi goreng nanas ala Thailand)


Bekal Hari Khamis
BEKAL NASI LEMAK KUNING..

NASI LEMAK KUNING KEDAH..mak aku
3cawan beras( sebaikknya beras jenis nasinya lerai)
3 cawan air( ikut jenis beras)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula( opsyen)
1sudu teh serbuk kunyit( ( boleh  guna pewarna kuning telur star brand 1/2 sudu)
1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu merjerin
Bahan Tumis:
2 biji bawang merah keecil- hiris
2 ulasa bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Semantara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..
6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik



Bekal Hari Jumaat
CAPATI ROLL....



ROLL CAPATI & TELUR
10 keping capati frozen
10 helai daun salad
( boleh + timato slice)
Mayonis & sos cili
Telur Dadar:
6 biji telur
1pokok daun bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
sikit minyak
1. Masak capati hingga selesai
2. Pukul telur + garam,+ lada sulah
3. Panaskan pan & buat telur dadar 10 keping
4.Ambil sekeping capati & letak daun salad & sapu mayonis .
5. Letak 1 keping telur dadar
(Jika suka  letak tomato slice & juga sos cili)
6. Gulung kemas- kemas & wrap dengan plastic cling @ aluminium foil..

No comments:

Post a Comment