Tuesday 31 March 2020

IFTAR BUTTER CHICKEN - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 - DAY 14

Alamak.. Dah 31 Mac 2020
Last day Perintah Kawalan Pergerakan.. Covid 19..
Yeyyyy...
Eh,belum habis la..
Tu fasa 1
Kan dah kena sambung lagi 1 April hingga 14 April..
Huhuhu.. aku ok jer kalau sampainhabis bulan April pun
Janji raya nanti dapat balik raya kat kampung
Kalau x dapat balik..
Owh.... xmo bayangkan..

 Butter Chicken..
Untuk iftar semalam
Semalam isnin semua puasa
Mak aku, abang, kakak & aku semua puasa

 Sebab mak aku keluar gi pasar semalam
Aku dah request nak makan Butter Chicken
Aku nak masak sendiri
Nak buat video
Tapi bahan mak aku sediakan la
Aku just masak
Goreng ayam..
Kacau-kacau
Masak-masak
Makan-makan(masa iftar la)
Heee

BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE
Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer)
1 cawan minyak untuk goreng
Bahan Sos:
1/4 blok butter
1  tin susu cair
2 sudu  serbuk cheese super ring
10  cili padi
1kiub ayam
Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api

Pun banyak video kena cut
Hahaha
Masuk mana yang ok je


Iftor tu...


Mulakan dengan buah
Buah oren jer
1 biji kongsi 4 orang

Jangan kata xder sayur & buah
Tapi timun tu aku ngan mak aku jer habiskan
Abang ngan kakak mana makan ulam
Rugi.. Rugi.. Rugi


Minuman Panas
Hot Lemon Tea...

No comments:

Post a Comment