Sunday 14 January 2024

SARAPAN DI BANGI vs SARAPAN DI TAWAU


Pagi ni berdua dengan Cella,kami bersarapan @ Tepian Bangi lagi..



Saya makan Nasi Lemak Ayam Goreng vs Kopi Panas
Cella pilih Roti Telur Goyang sama sambal tumis dan kaya.Minumannya sama Kopi Panas.
Selepas pekerjanya mengira & tertulis dikertas  
RM 15
Lepas tu untuk anak jantan kat rumah tu ambil  sebungkus Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang  &  ambil seketul ayam goreng letak dalam plastik.
Masa bayar  keseluruhan RM26.50.
Itu sarapan kami @ semenanjung atau lebih tepatnya kat Bangi,Selangor.


Ini pula Adah whatsApp bagitau dia masak pancake untuk sarapan pagi depa berdua @ Tawau .


Nampaknya dua hari berturut dia masak 🥞 untuk sarapan.Semalam pun dia call juga tanya kenapa pancake dia buat jadi "panau"..🤣🤣

Saya pesan,pan tu jangan sapu apa minyak atau butter ..Lagi satu jangan biar pan terlalu panas..


Kira lulus la hari ni....hihihi




7 comments:

  1. Adah sesuai dgn tema breakfast 'seberanglaut' hihi

    ReplyDelete
  2. Rajin Adah buat breakfast. Mamacella makan tengah matahari naik ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nampak sangat kan bukan pro...amik gambar berbayang penuh

      Delete
  3. Cantik dah pancake air tangan Adah.

    ReplyDelete