Friday 5 January 2024

LEPAT LIAT NOSTALGIA

 Saya sangat suka dengan kuih muih tradisional.Mungkin kerana saya antara genarasi kelahiran 70-an dan ketika zaman kami membesar tidak nampak kuih moden yang aneka macam zaman sekarang..

Nak jumpa kuih muih tradisional yang aneka jenis pun biasanya hanya pada bulan puasa.Kalau satakat pisang goreng,ubi goreng tu ada la pada hari biasa sebagai kudapan.Namun kuih seperti seri muka,segala lepat dan kuih  kuih talam hanya muncul pada bulan puasa.Maklumlah dulu tepung beras dan tepung pulut bukan senang nak dapat.Kena tumbuk atau kisar sendiri.Saya sempat la merasa pengalaman kisar  beras dengan pengisar batu untuk jadikan pes tepung.Bagitu juga dengan pengalaman menumbuk beras yang sudah direndam untuk jadikan tepung.Walaupun masa tu masih sekolah rendah tapi seronok menyertai mak-mak menumbuk.Biasanya menumbuk secara solo la.Bagi mak mak yang hebat pula mereka menumbuk berdua atau bertiga dalam satu lesung.Bila 3 antan bertingkah dalam satu lesung menerbitkan irama tersendiri..tang ting tung..tang ting tung....!

Bayangkan 3 batang antan(alu) menumbuk dalam satu lubang lesung tetapi tidak berselisih.Masing-masing dapat mengawal masa dan rentak hingga tidak bersentuh antar satu sama lain .Hebat mak mak zaman tu!


Sebab tu kalau masak kuih muih tersebut,bagi saya  ianya akan membangkitkan nostalgia bulan puasa.

Katika anak-anak masih kecil,saya agak rajin memasak eneka kuih muih tradisional waktu bulan puasa.Begitu juga kuih dan biskut raya..Saya cuba memberikan aroma  nostalgia untuk sama dihidu oleh anak-anak yang akan menjadi kerinduan mereka kelak.Namun,sekarang saya tidak lagi serajin dulu.Sekali sekala saya masih memasak kuih muih nostalgia ini apabila tekak teringin dan kuih tersebut tak jumpa dijualan.Kalau ada pun kadang tekak ni memilih mahukan rasa yang sama macam dibuat sendiri.Maka kena la buat..hihihi

Lepat Liat...
Kuih pertama air tangan saya untuk 2024.Sebabnya buat lepat liatnya pada 1 Januari 2024..


Lepat Liat ni rasanya sangat sedap pada tekak saya..Rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang liat kenyal umpama dodol versi kukus dengan aroma daun pisang.Dulu-dulu kuih-muih macam ni hanya mak buat dalam bulan puasa
Zaman kanak-kanak dan awal remaja,kuih


Ni masa buat minggu lepas,daun hijau elok ja sebab baru beli..


Buat hingga selesai 



Kukus lebih kirang 20-30 minit bergantung kepada jumlah kuih.Kalau kuih banyak kukus dalam 30 minit.Kalau kuih sikit kukus dalam 20 minit dah ok sebab bila kuih sikit ,wap kukus mudah merata dan memasakkan kuih.Kuih daripada tepung pulut lebih cepat masak berbanding tepung beras dan tepung gandum.


Kuih lepat liat minggu lepas..
Daun hijau elok..tapi tak memenuhi piawaian tekak saya...hihihi


Adunannya  saya cuba buat sedikit kental untuk mudahkan menbungkus dan lebih kemas.
Hasilnya....rupa kuih agak kemas tetapi isinya tidak seperti yang tekak saya mahukan..Kuih masih kenyal tetapi tidak  liat sangat  seperti yang saya ingini.Bila gigit mudah putus dan tidak anjal.

Saya kembali kepada pesan emak lebih 30 tahun dulu yang masih saya ingat iaitu jika nak lepat liat lebih liat  jangan  uli keras macam adunan buah melaka.Sebaliknya kena bancuhan  likat  bertali macam susu pekat 
Untuk tengok tekstur adunan dan cara bungkus boleh rujuk
      LEPAT LIAT KEDAH ...kat sini



LEPAT LIAT UTARA
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah( dark brown sugar) masak dengan 1/2 cawan air & tapis
sikit garam
1/2 cawan santan pekat- santan segar
( santan + air gula merah = 1 cawan)
daun pisang
sikit minyak masak- untuk sapu pada daun pisang...
inti kelapa putih + sikit garam...kalau suka..

1. Uli tepung pulut,air gula merah ( dark brown sugar) dan garam.
2. Tambah santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut..
( lagi lembik dari adunan buah melaka)
3. Ambil sekeping daun pisanv dan sapu sikit minyak
4. Ceduk adunan 1 sudu besar dan letak atas daun pisang..
5. Bungkus dengan cara menggulung dan lipat kiri dan kanan gulungan kiuh
6. Susun dalam kukusan dan kukus hingga masak ...anggaran 20 minit.



Kuih lepat liat minggu ni...
Daun nampak gelap dan bungkusan kurang kemas kerana saya menggunakan daun pisang frozen.
Dah macam orang obesi dah ..daun pisang pun frozen..hihihi
Dok Malaysia pun kalau dah takda pokok pisang dan susah nak dapat daunnnya...kita frozen la ...hihihi


Walau rupa tiada...
Tapi isinya sangat puas hati..

See.....
Ni saya buka masa masih suam suam panas lebih kurang 5 minit siap masak.Liat elok dan tidak melekat pada daun walau pun saya tak sapu minyak pun.Ini kerana guna santan segar.Jika guna santan kotak kena sapu minyak sikit pada daun.


Ni Lepat Liat yang dah saya biarkan beberapa jam dan sejuk pada suhu bilik...
Puas hati dapat makan lepat liat yang kena dengan tekak saya


10 comments:

  1. akak...saya dah turunkan resepi ni pada Pia,dah 2,3x juga dia dah boleh buat sendiri.suka sangat dia kuih ni walau pertama kali makan.terima kasih ye kak halalkan resepinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandainya piaaa.. buat sikit bagi kat achik sini. Achik suka tapi nak buat tak rajin 😂

      Delete
    2. Piaaaa.. bonda pun tak pandai buat.. aisehhh.. malu kat Pia cam ni.

      Delete
    3. Ma shaa Allah..bukan kaleng kaleng ni..limited edition..anak hebat hasil didikan umi dan waled yang hebat..
      Semoga Pia terus cemerlang dunia dan akhirat🤲

      Delete
  2. Aduhhh..sedapnya. kita suka, tapi tak berani nak cuba buat (tak rajin sebenarnya 😂).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kalau Nap & Pia request..auto mami rajin🤭

      Delete
  3. Meliut lembutnya.. sy suka jugak ni kot datang rajin boleh cuba ni. Daun pisang banyak belakang umah (tipu). 😆

    ReplyDelete
  4. Seronoknya jadi Mama Cella.
    Banyak ilmu pengetahuan tentang pelbagai jenis kuih-muih tradisional.
    Seronok baca kenangannya. Terasa ada bersama ketika itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kita membesar dalam masa yang sama.Cikgu senior sikit ja dari saya🤭

      Delete