Thursday 4 January 2024

MAKAN KENDURI TERAKHIR 2023

Sebelum  melangkah ke tahun 2024 tempoh hari..sempat la hadiri dua kenduri sebagai penutup 2023


Rezeki Cella dapat makan kenduri @ Kedah walaupun hanya balik Kedah tak sampai 24 jam pun..
25 Disember masa cuti Krismas tu kan BELANJA AQIL NAIK KAPAL TERBANG

Kebetulan hari tersebut dapat jemputan majlis perkahwinan anak saudara mak merangkap sepupu saya.Masa jemput kami kat airport,Achik pesan suruh siap siap nak gi kenduri lepas solat Zohor.


Menikmati lukisan alam sepanjang perjalanan..Sawah tengah musim menanam padi..Hijau saujana mata memandang..
Achik drive...
Pergi berempat sahaja..
Achik,emak,saya & Cella.



Jalan menuju kerumah kenduri ni advanture jugak ni kerana rumahnya di tengah sawah..
Dari jalanraya utama tu kena pula menempuh laluan tali air  atau kami panggil " batas ban".Sepanjang jalan kami berdoa agar tidak berselisih dengan kenderaan lain.Maklumlah dikiri sungai,dikanan tali air...hihihi

Enam tahun lalu kami pernah datang makan kenduri rumah sepupu ni..ada dicatatkan pada tahun 2017

MAKAN KENDURI RUMAH TEPI SAWAH..kat sini

 Eh,bila tengok tarikh...hampir sama...bulan Disember...Mmm,musim kenduri kan senonim dengam bulan. Disember sebab cuti sekolah & ramai juga nak habiskan cuti tahunan..

Kalau tengok landscap 2017 tu sungainya penuh air..Lanscap 2023 sebahagian sungai tu sedang dibersih dan sebahagian lagi penuh dengan  rumput air dan pokok pokok setangki..Pokok setangki tu boleh dimakan..saya pernah masak 

SAYUR SETANGKI MASAK LEMAK CILI API..kat sini..

Cuma bila dah terlalu banyak,dia jadi masalah la pulak kerana aliran air tidak lancar dan boleh menyebabkan banjir juga.


Pinggan saya...
Menu lauk kampung tapi depa tumbangkan 2 ekor lembu katanya.
Daging dan segala organ lembu tu dimasak rebus(sup kampung yang letak serai dan lengkuas macam masak pindang) dan dicicah dengan air asam tomato.Menu lain..gulai ikan masin,acar,ikan masin goreng,ulaman dan sambal belacan.Ada juga side dish..ABC,mihun sup etc.

Pinggan Achik..
Mak & Cella  bersama ABC..


OTW balik tak jauh dari rumah sepupu tu kampung yang sama masa lalu titi nak menyeberang sungai...pun ada kenduri kahwin..
Yang ni bolehlah dinamakan Makan Kenduri Tepi Titi...hihihi



Kenduri terakhir 2023..
30 Disember 
Rumah rakan sekerja..
Pi berdua dengan Cella ja...
Kebetulan dia balik sebab cuti weekend bersambung dengan cuti Tahun Baru 


Nyesal amik nasi sikit..sebab nasi dan lauknya sedap...
Takkan nak tambah pulak kan...
Hihihi


Gudisnya ...
Tema khemahnya pun biru..tapi tak amik gambar sebab kalut dok cari parking....hihihi

Sepatutnya 31 Disember tu saya pi kenduri juga..

Jemputan dari security tempat kerja saya.Dah gosok baju bagai.Sekali Cella tak tak dapat temankan sebab ada submition sebelum pukul 3 petang.Dia tengah kalut..

Nak pi sorang segan pulak...padahal biasanya kalau kenduri dekat Perindu tu saya tak akan tolak sebab kenduri situ memang ala kampung sungguh..tumbang lembu..rewang dan menunya pun biasanya rare.Tapi tak jadi rezeki kali ni.Nak tanya rakan rakan lain serba salah sebab bukan semua dapat jemputan..Hanya saya dan beberapa orang yang lain dapat jemputannya.

Untuk 2024 ni dah dapat jemputan kahwin..Tapi nuuunnn di Kluang,Johor.Dah dapat gambaran kendurinya besar,siap ada kambing golek dan aneka street food..Nak sangat pi tapi tak tau la ada rezeki ke tak.

11 comments:

  1. baru balik tengok laukpauk kampung PH..datang sini pun ada lauk kenduri..org yg baca ni pun dah xtahan duk telan2 ayaqliur

    ReplyDelete
  2. waduhhh lauk kenduri pesen ni hat susah nak tolak hehe

    ReplyDelete
  3. sangat best menu kenduri di kampung, lagila yang masak lauk kampung betul2

    ReplyDelete
  4. Alah... apa malu2.... tambah & tapau je la.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..malu takut lain kali orang tak berani jemput dah🤣

      Delete
  5. Wahhh.. pergi ke tak ke Kluang tu? Sy esok la dapat jemputan pertama tahun 2024.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...jemputan tu hari ni. Sabtu...Ada aral melintang

      Delete
  6. Memang bestlah kalau dapat jemputan ke majlis kahwin. Macam-macam hidangannya.

    ReplyDelete
  7. Kembali ke sini sebab nak rujuk resepi kek marble. Baru perasan blog ni masih updated sehingga hari ni.

    ReplyDelete