Thursday 11 January 2024

BUBUR KACANG MATA HITAM

 

Bubur Kacang Ketupat..
Bubur yang menggunakan kacang ketupat @ kacang mata hitam.


Kami panggil Kacang Ketupat sebab selalu digunakan untuk campur dalam ketupat pulut. 


Asalnya plan nak masak bubur kacang ketupat ni pada hari Sabtu.Malam tu saya dah rendam kacang dan paginya saya rebus.Tapi kerana pagi Sabtu tu balik Kedah saya terus masukkan kacang yang dah siap rebus dalam bekas dan masukkan dalam peti ais.

Semalam punya semalam balik kerja terus panaskan semula kacang yang dah rebus & masukkan bahan lain...


Siap Bubur Kacang Ketupat a.k.a Bubur Kacang Mata Hitam..

Sebelum ni saya pernah masa BUBUR KACANG MATA HITAM ...kat sini


BUBUR KACANG KETUPAT
1 cawan kacang ketupat
¼ cawan sagu biji
1 kotak santan
1 helai pandan
½ sudu teh garam
2 keping gula melaka

1. Rendam kacang ketupat, kacang hijau  dan sagu berasingan.


2. Rebus kacang hijau dan kacang ketupat berasingan.Rebus hingga empuk.


3.Campurkan kedua2 kacang yang sudah direbus dalam sebuah periuk dan masukkn½ kotak santan yang dicampur 2 cawan air.

4. Masukkan pandan dan garam.


5. Masak semula hingga mendidih dan tambah sagu


6. Bila sagu jernih baru masukkan gula kelantan atau gula melaka.


7. Masak hingga agak gula larut dan tambah baki santan pekat dalam kotak.

** Masak beberapa jam awal sebelum makan supaya lebih pekat dan sedap


9 comments:

  1. Kacang mata hitam ini kalau kami orang Jawa panggil kacang tolo. Memang digunakan juga kalau dalam ketupat (ketupat jenis lepet). Dan satu lagi kalau di majlis kahwin (dulu-dulu) penggunaan kacang mata hitam ini memang wajib, dimasak campur babat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, saya duk mengingatkan namanya dalam bahasa jawa. Tak ingat. Tengok komen cikgu baru ingat. Kacang tolo 🤭.

      Delete
  2. Tak pernah lagi makan kacang mata hitam ni yang versi manisan. Kalau orang jawa biasanya guna untuk masak masakan savoury. Dulu² masa kecik kalau kenduri kendara, mesti ada tumisan jawa yang dicampur dengan kacang ni. Sekarang dah takde dah.

    ReplyDelete
  3. Tak besa makan, mai semangkuk nak rasa 🤭

    ReplyDelete
  4. Oh, selalu nmpk kacang ni dalam pulut. Sedap juga ya dibuat bubur.

    ReplyDelete
  5. belah pantai timur ni biasa jumpa dalam ketupat,tapi saya tak berapa minat yang ada dalam ketupat tu mesti kutip letak tepi

    ReplyDelete
  6. Unik. Tak pernah tau nama kacang mata hitam.
    Eh…banyaklah yang saya tak tau. Adeh 😆

    ReplyDelete
  7. Ini yg orang letak kat ketupat tu kan?

    ReplyDelete
  8. Tak pernah rasa bubur kacang guna kacang ni...kacang hiijau tu biasa...nampak sedap tu

    ReplyDelete