Saturday 13 January 2024

PULUT CEMPEDAK DURIAN

 

Pulut Cempedak Durian...
Mana duriannya?



Cempendak ni..namanya Cempedak Durian..


Balik kerja Rabu saya singgah Hero beli cempedak durian ni.Memang perasan dalam bulan lepas hingga sekarang selalu nampak cempedak durian ni kat Hero.
Sebelum-sebelum ni pun dah beberapa kali beli .
1st time saya BELI CEMPEDAK DURIAN...kt sini masa PKP dulu.Terus jatuh chenta dengan rupa,fizikalnyaa yang comel sebesar kepala lutut orang dewasa Manakala rasanya pula sungguh sedap.Kalau jumpa orang jual cempedak durian,biasanya saya akan beli walau sebiji yang kecik..
Ni beli lagi...


Jom,kita belah



Hahaha....suspen ja...


Nasib baik ulasnya besar..
Ada 7 ulas semuanya..
Lebih kurang RM2.06  seulas..
Boleh la kan...


Bulan lepas saya beli sebiji yang agak besar +-3kg beratnya bawa balik buat buah tangan kat mak..Memang puas hati isinya kuning keemasan dan mak pun kemain la suruh simpan bijinya untuk disemai..




Beli kali ni isinya kuning susu



Memang hajatnya nak makan dengan pulut lemak sebab anak dara sorang tu balik rumah.
Kalau makanan orang tua macam ni menjadi favourite dia..Mungkin swbab dia ja yang masa zaman sekolah paling lama dan selalu ada dengan saya.Selalu berdua dengan dia time balik kampung,jadi dah terbiasa selera kampung..hihihi

Selain makan pulut dengan cempedak,saya juga ajar Cella makan pulut dengan aneka bahan lain seperti yang pernah dikongsi dalam posting PULUT LEMAK VS CEMPEDAK



Pulut Cempedak memang antara yang saya selalu juga sediakan .
Antaranya :


Yang lates,MASAK PULUT CEMPEDAK masa musim cempedak tahun lepas iaitu masa balik kenduri Adah tu



Ni kira Pulut Cempedak Pertama Tahun 2024...
hihihi
Saya C&P dari old post.Cuma sukatannya saya kurangkan.Masak hanya lebih kurang ½ kg sahaja  pulutnya.

PULUT LEMAK

1kg  beras pulut- rendam semalaman

3 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam & 1 sudu besar  gula

2 helai pandan

1. Beras pulut yang dah rendam,kukus sampai masak

2. Masa masih panas tuangkan dalam mangkuk besar & gaul dengan santan yang dah campur garam & gula.

3. Mula gaul memang nampak berair tapi jangan risau sebab nanti pulut tu akan serap santan & pulut akan jadi cantik & berkilat.

****Tips supaya tahan tidak basi sampai ke malam... Lepas gaul santan kukus semula TETAPI JANGAN TUTUP pengukus.. Biar naik wap & wap tidak terperangkap. Jika selepas gaul santan jika dikukus semula  dgn menutup pengukus, pulut akan lembik dan cepat muak bila dimakan 

Hidang la pulutnya bersama cempedak masak ranum.




Makan bersama pulut lemak.Taktau nak kata makan petang atau malam sebab masaknya dah nak maghrib.Kira makan malam la kan..hihihi

Selain dimakan dengan pulut lemak,cempedak juga sedap dijadikan PENGAT CEMPEDAK....macam kat sini

Salam 1 Rejab 1445..Lagi 2 bulan kita akan menyambut Ramadhan...in shaa Allah


9 comments:

  1. Sedapnya... nampak tebal isi cempedak tu.

    ReplyDelete
  2. Masa baca tajuk tercari jugak mana durian bila tengok gambar pertama. Hihi. Rupanya cempedak tu nama durian.

    ReplyDelete
  3. Tak besa lagi makan pulut dgn cempedak... Tapi nampak isi cempedak tu, gemoks nooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga kami memang hantu pulut...makan dengan aneka gu...hihihi

      Delete
  4. Aduhai Mama Cella!
    Selalulah kita terliur-liur kalau datang ke rumah Mama Cella.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Kalau Sabah ada buah tarap kan cikgu

      Delete