Monday 8 January 2024

BALIK KEDAH KALI PERTAMA 2024

 Tahun baru 2024 baru hari ke 6.        Saya dah balik Kedah untuk kali pertama 2024.aKali terakhir balik tahun lepas..Hehehe bunyi macam lama naw kan..Padahal kali terakhir balik Cuti Krismas 25 Disember 2023.Baru 11 hari je pun...cuma tahun berbeza...


Semalam Sabtu,balik Kedah lagi..
Balik sorang by bus..Saya memilih naik bas kerana nak balik sekejap sahaja & tiada sesiapa boleh teman.Kalau balik lama bolehlah drive slow2 sengsorang.Ni nak baliknya sekejap sahaja..Ada keperluan mendesak untuk saya balik ke Kedah walau sekejap..



Anak jantan tu hantar sampai lobby TBS...terus gi redeem tiket...Elok elok boarding time lagi 15 minit...Terus turun bawah.

Bangga dengan TBS ni yang menjadi salah satu stesen bas tercanggih yang tak tumpah bagai berada di internasional airport.


Delayed...
Patutnya bas Cosmic ke Pendang 10.45 pagi..Ni tak tau la pukul berapa.Hanya tulis delayed tapi takda waktu terkini untuk berlepas.
Asalnya nampak 1 bas yang sepatutnya saya naiki ni saya delayed...

Tak lama kemudian bilangan bas delayed dah bertambah menjadi 3.Ingatkan ✈️ AA ja salalu delay..hihihihi..
Takda pengumuman @ saya yang tak dengar..Hanya dapat info dari electronic screen ni..



Hampir satu jam dari masa sepatutnya ....dah nampak bayang bas disebalik gate..



Alhamdulillah....
11.34 pagi,bas tiba...
Hampir 1 jam juga lewat..


Seat  kat tingkat atas betul betul tepi tangga,.Minta tolong Adah belikan online ticket.Single seat dah habis.Tengok double seat 3B & 3C masih kosong.Dah tahu seat tu tepi tangga tapi sengaja minta Adah booked seat 3C tu sebab tepi tangga senang nak turun.Kalau gerak malam biasa saya malas nak naik turun tapi ni sebab masa trip siang hari biasanya saya akan turun bila bas singgah R&R..



Jalan jem..Biasa la sekarang ni PLUS kalau ke utara tak permah dah tak jem...construction sepanjang masa agaknya...hihihi


Rupanya kat depan ada kemalangan..


Arah selatan la pulak yang jem..


Sepanjang laluan Pulau Pinang ke Kedah...Hamparan permaidani hijau..Musim menanam padi..
Ni kalau balik dalam bulan Mac nanti warna akan bertukar jadi permaidani kuning emas la pula dengan latar padi menguning.




Eh,tetiba bas exit Tol Gurun...
Dia ikut jalan lama la...
Ok jugak..dah lama tak lalu sini.



Sejak PLUS ada exit Tol Pendang sejak belasan tahun lalu,memang dah jarang sangat lalu jalan lama Sg Petani Alor Setar ni.

Dulu -dulu memang inilah laluan utama  Alor Setar - Butterworth & seteruanya ke selatan.Dulu sepanjang jalan mata akan disajikan pemandangan ladang jagung saujana mata memandang.Deretan gerai menjual jagung rebus menjadi penyeri.Sekarang dah tak nampak ladang jagung tapi jualan tepi jalan tu masih ada.Cuma tak semeriah dulu.


Rupanya ada yang nak turun Perhenteian Bas Guar Cempedak.
Stesen bas ni  dulu masa belum ada exit Pendang..kat sini  meriah kerana menjadi laluan utama ke selatan dan  kebanyakan laluan bas exspress akan singgah sini.Sekarang dah sepi tapi masih beroperasi.


Perhentian Bas Kota Sarang Semut.Juga tempat nostalgia ni.Dulu sebelum ada Stesen Bas Exspress Pendang..kat sini la saya dan penumpang lain menunggu bas dari Alor Setar.Dulu hanya pondok kecil ala koboi saja tapi meriah dengan para penumpang dan yang tukang hantar tu lagi ramai.Hihihi
Gerai jualan pun kemain laku.Sekarang,nampak sunyi tapi saya tak pasti masih neroperasi atau sebaliknya kerana kalau menggunakan bas ekspress pun saya naik/turun kat Stesen Bas Elspress Pendaeng yang bersebelahan Stesen Minyak Petronas.


Sedar-sedar dah sampai Pendang ketika hari menjelang senja.


Saya melintas longkang dari Stesen Bas Exspress Pendang dan menuju Assembly Point depan Petronas.
Cantik persekitarannya..cuma perlu penahbahbaikan longkang berhampiran pagar tu.Airnya jernih mengalir dan asyik saya melihat anak anak ikan dalam longkang tu.Cuma ada sedikit bau longkang yang kutang menyenangkan..Saya tempat dan cantik sangat dah tapi sesekali hidung diterjah bau longkang yang sedikit mengganggu.
Tidak la menunggu Achik dan Pakcik sampai untuk menjemout saya...

Bersambung.....



16 comments:

  1. Urusan apa pun semoga dipermudahkan. Lama sy tak balik kampung naik bas, eh.. memang tak pernah naik bas pun 🤭

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak cakap, kalau tak boleh kami temankan 😂.
    Teringat turun naik bas waktu stusy dulu. Sampai naik hafal ceruk² puduraya tu. Lama dah tak naik bas ekspress. 10tahun lebih dah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...lain kali kita rojer yer..boleh bawa Napp & Pia baik bas..
      Silap silap boleh jumpa abah depa kat Petronas tu...hihihi

      Delete
  3. Rajin mamaCella selalu balik kampung. Beza 11 hari je.
    Saya ni entah bila nak balik selatan nun 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang Ujie dah lagi jauh yer...Betul betul kutub utara kutub selatan dah ...apapun semoga dimudahkan urusan

      Delete
  4. ingatkan terbang lagi kak...saya xtau la skrg ni boleh naik bas lagi ke tak,rasa macam dh xblh kalau dulu naik bas selalu pening nak muntah.tak boleh langsung nak tengok pemandangan luar asyik kena pejam mata je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...memang ada orang alah naik bas..Saya dulu pun masa zaman naik bas kat Puduraya memang selalu pening kepala.bila naik bas rasa nak muntah.Masa tu pulak adap bas kemain sakit kepala.Sekarang alhamdulillah selesa dan dah tak pening.Taktau la faktor bau asap bas atau apa

      Delete
  5. pengalaman bas delayed masa saya hantar sepupu nak balik ke Kulim masa krismas tahun 2022.. waktu gerak sepatutnya jam 5.00 petang, pastu delayed sampai pukul 7.30 malam baru nampak bas muncul.. kematu bontot tunggu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh ..kalau lama menunggu memang kematu bontot..Kena pula dapat bas seat keras...hihihi

      Delete
  6. Pandai akk naik bas... Cuya tak pernah naik bas pergi jauh2, takde pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila terdesak akan pandai Cuya...hihihi
      Jom la sesekali try datang TBS ni..menarik dan cantik..boleh rojer akak

      Delete
  7. kalau naik bas ni bolehlah rehat jugak... healing tido dalam bas.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...saya suka tidur dalam bas...healing..
      Tapi kalau malam risau juga takut berdengkur...hihihi

      Delete
  8. Lamanya saya tak naik bas. Terakhir naik pada 2018 LD - KK urus visa ke India. 7 -8 jam jugalah dalam bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga sesekali naik bas..boleh tidur & me time..Tapi kelemahannya kita dah biasa sumbat memacam dalam bonet..naik bas kena fikir 10 x..hihihi

      Delete