Saturday 27 January 2024

AFTERNOON DELIGHT @ IDEAS HOTEL SEMPENA BIRTHDAY CELLA

Hari Rabu 24 Januari 2024 dah janji dengan Cella untuk belanja minum minum @ Ideas Hotel..Dah pesan dia minta dia pick up saya dari tempat kerja. 

Abangnya juga dah janji nanti akan gerak dari tempat kerja terus ke Ideas @ Jalan Raja Laut tu.



Keluarg kecil kami..Kurang sorang,Adah kat Tawau..
Tinggal kami bertiga sahaja.


Birthday girl happy .Muka sembab tak tidur malam buat assigment.
Generasi sekarang kebanyakan jenis tak tidur malam agaknya...hihihi


Acah acah  ikut peraturan mulakan dengan appetizer..hihihi


Antara menu wajib cuba kat sini...Ni pilihan Cella.
Pasta carbonara dimasak panas...Pilih topping/ atau apa kita nak & hulurkan kat chef pasta untuk dia masak....tunggu siap,boleh bawa kat meja makan panas panas 


Saya pilih Olio Oglio..sprinkle dengan chilly flakes & cheese  banyak banyak...memang sedap.


Pizza dia sedap ...
3x berulang amik pizza. 


Ni lawak sikit...
Cella amik sikit kue teow goreng...curly fries,chicken balls & 2 pcs " crispy chicken"
Bila makan...
Anak jantan tu pun sama amik juga "crispy chicken" tu
hahahaha,sekali dah gigit...bukan chicken crispy....tapi "banana fritter"..hahaha
Tak lama lepas tu nampak staf depa pi tukar tagging baru .....kalau tak lagi naya orang lain pulak...sebab depa letak pulak dekat dengan pasta..hihihi



Dessert favourite sini...puding roti sos kastad...Memang sedap.


Cella bantai amik sampai semangkuk puding rotinya...


Bubur pulut hitam.Anak jantan tu amik ABC & ais krim...


Sambung makan pizza


Masa nak keluar ..kat lobby  tu nampak Chef Sabri...
Baru perasan..anak jantan saya dah macam giant🤭
Anak jantan tu tegur Chef Sabri,..
Chef Sabri memang peramah.Ni kali ke -3 saya makan kat sini...Tiga kali juga nampak Chef Sabri akan keluar ke ruang makan dan foyer untuk beramah mesra dengan pengunjung..
Memang humble orangnya..Biasa peminat akan gelarkannya " Chef Ramli Sarip"🤣


Walaupun saya takda akaun Tik Tok tapi saya selalu nampak kat Tik Tok Chef Sabri.Lepas masak Chef Sabri pasti akan sebut tagline dia..
" Labamba....Chicago..Milanno"!!
Saya pun amik kesempatan tanya apa yang dimaksudkan dengan Lambada Chicago Milano tu?


Haaa....inilah penerangan Chef Sabri tentang taglinenya 
"Labamba...Chicago....Milanno"!!!!


DDah....jom balik....

8 comments:

  1. Sanah helwah Cella.
    Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
    Bahagia rasanya melihat kegembiraan tiga beranak ini... masa berkualiti sekeluarga biarpun Adah jauh di Tawau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn....
      Alhamdulillah,in shaa Allah raya nanti Adah balik lagi...

      Delete
  2. Happy birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. Sedap semua makanan tu. Alahai pisang goreng dah macam ayam. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Cie...
      Tu la...sib baik lepas tu depa perasan salah tagging ...kalau tak ada la yang ambil pisang goreng makan dengan pasta 🤭

      Delete
  3. Happy birthday Cella!!! walaupun berjauhan skrg setiap masa boleh whatsapp boleh video call xde lah terasa sangat kan

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday Cella....

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday, anaknda Cella yang semakin manis dan lawa. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik dan berjaya menyudahkan degree dengan jayanya, sejahtera dan bahagia selalu. Masa birthday Iman tuari teringat jugak tak lama lagi birthday Cella tapi lupa bulan Jan jugak ke atau Februari, hihi.

    Sedap nampak buffet di Idea's Hotel ni.

    ReplyDelete
  6. Ammi masa belajar dulu jarang stay up buat assignment..cukup time masa jenis auto pejam. sejenis lantaklahhhhh gitu aku nak tidur

    ReplyDelete