Wednesday 3 January 2024

TONYOH UBI KAYU BY ACHIK

 

Tonyoh Ubi Kayu by Achik...
Balik Kedah sebelum Krismas baru ni Achik  offer nak buat Tonyoh Ubi Kayu...
Huh suka la saya kalau bab makan ni..
Tapi ada syaratnya...
Kata Achik dengan syarat saya yang gali ubi .Achik kata dia rajin nak buat tonyoh ubi tapi tak rajin nak gali ubi..

Lagi satu syarat,Achik kata gali hanya ubi kayu kuning..baru sedap nak buat tonyoh..




Pokok ubi kuning pula yang tinggal hanya sepokok ni sahaja...Itupun mak kata bukan mak tanam tapi mak hanya sandarkan batang ubi kuning tu kat tembok teli rumah tu.Dah elok pula dia tumbuh besar.Kata mak dah bertahun kot pokok ubi kuning ni..Mak sengaja biarkan sebagai teduhan waktu pagi dan juga sebagai pelindung kerusi batu tu Kalau dok sembang kat kerusi batu tu takdalah jiran depan runah atau orang yang lalu lalang nampak jelas.Kira sebagai tempat menyorok la...hihihi
Risau juga bak gali ubi tu sebab pokoknya besar.Takut ubinya dah gangut dan tak empuk...
Saya gali hanya 2 ketul guna cangkul
Bila menggunakan cangkul,terimbau la nostalgia lama...Dulu zaman saya anak dara sunti...halaman rumah wajib kena tarah rumput guna cangkul.Tanam bunga keliling halaman.Cangkul tu juga buat korek  parit keliling rumah kalau time hujan,biar air deras mengalir,tidaklah membanjiri bawah rumah.Waktu hujan pula guna cangkul gali ubi kayu..ubi keledek dan ubi keladi buat rebus temankan homemade  kopi tumbuk.
huis..kalau dilayan...rasa nak terbang kembali ke zaman itu..Tapi taknaklah kekal dalam zaman tu..Hanya sesekali sahaja seronok mengimbau....hihihi


Nasib baik ubinya  masih elok .
Bila dikukus teksturnya liat sesuai namanya ubi pulut



Walau namanya ubi kayu dan hanya dikukus kosong tapi rasa dan teksturnya  berbeza daripada ubi rebus.Yang membezakannya ialah ubi rebus terus direbus seketul seketul manakala ubi tonyoh disagat kasar.Kalau sagat halus pula dah jadi kuih talam atau boko ubi.Sebaliknya bila disagat kasar teksturnya seakan ubi gadung..
Bagi yang pernah makan ubi gadung boleh feel dia punya tekstur tu..
Rindu pula dengan ubi gadung..
Dah lama tak makan ubi gadung kukus...Kali terakhir makan 

Dua kukusan Achik buatkan ubi tonyoh ni...ralit makan...
Walau hanya ubi dimakan dengan kelapa tapi sedap dia lain macam bila makan ramai-ramai

Dah lama tak makan tonyoh ubi ni..Beberapa tahun lepas saya pernah buat


9 comments:

  1. First time CUya dengar makann ni.. makanan negeri mana ni?

    ReplyDelete
  2. Awat sy tak tau pasal Tonyoh Ubi ni? MC kena buat hantaq mai sebekas ni 😆
    Ubi gadung tu kalau salah buat, mabuk kan MC? Arwah mak sy suka ubi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cer taip kat google...hihihi
      Betul ubi gadung tu beracun hinggakan babi pun takut nak makan..tapi ada teknik menawarkan racunnya

      Delete
  3. mcm sedap je..mmg sesuai mkn masa cuaca sejuk²

    ReplyDelete
  4. Wah, ada nama tonyoh ubi kayu pula. Belum pernah saya rasa ni.

    ReplyDelete