Thursday 20 October 2022

PENGAT UBI KAYU

 Minggu ni tema ubi-ubian ja la nampaknya ..hihihi

Pengat Ubi Kayu pula...


Pengat a.k.a kami sebut Serawa Ubi Kayu merupakan antara pemanis yang tak asing di kampung saya dulu-dulu.Sekarang tak tau la generasi muda-muda masih kenal atau sebaliknya...
Kalau yang sezaman dengan saya dan sebelumnya...ini antara hidangan mania bulan puasa dan tidak pelik juga kalau dimakan waktu pagi bersama pulut..hihihi


Lemak manis kuahnya..Haruman pandan menambahkan lagi nikmat serawa ubi kayu ni.

SERAWA UBI KAYU
½kg ubi kayu
1 kotak santan Kara
2 sudu sagu-basuh
2 keping gula melaka/ gula pasir
½ sudu teh garam halus
1 helai pandan

1. Kupas kulit ubi kayu dan potong sederhana besar.

2. Rebus ubi kayu dengan empat cawan air bersama pandan hingga ubi empuk.

3. Tambah sagu yang sudah dibasuh & biar mendidih hingga sagu jernih.

4. Tambah gula melaka dan biar larut

5. Tambah santan dan kacau biar mendidih sekejap sahaja agar santan tidak pecah.

6. Sesuaikan rasa

**Sesuai dimakan panas atau sejuk.Boleh dimakan bersama pulut kukus/tanak.Juga sedap dimakan dengan cream creaker.


Rabus ubi hingga empuk


Tambah sagu biji biar hingga mendidih dan sagu jernih.


Tambah gula melaka.
Boleh guna gula pasir untuk dapatkan  kuah putih


adjust kepekatan kuah ikut selera.Nak banyak kuah lebihkan cecair dan santan.

Sebaiknya pengat dimasak beberapa jam awal supaya kuah jadi pekat dan rasa lebih sedap.


Hidangkan panas atau sejuk dengan teh 0 tanpa gula.

26 comments:

  1. Aduhhhh sedapnye makan petang² ni. Nak pi nangis kat ceruk dapo sat lah.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Rasanya dah lama tak makan pengat ubi kayu.

    Dulu keliru apa beza pengat dan serawa. Lepas tu baru tau, sama je cuma panggilan berbeza ikut tempat. Macam kami di Johor panggil pengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....tu belum masuk Javanese lagi..depa panggil kolak rasanya

      Delete
  3. Dah berbelah bagi pulak, nak rebus cicah sambal tumis ka nak buat serawa. Ubi ada 2 ketoi ja ni 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...kena osom la...pengat..rebus...pengat...rebus

      Delete
  4. Nampak sedap..SA plak x makan, cepat angin badan SA..pas tu susah bernafas...pengat labu lagi la x makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang memang alah dengan makanan berangin..Tapi saya belasah ja makan🤭
      Tu sebab tak boleh slim macam SA🤭

      Delete
  5. Sedap klau buat untuk minum petang..yummy

    ReplyDelete
  6. Teringat pengat ubi air tangan emak kalau bulan puasa. Memang pengat ubi salah satu juadah pemanis untuk berbuka. Samalah kita Mama Cella. Ubi, keladi, pisang, jagung, keledek dan macam-macam hasil tanaman kebun semuanya menjadi hidangan sarapan pagi atau berbuka puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu...
      Kita dulu memang tak mewah makanan beli tapi mewah dengan makanan dari sumber alam sekaliling..

      Delete
  7. Nampak sedap
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  8. teringat masa kecik, emak saya selalu buat bila hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz pun selalu makan pengat ubi kayu yer...mesti air tangan mak lagi umph

      Delete
  9. eh kami pun sebut Serawa hehehe

    ReplyDelete
  10. saya peminat pengat/serawa tapi xde geng nak lawan makan

    ReplyDelete
  11. Saya klu memengat pepagi masak pengat dulu, baru buat sarapan dan masak tengah hari.lepas sarapan terus sambung pengat yg di sejukkan dlm fridge.nyaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengat kalau dibiarkan beberapa jam lebih sedap kan

      Delete
  12. Sy paling suka pengat letak biji sagu macam ni. Dan paling suka pengat yg guna gula merah. Pendek kata, inilah pengat yg memenuhi citarasa sy 😍

    ReplyDelete
  13. Aduhaii..mama cella tunjuk pengat ubi pulak dah..Hujan hujan sejuk ni syok makan pengat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung cabut ubi bawa balik rumah...masak pengat Fiza🤭

      Delete