Thursday 27 October 2022

SAMBAL BERLADO IKAN TONGKOL BERTELUR


Sambal Berlado  Ikan Tongkol Bertelur..
Eh,bunyi macam ikan tongkol tu pula punya telur...


Sepatutnya tulis Sambal Ikan Tongkol &  Telur Ayam..
Ke macamana...?
Kadang bila tulisnatau baca jadi mengong pula kepala ni五
Tapi nak habaq nya ni bukan masak hari ni tapi minggu lepas...hihihi

Asalny saya masak Sambal Ikan Tongkol..


Tapi mengenangkan anak bujang tu tak makan ikan tongkol...saya add on telur rebus...
Tu yang jadi ikan tongkol bertelur五


SAMBAL IKAN TONGKOL BERTELUR

5 keping ikan tongkol 

4 biji telur rebus.

1 bawang besar- hiris.

5 daun limau purut.

1 asam keping2.

2 serai-ketuk


Minyak,garam,gula melaka


Bahan Blend:

1 cawan cili padi merah(cili Bangladesh)

1 bawang besar.

5 bawang putih.

1 ketul kunyit


1. Rebus ikan tongkol bersama garam dan asam keping hingga masak.Rebua juga telur.

2. Goreng ikan tongkol rebus hingga garing.Telur rebus  juga boleh digoreng jika ingin garing berkulit bahagian luarnya.

3. Panaskan minyak dan tumis serai serta bahan blend hingga naik minyak.Perisakan dengan garam,gula melaka dan asam keping.Tambah sikit air jika perlu.

4. Masukkan ikan,telur,daun limau purut dan masak hingga naik minyak semula.

5. Masukkan bawang besar hiris bulat dan gaul rata hingga bawang layu.

Sesuaikan rasa


Ikan di laut...Telur di reban..Dalam sambal bertemu jua..

Jimat bekas...
2 in 1..
Jangan ikut sangat perangai ni....nampak naw pemalasnya五


Esoknya..sambal berlado dan  sebahagian ikan tongkol disiat jadi rencah Nasi Goreng Tuna..
Celah mana datang tuna..
Tongkol tu la tuna五


22 comments:

  1. Wah, sedapnya nasi goreng ikan tongkol...eh, tongkol tu tuna? Keluarga tuna kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la cakap cikgu tu..keluarganya kot..

      sebab tu letak emoji 五
      Acah-acah nasi goreng ikan tuna..

      Delete
  2. Ingatkan td ikan tongkol yg bertelor... rupanya telor ayam join sekaki dgn ikan tongkol.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ...
      lain ikan lain telur...lain ayam五不

      Delete
  3. baca tajuk saya duk terbayang telur ikan tongkol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki.....kalau telur ikan tongkol pun sedap kan masak sambal

      Delete
  4. Saya pun ingat telur ikan tongkol, rupanya tipah tertipu, telur ayam rupa nya

    ReplyDelete
  5. hahahah itulah kak mula2 ingat sambal tongkol dengan telur dia rupanya pinjam telur ayam heheehe... sedap ni kak

    ReplyDelete
  6. Ingatkan telur ikan tongkol 不不. Lazat nampak sambal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Saya pun tak ingat pernah ke tak beli ikan tongkol yang ada telur..selalu dapat ikan tongkol jantan ja不

      Delete
  7. Ni namanya kreatif. Satu hidangan ada ikan dan telur ayam.
    Sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...bila ada yg tak makan ikan...gitu la jadinya

      Delete
  8. hahahaha serius ingat telur ikan tongkol. VM peminat telur ikan taw..
    laju2 click.. apa2 pon ikan tongkol tu nampak sedap sangattt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak....naya kalau nampak menu ni kat kedai...pi order dapat telur ayam..naya Pak Karim kata dak-dak sekarang

      Delete
  9. tajuk dah serupa tajuk suratkhabar Metro da.... bikin saspen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....不不
      Satu lagi ..Oh Bulan....tajuk bikin saspen

      Delete
  10. Umi cella ni buat lawak.. 予

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....
      Nasib baik tak tulis ikan bertelur ayam不不不

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Pelik pulak ikan tongkol bertelur putih. Rupanya telur ayam..Hihi..Alang alang dah masak nak mudahkan kerja kita satukan je lah. Tak mengapa, dapur sendiri :)

    ReplyDelete