Saturday 15 October 2022

SANAH HELWAH UNTUK MAK!

Hari ini Sabtu,15 Oktober 2022.Kalau ikut dalam Mykad mak kami, hari ini adalah ulang tahun kelahiran ke 75  mak.


Sanah helwah untuk mak tercinta.Mak yang hebat dimata kami.Adanya kami ditahap sekarang berkat didikan mak dengan izin Allah.
Mak hebat,kerana walau tidak bersekolah,mak boleh membaca dan menulis dengan baik hanya dengan belajar melalui anak saudara mak yang bersekolah.Kata mak anak saudara iaitu Bang Him muda setahun dua daripada mak.Bila Bang Him balik sekolah,mak belajar melalui Bang Him dan Alhamdulillah berkat terang hati mak dapat membaca dan menulis.Kata mak,mengaji Qur'an pun mak khatam dulu dari kakak mak,Mak Tah hingga Mak Tah buat kenduri korbankan sekor  kambing sebagai meraikan mak dapat khatam Qur'an cepat.
Mak pandai menjahit baju.Dulu zaman kanak- kanak hingga remaja,baju raya dan baju sekolah kami mak jahit sendiri.Menganyam tikar dan bakul mengkuang juga kemahiran mak,tapi langsung tidak menurun kepada saya dan Achik🤭
Ada dua perkara sahaja mak kalah dengan saya....mak tak pandai mengait benang dan anyam ketupat daun kelapa..🤣
Mungkin sebab tiada kepentingan mak nak belajar kerana benang kait susahbnak dapat dan diutara lebih kepada ketupat palas.Tapi anyaman lain mak memang jaguh.
Dulu kat rumah di kampung tikar anyaman mak berbelas keping,tapi sayang sekarang dah dibuang kerana dimakan anai-anai.Mengerjakan sawah padi dan kebun getah pun mak tak kalah.Apa lagi memancing lampam🤭.Bermacam kerja mak buat untuk manyara kami bersekolah.Bab  anak sekolah memang mak sangat titik berat kerana kata mak ,mak tak mau kami tak sekolah macam mak.Mak tak nak anak-anak mak kerja motong getah macam mak.
Saya masih ingat masa darjah 6 nak naik sekolah menengah,mak bergaduh besar dengan ayah.Puncanya ayah tak setuju saya masuk sekolah menengah.Bagi ayah,cukup  sekolah rendah sahaja.Boleh membaca dan boleh menulis sudah cukup.Sekolah menengah banyak nak pakai duit,mana  nak cari.Anak orang lain pun kat kampung ramai tak sekolah menengah pun,cukup sekolah rendah sahaja.
Masa tu mak betul-betul bergaduh dengan ayah.Kata mak....walau apa jadi,biar makan nasi dengan garam,mak tetap mahukan saya sekolah menengah.Mak kata mak yang akan cari duit anak sekolah.Memang betul..akhirnya mak bertungkus lumus buat macam-macam kerja kampung hingga kulit mak hitam legam terbakar terik matahari.Pagi motong getah,petang ke bendang.Ambil upah tanam padi,kutip cabai,cari buah berangan jual,jual ubat & macam-macam lagi untuk bayar yuran sekolah dan beli buku.Kata mak...kalau boleh mak nak anak-anak kerja makan gaji...sebab tu kena sekolah walau susah.Tahulah mak nak cari duit...Alhamdullih,kebanyakan hajat mak Allah makbulkan.
Mak anak bongsu daripada 7 beradik.Tiga laki-laki dan empat perempuan.Sekarang hanya tinggal mak bertiga beradik perempuan sahaja kerana yang lain sudah kembali ke Rahmatullah.Semoga dipanjangkan usia yang barokah & Allah sentiasa merahmati mak.


Mak potong kek ka tikam kek tu..?🤭🤣
Maklumlah,potong kek hari lahir bukan kebiasaan macam kita potong bawang...hari-hari kita potong kan...
Dulu-dulu zaman kanak-kanak hingga dewasa,mak tak pernah sambut hari lahir pun.
Bahkan tarikh lahir mak pun tiada siapa yang tahu dengan tepat.Orang dulu-dulu surat beranak bukannya ada tempat khas nak simpan.Dah reput dimakan usia tidak bersisa lagi. Cuma sejak mykad diperkenalkan,baru ada tarikh lahir pada nombor mykad tu kan..
Itupun kata mak,rasanya depa main agak saja tarikh lahir tu.Boleh jadi betul,boleh jadi tidak.Tapi tahun kelahiran tu mak kata betul 1947 kerana kata mak arwah nenek bagitahu masa Jepun jajah Tanah Melayu tu mak dah ingat-ingat lupa kerana masih kanak-kanak.Masa Tanah Melayu merdeka mak kata umur mak 10 tahun.
Dulu-dulu  IC dipanggil Kad Pengenalan..Warna biru,ada nombor dan ada gambar kat tengah ,manakala kiri kanan ada cap jari..tak ingat ada tarikh lahir ke tak kat belakang tu.Rasanya takda sebab hanya tahu mak lahir 1947.
Cuma sejak beberapa tahun sebelum covid dulu hingga sekarang, Achik selalu raikan ulangtahun mak berdasarkan tarikh nombor mykad.

Wah..meriah hidangan untuk meraikan ulangtahun kelahiran mak @ rumah Achik.
Alhamdulillah,Achik anak mak yang baik,sentiasa berusaha membahagiakan mak.Masa masih kanak-kanak saya selalu cemburukan Achik kerana saya merasakan mak dan ayah pilih kasih.Lebih menyayangi Achik berbanding saya.Selalu kena belasah dengan mak dan ayah  bila buat salah..Namapun buat salah kan..kena la terima hukuman...huhuhu.
Agaknya kalau tidak kerana semua itu,mungkin saya dah tak jadi orang sekarang ni..Dah jadi hantu🤣
Saya anak perempuan paling atas berbanding Achik,jadi pastinya tanggungjawab masa tu agak lebih berbanding Achik yang lebih kecik dari saya.
Nak jaga adik,nak masak, nak cuci pinggan mangkuk,nak angkut air dari telaga,nak kena jaga jemuran padi agar tidak dimakan ayam,nak kena beri minum kepada lembu peliharaan,nak tarah rumput di halaman etc.Saya selalu ingat mak tak sayang saya.
Namun bila semakin tua dan ada anak sendiri.. saya sedar bahawa tiada emak yang berniat nak membezakan kasih sayang..Namun ada ketika terjadi tanpa sengaja,lebih-lebih lagi bila ada anak lebih dari seorang.Mana mungkin kita nak memuaskan hati setiap anak..apatah lagi orang lain kan.
Pasti ada anak yang kita banyak menyuruh buat itu ini sedangkan ada anak yang mungkin kita jarang menyuruh.
Kita banyak menyuruh pada anak itu mungkin kerana hanya dia sahaja yang boleh disuruh.Anak yang banyak kita berleter pada dia mungkin kerana hanya telinga dia yang "tebal" dan  sudi dengar leteran kita.Kita kurang berkata pada anak yang lain mungkin kerana apa yang telinga anak tu nak dengar tidak sesuai dengan apa yang mulut kita nak cakap.
Begitu juga agaknya dengan mak.

Namun,kini Achik  dan Pakcik yang lebih memikul tanggungjawab menjaga kebajikan mak.Makan minum mak,sakit pening mak semua mereka berdua yang banyak menghadap berbanding saya yang hanya melayani mak dengan menadah telinga sahaja di handphone dan sesekali pulang menziarah mak sehari dua.
Maafkan saya mak,gagal jadi anak soleh untuk mak dan banyak serah tanggungjawab dibahu Achik.

Namun,saya tak pernah lupa berdoa untuk mak,Achik dan semua yang lain walaupun saya tak tahu Allah sudi mendengar atau sebaliknya.

Mak sangat berhajat nak ke Baitullah dengan Pakej Umrah Andalusia Travel dan bermutawwifkan Dato' Ustaz Daud Che Ngah" .
Alhamdulillah,mak sudah mengerjakan haji dengan titik peluh mak sendiri.Umrah pun mak dah pergi.
Namun mak  mengimpikan dapat menunaikan umrah dengan Andalusia Travel itu  bersama Saya...
Setiap kali keluar iklan atau program Andalusia kat TV...setiap itulah mak akan telefon bagitau.Kata mak,mak cuma nak pergi dengan saya ..tapi  dengan perbelanjaan mak  sendiri.
Aduhai,sebagai anak takkan lah sampai hati nak pergi umrah dengan mak tapi mak tanggung perbelanjaan sendiri...kan...
In sha Allah mak..jika Allah izinkan,saya akan tunaikan hajat mak dan tunaikan janji saya dengan Allah.Cuma dalam masa terdekat,saya belum dapat realisasikan kerana saya masih ada kekangan dan tanggungjawab yang belum selesai..Semoga Allah memudahkan urusan saya dan dapat memenuhi hajat mak serta menepati janji saya kepada Allah..in shaa Allah.

Saya tahu mak selalu berdoa agar saya balik menetap dekat dengan mak.Saya juga berdoa untuk Allah jentik hati saya..lembutkan hati saya dan lorongkan jalan sebaiknya untuk saya berpindah tempat kerja ke sana dan dapat dekat dengan mak dan Achik.
In shaa Allah...

Penuh meja makan rumah Achik..


Haip....
Aqil tengok apa tu?
Hihihi


Baca doa makan ke tu Aqil?🤭
Doa selamat la..
Sebenarnya ada video Pakcik baca doa selamat.Tapi tak dapat nak share..

Ada mihun goreng udang.
Nasi tu tak tau la nasi arab ka apa..lupa nak tanya..


Kepci...


Sate pun ado..


Haikal pun ada la...

Terima kasih Achik,Pakcik dan semua..
Semoga kami dapat bersama-sama mak dan seluruh keluarga hingga ke syurga.

15 comments:

  1. Sanah Helwah nenek cella. Moga diberi kesihatan yang baik, bahagia disamping anak cucu.
    Sedih baca luahan hati makngah 😔. Moga Allah makbulkan doa akak suatu hari nanti.
    Usia nenek Cella sama dengan usia abah saya.
    Sama pengalaman kita kak, masa kecik dulu mak saya pun pandai menjahit baju kami adik beradik. Adik beradik ramai, kene jahit baju² sendiri. Masak pun macam² jenis kuih muih mak pandai buat. Sekarang dah tak kuasa nak membuat. Dia suh beli ajeee..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn...
      Owh...sama ngan abah Jaja yer..
      Mak-mak dulu kebanyakan pandai menjahit bagai kan...
      Kita sekarang semua main tunjuk🤭

      Delete
  2. Sanah helwah mak. Banyak sangat jasa mak pada anak-anak, tak terhitung rasanya pengorbanan mak membesarkan dan memberi didikan untuk anak-anak mak.
    Emak saya kan Mama Cella, pun begitu juga. Pentingkan pendidikan anak-anak. Emak pagi motong getah, belah petang emak berkebun tanam ubi keladi, pisang jagung dan yang sewaktu dengannya. Kalau berkebun, memang kami anak-anak kena bantulah menyangkul di tengah panas. Pernah sekali kita tanya emak sewaktu berteduh di bawah pokok pisang: Apa yang emak harapkan untuk masa depan anak-anak emak? Emak jawab: Emak doa kepada Allah, mudah-mudahan anak-anak emak tidak seperti emak, setiap hari berpanas, menyangkul dan kotor. Mudah-mudahan anak-anak emak dapat bekerja di tempat yang sejuk, dan tidak susah seperti emak.
    Masih saya teringat, air mata emak berlinang, emak tarik hujung kain sarung yang dipakainya, dan emak lap air matanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar pengorbanan mak..Tulusnya doa seorang ibu kerana kudus dan tanpa syarat..

      Delete
  3. wahhhhhh sannah helwah moga diberi kesihatan yg baik hendaknya aminnnn. sama lah mak sy yg lahir tahun 1960 pun mmg tak pernah potong2 kek harijadi. semenjak ada anak menantu cucu lah baru merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..
      Mak-mak kita susah diusia muda dan Allah kurniakan kesenangan diusia emas..

      Delete
  4. Selamat hari ulang tahun nenek Cella^^
    Semoga panjang umur dan sihat selalu =D

    ReplyDelete
  5. Speechless kita baca luahan hati Mak Ngah. Kita doakan agar Allah swt makbulkan hajat mak & mak ngah. Selamat hari lahir, mak. Semoga mak diberi keafiaatn, bahagia dan sejahtera selalu, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn ...
      Terima kasih adinda...
      Semoga kebaikan juga Allah membalasnya

      Delete
  6. happy birthday to ur mom.. aamiin .. semoga semua doa & hajat tercapai, in sya Allah... moga sihat2 selalu ye makcik!!!
    besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan... tersentuh hati membaca nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MA..
      Amiiinn....semoga kebaikan juga Allah balas untuk MA atas doanya

      Delete
  7. Selamat Hari Lahir nenekcella...moga mak diberi kesihatan yang baik dipanjangkan umur,dimakbulkan hajat mak untuk ke mekah dengan umicella..sentiasa dalam rahmat dan kasihsayang Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....
      Terima kasih Afzan..
      Sebut nama Afzan auto terbayang Almarhumah Tuanku Afzan..bonda YDPA...Al-Fatihah

      Delete
  8. Selamat hari lahir mak...semoga diberikan kesihatan yang bsrpanjangan dan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete