Friday 14 October 2022

BELI PANIPURI SEDAP @ CHERAS

Hari Rabu nampak dalam ofis,Julaiza bawa bungkusan panipuri.Nampak kemasnya packaging dia.Tanya Ju,dia beli kat mana ..& kata Ju dia beli kat tepi jalan dekat Damai Indah.

Balik tu saya mencuba nasib mencari tempat yang Ju cakap tu..


Alhamdulillah...rezeki saya..Masih ada stok panipuri tu..
Saya beli sebungkus sahaja.
Sebenarnya sudah lama saya teringin sangat nak makan panipuri ni.Rasanya sejak PKP lagi tapi tak tau nak cari kat mana.Dua bulan lepas masa jenjalan cari makan, jumpa satu gerai jual panipuri kat Lakefield..berdepan dengan Burger King
Rasanya (Ammi a.k.a Shiela Arsyad) mesti tau tempat ni🤭
Pengalaman buruk...Bukan sahaja kualiti tapi kuantitinya tak masuk akal dengan harga.Tak gamak nak makan dan kami tak ambil gambar pun..Saya dan cella mencicip sorang sebiji...Oh..no!
Hampir "bertaubat" taknak beli dah kalau la begitu rupa,kuantiti dan rasa panipuri yang saya nak sangat makan tu.
Buang begitu sahaja..
Tapi seminggu dua lepas tu kami lalu lagi situ,gerai tu dah takda..


Ni saya snap panipuri ni duduk bersimpuh atas seat kereta🤭.Lepas beli,masuk kereta snap pic hantar kat Cella..
Saja bagitau dia saya beli panipuri ni...hihihi
Orang dah offer nak pi amik dia balik weekend ni...dia kata tak boleh balik walaupun dah habis minggu orientasi..Katanya dia tengah bz kena lead salah satu program.Tiap malam katanya pukul 12 baru balik bilik.
So...kasi layur sama dia kita tunjuk panipuri makan berdua dengan abangnya...hihihi


Balik rumah bila buka
Ni la isi set untuk panipuri tu..
Sangat berbaloi dan hygine dengan hanya RM10..

10 pcs puri dia sebesar bola golf...
Takda la macam beli sebelum ni besar fishball ja🤭


Inti kentang pun isi dalam bekas kemas dan bersih.Saya cuak juga mulanya sebab selalu tengok India  Street Foods tu kan depa ramas kentang hingga keluar kot celah jari kan...🤣
Ok yang saya beli ni saya dak godek -godek dak belek- belek ..kentangnya dipotong dadu macam inti karipap.
So,takdalah depa ramas keluar celah jari kan...hihihi

Siap bg sudu untuk cedok inti kentang tu..



Ni saya tak tau nama dia.Macam maruku campur yang rangup tu.

Kuah chutney ketumbar kot namanya..sebab bau ketumbar...rasa sedikit masin dan sedikit pedas-pedas gitu..Anak bujang saya kata dia suka air ni tuang banyak-banyak..

Ada dua kuah dia...
Ni satu lagi yang botol kecik ni chutney asam jawa kot..sebab rasa macam air asam jawa..masam dan manis yang seimbang..


Habis makan baru perasan ada sticker ni kat botol kuah chutney ketumbar tu..


So,jangan kata saya tak payung..hihihi
Tapi seriusnya memang sangat sedap pada tekak saya dan anak bujang tu.Kami nak repeat...
Alhamdulillah,dapat juga makan panipuri yang sedap ni..Pani pun sedap cukup rasa...puri pun puas hati sebab besar.
Yang sekitar Cheras boleh pi cari ..
Ni saya share tempat saya beli...Saya screenshot google map supaya boleh bayangkan..

Jalan Suadamai...
Belah kanan  tu Taman Damai Indah,Cheras.

Ni dari arah Aliran Damai..
Gerai kuning tu la.Penjual dia muslim na...
Abang/pakcik yang jual panipuri ni memang peramah.Bukan saja dengan pembeli dia tapi dengan orang lain juga 
Buktinya masa saya sedang beli ada la sorang rider granfood berlegar macam terpinga-pinga mencari arah sambil tengok handphone dia.Penjual panipuri ni berkali-kali tanya nak cari gerai apa ...nak ke mana dia nak tunjukkan.Tapi rider tu la pulak sombong ..jawab acuh tak acuh sampai tak faham pun apa dia jawab.

Saya pun hari ni macam nak pi beli lagi la panipuri..
Kalau tak jumpa juga call la no tertera
Yang bumbung biru tu gerai Keria Gula Melaka..
Yang khemah hijau tu pula jual soya panas dan sejuk..
So lepas beli panipuri..belilah juga keria gula melaka dan soya tu yer..
Ops...sebelum gerai panipuri tu ada gerai cendol..Kadang ada juga orang jual lemang & durian....siap duit ja..hihihi

21 comments:

  1. pernah makan sekali dulu, x minat sgt..
    helok sgt packaging nya pun...senang nak tuang2 bila makan tu..bagus sgt yg menjual tu

    ReplyDelete
  2. Salam kenal mamacella, dulu masa cella TTK hari-hari intai dia disini..
    Saya belum pernah makan panipuri, teringin nak cuba tengah tunggu panipuri fb MayahPanipuri datang Kuantan, katanya famous dah round semenanjung panipurinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Afzan...
      Oh ada round semenanjung ye..in sha Allah ada rezeki..
      Yang saya beli ni pun memang muslim

      Delete
  3. Banyak makanan viral, yang ini kita tak cuba lagi Kak.. entah lerr belum ada rasa keinginan, tapi nak cuba gak nanti.. ramai kata sedap.. area uma ni ada yang amik order jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun tak teringin nak cuba bila tengok sebab ingat takda orang kita yang jual

      Delete
  4. Mu.sim nak deepavali ni, banyak jumpa dorg jual panipuri, tapi tu laaa.. sy gak mmbayangkan cara penyediaan dorg mcm yg selalu viral kat medsos, rasa tak sampai hati nak aniaya diri sendiri, hahah. Tapi, sy pernah beli panipuri dari usahawan melayu, padu jugak la, teringat smpi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya beli muslim ...
      Bukan yang sambut Deepavali🤭
      Kalau kena gayanya memang padu kan..

      Delete
  5. ya ampun kak oi, nasibla jauh nun dekat sana kalau tak memang suruh Edy belikan. Teringin kadang tengok orang makan dekat tiktok aduhai cuma takut nak beli online takut tak sedap seperti mcm akak bayangkan dia buat tak bersih. Tapi tengok yg akak beli ni helok, bungkusan pun cantik je, harga pun kira berbaloi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi Dana..
      Saya pun kebetulan dekat ..dapat la merasa yang sedap..Yang beli sebelum ni ..hahaha..bazir

      Delete
  6. Berbaloi sangat tu sepuluh ringgit dgn packaging, kuantiti dan rasanya tu. Kalau dekat mau jugak pi cari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...memang berbaloi..
      Tak jauh mana Gombak ke Chras🤭

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau jumpa yang muslim dan kena gaya..boleh yey MA

      Delete
  8. teringin juga nak try panipuri ni tp tu lah duk terbayang jugak ramas sampai kluar celah jari, terus potong mood nak cuba hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ..ni dia tak ramas...potong dadu..
      Kalau dah bersedia nanti boleh try

      Delete
  9. Lepas baca entry akak ni, tetiba kat group wasap kawasan ni, ade iklan jual panipuri 🤣. Kebetulan sangattt. Hihihi. Tapi tak beli. Belum tergerak hati nak mencuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati tu kadang berbolak balik Jaja...
      Kadang teringin..

      Delete
  10. Belum pernah makan panipuri sebab tak pernah jumpa di LD dan daerah lain.
    Selalu tengok di you tube, dan memang rasa macam Mama Cella jugalah apabila tengok jari ramas kentang sampai keluar celah-celah jari hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      kan...padahal boleh ja guna pelecek kentang kan..Tapi street food depa memang semua guna tangan🤭
      Kita hormati cara depa.Hormati bukan bermakna kita setuju atau ikuti..kan cikgu.
      Tapi kalau suruh kita makan..
      🏃🏃🏃

      Delete
  11. Nampak bersih packaging dia..kejadian panipuri pun cantik kak ..baru td temankan kawan yg preggy beli...

    ReplyDelete