Monday 17 October 2022

MELAWAT ANAK DI ASRAMA

 Walaupun rezeki dapat sambung degree dekat..bak kata SK hanya sepelaung...Tapi langsung tak pi jenguk walaupun dah beberapa hari minggu orientasi berakhir.Nak pi kang takut tak kena masa.Jadi,kita tunggu sajalah .Kalau perlu apa-apa nanti pasti call mak jugak tu🤭

Mmm..sungguh aih....tak banyak kali Jumaat..Masuk Jumaat yang ke-2 dah ada orang call minta hantar baju la..minta beli pencuci muka la bagai..

Kan dah kata....anak kalau susah...orang pertama dia cari pasti mak dia....kan🤭



Lepas Zohor pi la dengan anak bujang tu ke asrama.Walau pun sebutannya Kolej Kediaman..saya memang dok sebut asrama...hihihhi..


Pagi-pagi dah masak Agar-agar Santan Gula Melaka...
Saya masak sebungkus agar-agar tali cap burung layang-layang tu..dapat la 5 bekas ni.Isi tak penuh sangat pun.Kalau betul-betul isi penuh dapat la 4 bekas saja tu.
Kali ni saya buat versi letak telur:

AGAR- AGAR SANTAN GULA MELAKA VERSI BERTELUR


1paket agar- agar tali cap burung layang2.
( 1 paket= 20 gm)
1.5 liter air( lebih kurang 6 cawan)
2 keping gula melaka

(+-1cawan)

½ sudu teh garam
½ kotak kecil santan( + air supaya dapat 1 cawan santan)
2 biji telur
1 pandan

1. Basuh dan gunting agar2 supaya senang nak masak.
2  Rendam agar2 supaya lebih cepat dimasak.Kalau taknak rendam pun boleh terus rebus.
3. Masak agar-agar  bersama  air hingga mendidih dan agar2  larut sepenuhnya
4. Masukkan pandan dan gula melaka  dan garam
5.Kacau telur bersama santan hingga sebati( boleh blend)
6. Saya padamkan api untuk hentikan mendidih dan tuangkan campuran santan dan telur sambil dikacau pusingan supaya mendapat serat telur yang lebih halus.Kalau tengah menggelegak tuang telur,seratnya agak kasar. 
7. Kàcau rata,baru hidupkan semula api dan biarkan mendidih sekejap sahaja

8. Tuangkan dalam loyang atau bekas
9. Jangan usik bekas tersebut supaya bahagian atas tidak berselerak.Biar beku terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti ais



Masak kuah spaghetti.
Guna sos readymade ja.Alter sikit-sikit  tambah itu ini sikit..+ Ramly's chicken ball..Cari meatball tak ada..yang ada chickenball ja..Beli la jugak .
Sebenarnya saya jarang guna spaghetti sebab urat dia besar.
Saya gànti dengan  merebus pasta vermicelle 1½ paket merangkap untuk anak bujang kat rumah ni sekali.

Ni saya punya...
Saya tak minat makan pasta kuah bolognese..
Saya amik sikit kuah tu makan dengan mee siput

Mee siput pemberian Haziq hari tu saya goreng hingga  kembang rangup.Makan ngan kuah bolognese..hihihi

Sebaik selesai zohor,terus siap-siap.

Isikan 4 bekas...spaghetti bersama sos bolognese...
1 untuk Cella
1 untuk roomate dia.Roomate Cella orang Pekan Pahang.
2 lagi untuk kawannya.


Kalau depa dah lunch...boleh simpan untuk dinner.

Elok kita sampai..eh,dia nak ikut keluar la pulak.Nak beli itu ini dan nak makan kat Soru katanya..Bawa la pi makan dulu kat Soru Lakefield.

Dia nak makan🐐


Saya makan Mac & cheese.Padahal.kat rumah masak pasta juga🤭Anak bujang tu hanya order fries sebab dah kenyang makan pasta bolognese kat rumah. 
Fries dia sampai lambat..takda pic....hihihi
Air konon kalau makan kat luar nak order Lemon Shoi macam Cikgu Amie selalu order kat LD...
Dah makan sini..kena order yang ada dlm menu ja la..takda lemon shoi🤭.Pakat order soft drink ja.
Lepas makan Singgah Watson,DIY..
Pastu terus hantar balik sebab nanti lepaa maghrib ada event katanya.


Sampai kat blok lelaki..nampak depa tengah dok susun kerusi kat court tu. 
call kawannya suruh datang ambil makanan ni.
2 bekas lagi pasta bolognese tu bersama 2 bekas agar-agar santan tu untuk kawan yang sesama belajar kat UniSZA hari tu..
Daripada reramai  rakan-rakan UniSZA yang interview UPM bulan Julai hari tu...
Rezeki depa bertiga dapat panggilan UPU kat UPM ni.Dua lelaki dan Cella sorang perempuan.Sorang dari Johor dan sorang lagi dari PJ.
Rakan-rakan lain ramainya yang feeder kat UniSZA..Nanti konvo dapat lah mereka kembali berunion..
Kalau ada rezeki dapat jumpa anak buah SK...si Ijat yang juga sedang sambung degree kat UniSZA..🤭

Hantar la balik asrama..
Yang kat tangan nampak pasta dan agar-agar ja..
Yang dia dah hangkut naik bilik nun 1 storage box penuh barang dia🤭
Dengan tudung pendek dia...konon nak amik baarang ja...tapi audahnya ikut merata alam.

Kat belakang  blok tu tempat tunggu bas..Masa kami lalu ada 2 bas sedang menunggu.Kata Cella dia pi kelas naik bas..sebab fakulti dia kalau jalan kaki agak jauh.Tapi kalau naik bas dalam 5 minit gitulah.


Bas banyak katanya..Tapi ada time dia la..Tak payah bayar dah sebab dah termasuk dalam yuran katanya.Memang bas depa semua plat UPM ker?
Saya pun tak pasti,tapi beberapa buah bas yang kami selisih semua plat UPM la..

Balik rumah dah nak maghrib.Masak nasi goreng untuk diri sendiri.Anak bujang tu mentong baki pasta bolognese ..
Zzzzzz


13 comments:

  1. banyaknya bekal untuk anakdara ye..gitu la mak menyempat je masak macam-macam, nasib baik dah dekat sepelaung ye kak kalau masih di unisza memendam rindu jg la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tapi tu la masa dok jauh rajin call...dah dekat ni wasap pun payah🤭

      Delete
  2. Hihi, kita Ahad tuari nak masakkan SB jugak utk Iman tapi sebab malam tu dia ada taklimat lagi, jadi, nanti2 dulu la. Nanti jika jadi buat, sy nak ikut cara ni, asingkan sos dalam plastik. Tq bagi idea tau. Ialah, Mak Ngah byk pengalaman buat bekal anak2 dari dulu.
    Nanti kalau ada rezeki, dapatlah jumpa Ijat, tapi dia dok rumah sewa tak duduk dalam kampus, kot ada jodoh, kan.. haha.

    Lama tak buat agar2 kemenyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi SB masakan SK lagi mewah...penuh daging cincang bagai...
      Saya menang dulu-dulu ja...La ni turun naik..
      Eh..mana tau kot-kot terserempak Ijat..kena fotostat pic dia ...🤣

      Delete
  3. tudia..mcm2 bekalan dr mak kan... penuh kasih sayang gitu

    ReplyDelete
  4. Bahagianya apabila ibu datang melawat anak di asrama.
    Setakat ni lemon shoi, milo nai, teh nai, teh nai peng hanya ada di Sabah. Tak tahulah di Sarawak ada ka tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi saya makan kat luar..nak minta lemon shoi macam tak tersebut..last2 teh O ais🤭

      Delete
  5. kat UPM kalau menapak jenuh...besau gila.
    ammi kat ITM Shah Alam dulu dari asrama nak ke kelas di Menara tu pun semput sebab ntah brapa bukit da kita kena daki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bas dari kolej kw fakulti katanya..

      Kakaknya dulu kat Puncak Alam kena naik Maxim(grab dalam kampus,)
      seringgit sehala..
      Zaman kita banyak menapak Ammi..seronok dikenang..pahit dilalui🤣

      Delete
  6. Rezeki dapat dekat. Senang juga apa apa hal. Macam macam bekalan tu. Rare mama cella makan bolognese dengan kuih siput.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kuih siput Fiza...Mee Siput...makanan Johorean tu

      Delete
  7. Seronok la tengok jumpa anak2 kat asrama..next nanti giliran SA plak..lepas tu sure update blog pasal anak je kan ..x sabar .jangan SA yg melalak dh la...x pernah berpisah lagi ni...

    ReplyDelete