Sunday 16 October 2022

BUAT BUNGA RAMPAI...RASA SANGAT NOSTALGIC

Sebakul Bunga Rampai...Untuk Majlis SAMBUTAN MAULIDURRASUL...malam Sabtu baru ni..

Saya ditugaskan bahagian pendaftaran.Lepas daftar melalui imbasan QR code,setiap orang diberikan sebunjut bunga rampai sebagai haruman.

Ada dua pilihan warna..


Kuning ...

Merah....pun ada.


Boleh pilih salah satu.Tapi saya tak pilih salah satu..saya pilih salah dua不不不
Kuning pun ambil,merah pun ambil..kita pendaftaran kan..五


Ketua Bunga Rampai ni Ros..yang selalu bagi saya ulam dan dia juga super mom yang ada  tangan ajaib tu..Urus 6 anak tapi masih sempat buat bahan kisar..paitee dan somtam open order kat kawan-kawan..
Bunga rampai ni pun dia yang beli bekas bunjut tu dan pastikan anak buah siapkan hirisan pandan 3 hari sebelum majlis.
Kata Ros lepas hiris kena biar 3 hari supaya hirisan pandan tu kering,barulah direnjis air mawar dan dicampur hirisan bunga warna warni.
Rasanya. keseluruhan,hampir 5kg juga pandan yang diracik halus.


Ros dah pesan..jangan dok bertapa sangat atas kayangan tu..Bawak-bawak la turun hiris pandan ni五
Saya suka guna cutter sebab tajam dan hirisan jadi nipis.

Ada yang guna gunting .
Bau bunga rampai mengingatkan pada dua perkara iaitu perkahwinan dan kematian.Bau bunga rampai cukup senonim dengan dua ni tapi lebih kepadapa perkahwinan la....Saya pula kalau bunga rampai ingat lagu Zaleha Hamid..
Bila dengar lagu ni ...terbayang suasana kenduri kahwin dan persandingan dulu-dulu..Dulu majlis bersandinnya pukul 3/4 pagi..haaa kalakar kan..Tapi itulah hakikatnya dan Alhamdulillah saya sempat merasai pengalaman itu..

16 comments:

  1. Kecik² dulu seronok tengok makcik² buat bunga rampai. Time kakak² kawin pun buat jugak. Tapi lama kelamaan dah rakde orang buat dah. Majlis kawen sndri pun takde bunga rampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung saya pun orang tak buat sangat bunga rampai..Tapi ada la sikit untuk sekadar bau kenduri...Takda la bagi kat tetamu

      Delete
  2. Bunga rampai diracik-racik
    Makin pandang bertambah cantik
    Bunga rampai harum baunya
    Kalau dah jodoh bertemu jua

    Sy masih ingat masa sukan tadika, ada sekumpulan penari berjoget lagu bunga rampai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaleha Hamid pun dah tak berapa sihat sekarang, kan. Sedih tengok, tak silap sekarang dia tinggal di JB. Taman perumahan berdekatan taman saya.

      Delete
    2. Haaaa...tu mesti SK dah nyanyi sekali tu lagu bunga rampai tu..
      Zaleha Hamid antara artis yang saya minat tahun 80-an dulu.Zaman kanak-kanak kalau pi kenduri kahwin..depa pasang lagu "Jabgan Kau Tangiskan" tu alaaaa...sedih.
      Lagu duet dia dengan Aziz Ahmad pun suka sangat

      Delete
  3. seronoknya ada tgn ajaib mcm Kak Ros! supermom sungguh! moga kita semua pun diberi peluang jd super mcm tu.

    haah lah terus teringat zaman kawen abang kakak dulu-dulu ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..Ros tu cakap laju macam peluru berpandu...Kerja pun laju macam komet Helly..不

      Delete
  4. seronok nya bila wat ramai2.meriah sgt

    ReplyDelete
  5. bilik pengantin mesti nak ada bau ni baru la rasa sempurna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa..betoi...
      Bau bunga rampai auto teringat bilik pengantin

      Delete
  6. Bau bunga rampai memang unik, kerana daun pandan itu sendiri sudah ada aromanya yang tersendiri. Ditambah dengan minyak wangi yang sesuai, memang tambah semerbaklah harumnya.

    ReplyDelete
  7. Seronok dapat merewang buat bunga rampai. Suka bau daun pandan diracik dan dicampurkan dengan bunga ditambah sedikit haruman pewangi.

    ReplyDelete
  8. betul...sambil meracik..sambil bergosip hal semasa五jangan sampai tambah dosa五

    ReplyDelete
  9. Tahun depan kena racik bunga rampai la adik2 SA kan...hahaha...aduyai....nostalgia..suka buat macam ni utk majlis perkahwinan dan jugak suka letak kat dlm kereta...

    ReplyDelete