Sunday 9 October 2022

BAWA "ADIK-ADIK" RONDA PUTRAJAYA

 Hari Jumaat,Yana dan Wani minta tolong bawakan mereka ke mana-mana bank atau ATM.Kata mereka nak bayar sewa rumah 

Mereka berdua ni dari salah sebuah IPTA kat Pahang dan sedang latihan amali selama 3 bulan di tempat kerja saya.Ingat lagi tak...?

Saya pernah cerita pasal CEKODOK UBI KAYU,NOSTALGIA YANA...kat sini..


Lepas bawa mereka ke ATM...saya ajak  mereka makan ..Kita pernah lalui zaman susah...kita faham perasaan mereka.
Saya suruh depa pilih makanan sementara saya cari tempat duduk
Yana pilih nasi ayam & coconut shake.



Wani pilih roti john special bersama coconut shake juga.
Untuk saya pula roti john special bersama segelas lemon panas berasap..

Kemudian kami singgah Taman Warisan...
Tak melawat pun tamannya sebab tak sanggup nak tawaf taman dusun yang luas tu.

Kami singgah suraunya sahaja untuk solat siap-siap..senang hati sikit kalau nak meronda lagi hingga maghrib pun🤭
Selesai solat,mata terpandang pula gerai cendol kat foodcourt 
" Penanggah" tu..


Dulu 10-12 tahun dulu tempat ni sangat happening dan selalu menjadi port singgah saya dan anak-anak untuk makan bersantai-santai hujung minggu.
Dekat tapak parking tu ada jual buah-buahan dan anak benih pokok serta supliment pokok.
Selalu ada pameran pertanian bagai.Penanggah tu sendiri pun selalu orang sewa dewan terbuka dia  buat majlis  kahwin 

Meneroka atas bukit tu melihat dusun buah-buahan dan pelbagai jenis tanaman termasuk getah dan mesin proses getah dulu-dulu .
Tak tau la sekarang ni semua tu  ada lagi ke tak..Macam tak ada promosi dan tak ramai orang tahu kewujudannya.Sangat sayang tempat manarik berinformasi tapi tidak ditonjolkan.
🎼🎶"Siapakah yang salah...ku tak tahu"🎵

Kalau dulu kat sini paling best bakso dan roti john dia..
Kali terakhir datang 2018

Sayangnya sekarang,sudah tidak semeriah dulu.Banyak gerai tutup walaupun masih ada beberapa gerai buka.Lebih-lebih lagi semasa dan selepas PKP Covid 19..Namun persekitaran foodcourt ni masih releven untuk bawa keluarga makan minum sambil bersantai kerana bersih dan sangat tenang dan damai berada di sini.Walau Sate Samuri dah tutup,tapi masih ada Sate Warisan.Gerai mihun sup,nasi ayam pun ada.Nasi campur saya nampak ada 1 buka...Masakan panas goreng-goreng pun ada.Bau nasi goreng ikan masin dan bau tomyam dia menerobos deria bau...tapi kami dah kekenyangan.Para peniaga pun pastinya sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua untuk menyokong perniagaan mereka.
Semoga laman foodcourt ni kembali meriah kerana saya sangat suka ketenangan di sini.

Muka semua dah takda make up sebab lepas solat baru perasan semua tak bawa bedak celak kerana semua pun tak plan nak jenjelan..So..hakak payung adik-adik ni dengan sticker..
Lagipun kena la cover sabab saya pernah cerita pasal Yana.
Yang tudung pink tu la Yana..Mereka best friend dan rezeki dapat tempat yang sama untuk  menjalani latihan amali.
Yang baju biru is Wani..
Wani asal dari Perak.Sudah kematian bapa dan semua adik beradik perempuan serta semua masih bujang.
Semuanya sebaya dak Iman anakanda SK..21 tahun.Anak bongsu saya Cella 20 tahun,muda setahun daripada depa ni.
Saya ni layak depa panggil makcik pun..tapi kat tempat kerja mana boleh panggil makcik kan...Dah nak bersara esok pun kita tetap biasakan puan atau paling mesra  panggil kakak..


Belanja pula depa cendol sorang semangkuk..


Habis menyendol...saya drive pula menuju Dataran Putrajaya.Yana la paling teruja..Katanya .
" Ya Allah,dapat juga saya tengok masjid ni depan mata,selalu tengok kat TV sahaja"....

Dalam hati saya bercampur baur perasaan.Saya juga  dulu sebaya mereka ...saya anak kampung yang hidup susah...Allah hantarkan meyambung pelajaran di tengah kotaraya KL..Menangis dalam hati bila mencongak duit belanja.Baju tidak pernah bertukar,hingga kawan-kawan akan cam saya hanya ada 5 pasang baju untuk dipakai seminggu selama bertahun hingga habis belajar.Banyak kenangan pahit manis tapi syukur kepada Allah yang memberi ujian dan akhirnya mengganjarkan pelangi.Bukan kita sorang yang melalui.Semua orang ada ujian tapi tidak sama.Begitu juga dengan dua orang anak gadis ini.


Walaupun dah 2 bulan mereka di KL...tapi katanya baru sekali mereka keluar berjalan-jalan.Itupun ketika kakak Wani menghantar mereka berdua ke KL ni bulan Ogos yang lalu.
Sejak itu Yana cakap dia tak pernah keluar kemana-mana.Wani selalu juga balik kampung jika weekend.Yana memang tidak kemana kerana rumah sewa mereka ke dalam dan jauh dari jalanraya utama.Saya pernah beberapa kali hantar mereka balik.Memang seram kawasan flat tempat tinggal mereka.Macam flat terbiar tepi kawasan kilang yang penuh dihuni warga asing.Jiran-jiran juga kebanyakan ca ya nun alif...Sebab tu mereka balik dari kerja terus diam dalam rumah dan hanya keluar esok pagi untuk ke tempat kerja.Kata mereka bukan tak mahu cari rumah lain,tapi ini sahaja paling murah yang mereka jumpa..RM650 sebulan..!!
Sabarlah ye..lagi sebulan sahaja...

Tengok anak orang teringat anak kita.Semoga Allah mudahkan urusan dunia serta akhirat dan jagakan mereka dengan iman dan akhlak mereka.


Saya biarkan mereka berdua berjalan-jalan di Dataran Putrajaya untuk bergambar.


Saya tidak mahu ganggu mereka orang muda nak bergambar.Saya beri masa 25 minit untuk mereka.(Macam ketua rombongan/tourist guide)🤭

Saya duduk di atas bongkah batu di bawah pepohon sambil memerhati mereka dari jauh.Cukup masa saya lambai dan gerak pulang kerana sudah hampir maghrib.

Pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada saya dengan menemukan saya dengan mereka dan mereka dengan saya.....

7 comments:

  1. Hari Jumaat masa rehat panjang, bolehlah jalan jauh sikit. Seronok dorang dapat jalan-jalan. Untung juga mama cella bawa dorang ke sini. Kalau tidak, entah bila nak sampai. Sedapnya menyendol. Haritu ke Putrajaya saya menyendol di ayer@8.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pi lepas habis kerja..Tu yang sedap sikit jalan- jalan walaupun hanya sekejap sebelum maghrib.
      Cendol kat Ng 9 ada orang kata lg sedap tapi tak tau kat mana

      Delete
  2. Allahu.. sebaknya hati. Semoga ada sinar selepas mereka menamatkan intern nt. Semoga Allah swt memelihara keselamatan mereka dan merrka dapat keluar dr kepompong kesusahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang pernah melalui...dapat menyelami walau mungkin situasi berbeza namun perasaan pasti ada persamaan .

      In shaa Allah ujian Allah pasti ada hikmah yang maha indah..

      Delete
  3. Cerita Mama Cella tentang masa belajar di kota raya dulu mengingatkan saya betapa sukarnya menghadapi hari-hari pokai sampai sanggup ikat perut. Saya malu nak minta atau mengadu masalah kewangan dengan orang tua sebab tahu kami orang susah. Apabila tak ada duit, saya puasa, jalan kaki pergi kuliah sebab tak dapat bayar tambang bas. Sengaja balik lambat ke asrama (asrama luar kampus) sebab tak mahu kawan-kawan tahu kita tak makan. Kita pura-pura buat ulangkaji di library. Minum water cooler untuk buka puasa, dan terus solat di musollah. Sampai asrama sudah malam. Kawan-kawan sangka saya sudah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna warni kehidupan kita zaman kanak-kanak dan remaja banyak persamaannya..
      Andai dapat berhadapan dan bercerita tidak cukup 3 hari 3 malam ni..penuh suka duka namun itulah yang menguatkan kita untuk sampai ke hari ini.Syukur Alhamdulillah...Allah sayang kita

      Delete
  4. Adik adik ye...hehehe.. seronoknya berkumpul dan jenjalan macam ni..

    ReplyDelete