Tuesday 11 October 2022

MASAK AMBUYAT GUNA TEPUNG UBI KAYU- MENJADI.!!

 Sejak nampak Cikgu Ami makan MAKAN AMBUYAT D'SOKA anak tekak ni tak tentu arah.Meronta-ronta minta ambuyat.Dia punya teringin..kalah mak buyung mengandung sulong..🤣

Cikgi Amie up Khamis malam..Jumaat memang tak buat la kan..hari kerja.Sabtu pagi,seusai subuh,memang dah plan nak masak juga ambuyat walau takda lamantak a.k.a tepung sagu.Saya pernah nampak ada youtuber buat ambuyat guna tepung ubi.Katanya sangat mirip rupa dan rasa dengan ambuyat guna tepung sagu.Maka lepas buat  bekal wrap untuk anak bujang..saya tunggu siang sikit baru masak ambuyat.


Inilah hidangan brunch saya di lewat pagi Sabtu.


Rasa nak lompat bintang bila ambuyat tepung ubi saya ni menjadi.Sebelum cuba,saya pun ingat akan jadi rupa macam gam..Dah buat,dah makan...ok memang bukan macam gam yer.Kalau nak tau...moh,try....



Nak nangis ..
Terharu dan bersyukur bila Allah izinkan ambuyat tepung ubi ni menjadi rezeki anak tekak yang teringin.


Saya tak sukat..hanya agak-agak.


- Memula saya bancuh tepung ubi dengan sikit air.Kalau terus tuang air panas tanpa bancuh dulu takut berketul.

- Kemudian tuang air panas mendidih sambil kacau tanpa henti.

-Awalnya nampak berketul..Tapi bila ditimbok-timbok seperti memukul telur nak buat baulu tu..Alhamdulillah jernih,pekat dan kental.

**kalau nampak macam belum masak juga,masak sekejap atas api  sambil adjust air panas hingga jernih dan dapat kepekatan yang diingini.


Sebelum buat ambuyatnya..
Saya dah siap masak sambal petai tempoyak ni.


Saya celurkan juga pucuk mulberry sebagai sayurnya.
Eh,tak puas takda bau belacan...

Saya masak pucuk bekka tumis belacan.


Tak sabar saya nak tunggu lunch.Terus menikmati seawal pukul 10 pagi..


Takda candas..kita guna chostick..
Paling ngam dengan sayur tumis belacan ni la.


Sambil makan sambil terbayang ambuyat cikgu Amie makan kat D'Soka tu.Rasa nak video call nak tunjuk ambuyat tepung ubi ni...
Licin semangkuk ambuyat...Alhamdulillah
In shaa Allah..saya akan buat lagi kalau masak lauk yang sesuai..

21 comments:

  1. Terliur tengok ambuyat tu dengan sambal, sungguh cantik kejadiannya.. very translucent.. Nanti nak buat juga, tetiba teringin makan ambuyat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cub la...kot dapat ubat teringin...walau mungkin tak seoriginal guna tepung sagu🤭

      Delete
  2. Wahhhh.. pandainya Mak Ngah. Memang teringin nak rasa ambuyat ngan lauk pauk, tentu macam makan bubur nasi istimewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tekak saya,rasa dia light berbanding bubur nasi yang agak heavy..tapi ada juga la persamaan🤭

      Delete
  3. amboi akak... tu dia menjadi ambuyat tepung ubi dia. Bila rasa sedap mesti rasa nak buat lagi n lagi kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..balik tadi beli kangkung macam nak buat tumis belacan nak makan ngan ni lagi..tapi tetiba rasa lapar sangat tak menyempat..hihihi.Nantilah weekend nak buat lagi..in sha Allah

      Delete
  4. Hamboi.. umi cella ni mcm2 bole.. yg xterbayang pun bole je.. kalau kita berjiran, msti kita da share ambuyat tu.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kalau dah jenis pemakan...camni la kak Lin..pastu kalut baju semua makin "mengecil"🤭🤣

      Delete
  5. Terus rasa kat tekak ni, kita biasa makan kawan kita buat.. agak lama tak makan ni, sedapnyaa kakkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pernah makan sekali ja dulu ada berjiran orang Sarawak..
      Sedap kan..
      Tapi orang Sabah Sarawak mesti buat lagi sedap

      Delete
  6. Open order la MC .. confirm kalau sy buat tak jadi 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..dah la resipi not genuine + derhaka...
      Kena sumpah kang jadi kura-kura🤣

      Delete
  7. lamanyaa tak makan ambuyat... mak selalu buat.. sy tak tahu buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belajar tu dari mak supaya ilmu tidak hilang begitu sahaja.Tapi apapun air tangan mak la the best kan...

      Delete
  8. x pernah makan, tapi tau la ambuyat ni...nampak mcm chewy2 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..lembik lembik kenyal..
      Nanti nak cari tepung sagu pula

      Delete
  9. Amboiiii! Mama Cella dah pandai buat ambuyat! Tabik spring kat Mama Cella. Saya belum pernah cuba. Nanti Mama Cella boleh pelbagaikan lauknya. Best ni kalau makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la macam nak masak lagi la...
      Terliur tengok cikgu post entri tu.
      Sambal belacan kat Sabah & Sarawak sedap dia lain macam..apa bahan yang digunakan..?

      Delete
  10. Lama. X makan ambuyat...pernah makan masa lawatan kerja dulu di KK....terus teringin dh ni...acaner ni..

    ReplyDelete