Monday 10 October 2022

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MULBERRY- DAUN ULAT SUTERA

Sayur Lemak Putih Pucuk Mulberry..

Panas berasap Masak Lemak Putih Sayur Mulberry untuk dihidangkan bersama gandingan sambal tumis.Sayangnya malas nak goreng ikan masin🤭


Masih pasal ulam pemberian Kak Izzah pada hari Jumaat.Ada 4 barang diberinya kepada saya.
- Pucuk Bekka
- Pucuk Malberry
- Terung Belanda
- Sebotol Budu

Ni pucuk mulberry tu..
Banyak kan...
Alhamdulillah,ramai orang baik-baik disekeliling.Sebelum ni Ita dan Ros selalu berkongsi rezeki ulam-ulaman kepada saya.Sekarang tambah lagi  sorang.Sejak awal tahun hari tu,Kak Izzah bertukar tempat kerja masuk sini..lagi bertambah rezeki ulaman untuk saya.Maklumlah saya ni tinggal atas kayangan tiada tanah nak bercucuk tanam(alasan...padahal orang lain boleh saja tanam dalam pasu🤭)

Selain pucuk bekka dan pucuk mulberry,Kak Izzah juga bagi terung belanda @ terung pipit @ terung rimbang ni.Eh,PH kata kat kampung dia panggil terung ceweng !
Banyak nama terung ni kan..hihiihi


Budu pun Kak Izzah bagi.Jangan kata dah bagi ulam nak cicah apa..Budu pun dia bagi...
Hihihi..

Tapi kita masak pucuk mulberry dulu..Nanti kita masak pula terung belanda tu.

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK MULBERRY
1 cekak pucuk mulberry
½ kotak santan kara
1 bawang besar
1 cili merah
sejemput bilis
garam

1. Bersihkan pucuk mulberry dan rebus dengan 2 cawan air,bawang,bilis dan cili merah seperti masak sayur bening.

2. Rebus hingga air menyusut separuh kerana pucuk ni agak liat kalau masak sekejap sangat.

3. Bila sayur dah lembut baru masukan santan dalam sayur bening yang mendidih tadi ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

4. Perisakan dengan garam dan sesuaikan rasa 

Pucuk Mulberry.Ada yang panggil pokok Bayam Batu..
Daun ni ada iras pucuk bebuas kan..Tapi pucuk bebuas saya rasa lagi sedap dan ada aromanya.Pucuk Mulberry ni tiada bau dan tekstur dia lebih kasar berbanding bebuas.Bila masak kena agak lama kerana agak liat berbanding bebuas 
Tapi specialnya pula muberry ni berbanding bebuas..Buah bebuas tak boleh makan kan..(ke ada yang makan?)
Mulberry pula ada buah beri yang sedap..!



pic google: pokok mulberry berbuah

Tengok pokok mulberry ni teringat buku teks Goegrafi zaman saya masih sekolah rendah.Saya kelahiran 70-an masih sempat ada subject Geografi kat sekolah rendah masa darjah 4,5 dan 6.
Kalau tak silap saya Goe Thn 4 dan 5 lebih kepada pertanian dan perikanan dalam negara..Antara yang masih diingat..

Penanam Padi di Delta Kedah.
Penanam Kelapa di Bagan Datuk.
Penanam Kelapa Sawit di Labis.
Penanam Ubi Kayu di Chemor.
Nelayan di Kuala Trengganu.

Masuk Darjah5 & 6 belajar Geografi antarabangsa .Rasanya Darjah 5 Geograsi Asia Tenggara dan masa Darjah 6 Geografi seluruh dunia dah..
Antara yang saya masih saya ingat..

-Pembuat Wain di Perancis(😱jangan terkejut...memang ada dalam buku teks Geo Darjah 6 dulu)
- Nelayan di Norway
- Perternak Biri-biri di New Zealand.
-Penanam Buah-buahan di Australia.
-Pemburu Paus di Jepun.
- Penanam Tebu di Luzon.
- Pembuat Keju di Belanda.
Yang pasti saya ingat dan nak kaitan dengan pokok mulberry ni ialah..

- Penternak Ulat Sutera di China

Sebab dalam buku teks ada sebut daun mulberry adalah makanan utama ulat sutera..

Bila tengok daun mulberry ni memang jelas terbayang gambar dalam buku teks tu.. ratusan  ulat sutera sedang makan daun mulberry.Dulu tak pernah tengok daun mulberry Sekarang ramai kat Malaysia tanam pokok mulberry untuk dapatkan buah,pucuk ,dan sebagai hiasan laman.

Adoiii... semalam masa nak makan sayur lemak pucuk muberry ni..

Tak semna-mena  ia membuatkan saya teringat gambar ulat suter tengah makan daun mulberry tu..Saya teragak-agak nak makan..🤭😭🤣

15 comments:

  1. Sy pun besa dengaq org buat masak lemak Pucuk mulberry ni tapi belum cuba lagi.
    Sy x ingat la silibus Geo tu tapi tau la ulat sutera suka pucuk mulberry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silibus tu...saya antara batch hujung dah sebelum ganti KBSR.Adik saya Achik pun dah KBSR.

      Delete
  2. Macam ada baca tajuk2 dalam buku tu sebab dulu3 sy suka baca buku Along sy. Sy kalau dapat sayur2 masak lemak ni, asam pedas pun tak pandang dah. Tapi, tak tahu pulak pucuk mulberi boleh buat sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...
      Silibus tu terakhir untuk yang lahir 1974...🤭🤭
      SK 1st batch KBSR..sama ngan Achik😁

      Delete
  3. pergh tak tahu pucuk mulberry boleh makan, okay jap nak mengorat pucuk mulberry jiran sebelah. selalu ambil buah je jiran suruh ambil hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas ni takdan berpucuk la pokok jiran tu🤣

      Delete
  4. Ohh boleh makan rupanya pucuk mulberry ni ye. Nanti boleh cuba kalau pokok mulberry masih ada kat kampung. Sayur buat masak lemak putih memang sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Fiza..
      Makanan ruji ulat sutera ni..🤣

      Delete
  5. Kak lin baru plan nk tanam pokok mulbery ni.. selama ni mkn buahnya sj.. xtau plk pucuknya bole dimkn juga.. tp tu la, umi cella sebut psl ulat sutera la plk.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...saya belek la sehelai demi sehelai takut ada ulat bukan sutera(beluncas)🐛 ka berselindung balik dauk🤣

      Delete
  6. rumah FIL ada pokok ni (kalu x silap la) boleh makan rupanya pucuk dia.. baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...
      boleh jadikan ulam mentah,ulam rebus,sayur lemak..Sayur tumis saya belum pernah cuba

      Delete
  7. Terliur tengok masak lemak putih pucuk Mulberry Mama Cella. Kalau ada pokok tu di sini, rasa nak kutip pucuknya dan masak lemak juga.
    Terung pipit tu Encik Suami panggil buah Rengas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah Rengas...
      Banyak nama panggilan buah terung yang satu ini ya..
      Kalau tempat saya "pokok rengas" merujuk sejenis pokok beracun yang gatal.Kalaubterkwna boleh bernanah jadinya

      Delete
  8. SA mmg x tau la pucuk mulberry ni boleh buat masak macam ni ..kalau Pak Lang ada tanam lagi SA nak amik la..nak cuba makan

    ReplyDelete