Monday 18 October 2021

NAK CHECK IN MING PARAGON HOTEL & MAKAN @ SINGGANG BUDU

Pukul 3 nak check in la kat hotel ni.Dah seminggu Adah tempah @ booking.com

Ceritanya...
Dalam keseronokan ...ada juga pengalaman tak berapa best.Tapi sesuai dijadikan pengajaran dan panduan.Saya tunggu dalam kereta masa Adah nak uruskan check in tu..Dari cerita Adah..

Masa nak check in,boleh pula staf dia kata dah penuh.Bila bgtau dah seminggu  booking..staf dia jawab booking tak masuk..!
Eh,senangnya jawapan..!
Adah dah bertekak dengan mereka.Adah bab macam ni memang sesuai bagi dia uruskan.Kalau saya senyap gitu ja.Habis sangat saya menangis🙈🙈🙈.
Rasanya lebih ½ jam Adah dalam tu.Kata Adah,staf dia sendiri yang cakap sebelum ni ramai juga yang terima nasib macam kami.Booking bertindih.Nak salahkan siapa ??????
Tapi apapun kena cari solution dengam segera.
Cerita banyak tak guna sebab bukan cerita yang seronok pun.Cuma nasib baik sikit sebab duit tak burn saja la.Dalam keadaan sekarang bukan soal duit.Tapi soalnya nak tidur di mana.Adah dan abangnya cuba cari hotel lain.Saya dah cakap kalau ada kosong,hotel  mahal pun tak apalah,kalau ada sambar saja...Ceritanya memang tak ada...Kami cuba nasib walk in hotel-hotel sekitar..
Semua full house..
Lagipun baru seminggu boleh rentas negeri,bukan semua hotel beroperasi.Tak kurang juga yang dah gulung tikar!
Tambahan pula 15 Oktober adalah hari pendaftaran IPT...
Kat Kuala Trengganu ni berapa banyak IPTA dan IPTS...sudah pasti permintaan hotel mencanak..
Semalamnya dan masa check out kat Arena Butik tu memang nampak ramai cuba walk in..tapi hampa.Kata mereka dah banyak hotel mereka cuba walk in,semua full.
Hari ni,kami pula melalui pengalaman tu.Bezanya kami bukan walk in...Tapi dah booking...!

Adah & abangnya cuba pula cari hotel @ Dungun.Pun semua penuh.Cuba pula Kuantan.Ada 2 hotel yang masih boleh book.Tengah dok bincang,Adah cakap hotel yang pertama dah penuh.Hanya 1 lagi hotel ada 2 bilik.1 twin bed..satu lagi double.RM200++
Terus booking...
Lepas confirm,Adah terus call untuk double confirm.Tak mau pisang berbuah dua tiga kali..hihihi
Semua dah hampir hilang mood...
Tapi kalau ikutkan hati yang geram,bukan dapat apa kan...
rugilah la kan.......pakatlah pujuk hati untuk redho dan yakin dengan hikmah yang kita tak tahu..Hanya Allah sebaik perancang..
Depa dua beradik tu ajak terus balik KL ja...
Depa boleh gilir-gilir drive tengah malam dah boleh sampai KL..
Tapi saya pula kesian anak bujang tu dah elok dapat cuti tak puas la jalan.
Tu yang saya suruh Adah booking juga kat Kuantan tu.
Jom,susun semula plan sebelum bertolak ke Kuantan..

Mula dengan bismillah...tarik nafas dalam-dalam...senyummmm


Adah terus drive ke Gong Badak.Bawa abangnya nak tunjukkan tempat Cella belajar.Cuba habiskan seberapa banyak itinerary untuk abangnya..


Tak boleh la nak masuk,hanya bawa tunjukkan dari jalan sahaja.Tunjukkan McD depan UniSZA tu,sebab anak bujang ni tiap kali gaji akan order McD untuk Cella.Now,dia tau la kat McD  ni la dia melabur setiap bulan🤣
Masa pusing balik,aampai depan UniSZA ni abangnya video call dengan Cella bagitau ada depan gate ni...

Singgah pula Singgang Budu..


Sebab dah lewat singgang budu  pun dah tak ada.Yang ada hanya namanya Singgang Budu..hihihi.
Lauk lain pun semua dah habis.Hanya apa yang ada seadanya saja.


Saya ambil kepala baung.Memang kepala sungguh,isi memang tak ada,sebab tu dia dah tulis kat mangkuk tu rm5 sahaja.
Adah & abangnya ambil sotong.Air pun saya minum air kosong saja sebab saya tak rasa nak makan pun.Sekadar nak teman dorang makan.

Untuk hidangan atas tadi tu....rm46


Adah la nak sangat makan singgang kat sini.Pada saya, lain kali kita try singgang kat kedai lain la pulak yer🤭

Kemudian,terus Adah drive ke Pasar Payang.Parking full walau dah petang.Banyak kedai dah mula kemas nak tutup.Singgah satu kedai saja nak beli keropok yang sebungkus sepuluh ringgit tu ja.Keropok tu makcik jual tu kasi discount 5 pack rm 45..
Saya ambil 15 pack dapat la RM RM135...+2 pack gula nisan yang setiap satu berharga RM 10.
Total RM 155.

Singgah pula Losong

Dah beberapa kali beli keropok lekor panas kat sini..memang sedap.
Tapi hari tu masa hantar Cella..beli kat sini dah tak sama macam dulu.Rasa dah kureng sebab liat.Dulu 3x beli semua sedap

Kali ni pun liat pula teksturnya...Mungkin dah tukar pekerja atau mungkin dah ubah resipi.

Saya & Adah jamah saja,sebab liat.Rasanya kami makan 3 pcs saja Tapi anak bujang tu cakap sedap saja.Lagi 22 pcs biar dia  habiskan 🤣
Ok.....Lebih kurang pukul 5 petang, kami dah bertolak ke Kuantan pula...
Bye bye  Ganu..
Nanti kami datang lagi..In sha Allah..



10 comments:

  1. Aduh, cemana dah booking tapi tak leh check-in. Nasib baik anak2 panjang akal.

    Sotong depa dua tu nampak mengancam laaa 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la .
      Kalau saya...dok teriak tang tu dah tak tau nak buat apa...nak booking online tak reti..nak baca waze pun tak pandai🙈

      Delete
  2. Maaf, MC kenapa tajuk tak appear ye dlm bloglist sy?
    Sy pun ada dengar kes camni dgn platform tu, ada rakan blogger pernah share. Maybe sbb ramai nak rentas negeri, adalah tu error mana2...

    Apapun alhamdulillah semua berfikiran positif :)Alang-alang dah sampaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La...saya pun tak tau kenapa jadi macam tu.
      Saya tak pandai sangat nak explore..hanya tau tulis & upload gambar saja..huhuhu

      Terima kasih PH bgtau

      Delete
  3. wah semua orang dah cerita pasal travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Kebetulan nak kena hantar anak balik kampus...Sambil menyelam sambil minum air

      Delete
  4. Menduga kesabaran jadi begini. Susah jugak kalau sistem pun tak bersistematik. Naya yang datang jauh jauh tu. Mujurlah ada hotel yang masih kosong lagi. Dapatlah jalan jalan sampai ke Dungun sampai ke U Cella.

    kepala baung memang tak ada isi sangat. Even RM5 katanya macam tak patut jugak tu. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la .
      Taktau la sistem yang tak betul atau pihak hotel tu..Maklumlah permintaan tengah mencanak!
      Huhuhu...apapun Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.

      Tu la saya kata lain kali cuba makan kat lain pula🤭🤭🤭🤭

      Delete
  5. Saya kalau bab penginapan ini memang kadang-kadang sakit hati. Pernah hilang lebih RM500 untuk penginapan dua malam. Nak cerita nanti datang migrain pulak hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...
      Benarlah pengalaman itu guru yang sejati

      Delete