Hari Sabtu saya hanya bertapa atas kayangan..Langsung tak pijak bumi..Hanya memantau jerebu dan melihat bumi di bawah sana dari kayangan...hihihi
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Monday, 9 October 2023
SUP KAMBING SLICES
Sunday, 8 October 2023
SARAPAN ROTI CANAI FROZEN vs LATTE UNCANG PECAH & CERITA SEORANG WANITA YANG BIJAK
Eh,dah hari Ahad ...esok kembali rutin kerja..Tak sabar nak tunggu hari Jumaat.Sebab esok dan lusa tu cuti...hihihi
Saturday, 7 October 2023
CUBAAN MASAK CIRENG
Selalu nampak kat youtube sejenis kudapan dari seberang ni..Dibuat dari tepung tapioka aka tepung ubi kayu.Menurut info yang saya baca Cireng itu katanya akronim daripada pati tepung ubi (aci) dan masak dengan cara digoreng.. Lalu digandingkan jadilah "cireng" Satu lagi yang saya selalu nampak ialah "cilok" iaitu akronim dari aci dicolok( dicucuk dengan lidi).Ada lagi satu "Cimol" ..lupa pulak mol tu singkatan dari perkataan apa..
Saya suka baca tulisan masyarakat seberang yang banyak singkatannya hinga kekadang bunyinya kelakar..Paling popular pastinya "Pelakor" singkatan daripada "Perampas Laki Orang"(kita sebut penyondolðŸ¤) ..
Pasal cireng ni pula lately ni dok nampak juga kat medsos,ramai yang terliur bila nampak Tokti masak cireng..Kita pun terjebak mencuba..
Saya tonton CARA BUAT CIRENG...kat sini sebagai panduan tapi saya buat agak-agak saja..Saya guna
CIRENG
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung ubi ( ni untuk salut,)
1 ulas bawang putih- tumbuk
3 helai daun bawang- hiris halus
1 cili padi cincang( saya tambah sebab nak pedas)
air,garam,lada sulah dan sidikit pati ayam.
Kicap Pedas Mahsuri ( untuk cicah)
1. Campur dalam tepung semua bahan ( kecuali minyak dan air)
2. Dalam kuali kecik ,vancuh tepung anggaran 1cawan ++ air dan kacau rata.Pasang api dan kacau adunan tepung hingga kental dan jernih.
3. Sejukkan sekejap adunan yang dah masak.Amibil tepung yang 1 cawan dan gaul sikit demi sikit sambil di cubit adunan dan leperkaj.Jikw melekat tambag lagi tepung ubi Buat hingga adunan habis.
4. Panaskan minyak dan mula lah menggoeng seperti menggoreng kuih lain.Balik-balikkan hingga timbul dan garing luarnya.( warnanya tetap putih) Tak payah tunggu keemasan kerana kalau goreng lama sangat dia akan merekah dan mengeluarkan bunyi,"puff" macam kita goreng sesetengah jenis keropok lekor .
5. Sepatutnya makan dengan sambal kicap..Tapi saya makan dengan kicap pedas Mahsuri...
Ni lepas lumur tepung lepas dah dimasak doh tu...dah cubit- cubit serta leperkan.Tinggal nak goreng
Goreng dalam minyak betul-betul panas.Balik balikkan .
Saya tak buat sambal kicap kerana ada stok kicap pedas Mahsuri .Terus ready to eat..





















