Sambungan daripada posting MASAK LAKSA KUAH SARDIN & CUCUR JAGUNG UNTUK TETAMU DARI KL...
Tetamu itu dan keluarganya singgah di rumah saya dalam visi untuk menziarahi keluarga arwah rakan kami yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Ogos 2022 yang baru lepas.
Sahabat kami yang manis dan sangat pemurah ketika masih bekerja di KL dulu.Dari cerita dan yang mata saya nampak,saudara maranya selalu menjadikan rumahnya sebagai transit jika ada anak-anak mereka yang sambung belajar atau baru dapat kerja di KL ni..
Dia juga menjaga seorang kakak ipar OKU yang akan di bawanya tanpa rasa segan ke mana saja dia pergi... Zalina senior setahun daripada saya tapi saya senang memanggilnya sebagai Ina sahaja walau saya muda setahun dari dia.
Ina suka melawa.
Pernah saya tegur bruch yang dipakainya cantik..
Terus dia tanggalkan dari tudung dan hadiahkan kepada saya.Beberapa kali suaminya bertugas di Borneo dan sempadan Thailand..Ina hadiahkan bruch mutiara dan kongsikan rezeki beras pulut siam yang suaminya bawa balik.
Saya masih simpan bruch pemberian Ina dulu walaupun banyak batu-batunya telah tanggal tanda saya selalu pakai dulu.Bruch putih kecil tu bertatah mutiara dari Sabah.Yang rama-rama tu la saya tegur cantik terus dia hadiahkan.Yang bulat besar tu dia kata dia beli dua pcs sebab cantik dan dia hadiahkan kepada saya satu.
16 tahun mengenali Ina sebelum dia mengambil keputusan kembali ke kampung halamannya setelah suaminya bersara awal pada 2018.Kata Ina suaminya yang nak sangat balik tinggal dikampung kerana suaminya suka bertani.Mereka memiliki traktor ,mesin padi sendiri dan ada bendang yang luas.Walau jauh,kami masih berhubung melalui whatsApp dan sesekali menelefon...tapi tidaklah selalu.
Ini kerana Ina sangat suka bila saya bawakan
SUP AKAR TERATAI UNTUK ORANG SAKIT...kat sini masa dia sakit dulu.Sejak tu kalau dia jumpa akar teratai,dia akan call saya minta saya masakkan untuk dia .Kata Ina dia dah cuba buat sendiri tapi tak sama dengan sup akar teratai yang pernah saya masak untuk dia.Kata Ina lagi bila pindah ke Kedah dia tak jumpa lagi akar teratai.Dia pernah minta suaminya untuk cari akar teratai di bendang tapi tak jumpa.
Kali terakhir kami berwhatsApp tahun lepas ketika Covid 19 sedang mengganas.Itupun saya tergerak bertanya khabar setelah nampak status whatsApp Ina.Rupanya Ina juga dijangkiti Covid.
Sejak itu tidak nampak lagi status whatsApp Ina.Kesibukan bekerja selepas Covid juga membuatkan tidak sedar sudah lebih ½ tahun tidak bertanya khabar.Kami dari kejauhan hanya menitipkan doa agar rohnya Allah tempatkan dalam kalangan orang beriman.
Jumaat
2 September lalu diadakan bacaan Surah Yassin beramai-ramai untuk disedekahkan kepada arwah.
Fathi mencadangkan agar merancang satu hari untuk dapat menziarahi keluarga arwah.Anak-anak arwah semua perempuan dan masih bersekolah.Yang sulung tingkatan 6,kedua tingkatan 4..ketiga tongkatan 3 dan bongsu tingkatan 1.
Semuanya lebih muda daripada anak bongsu saya Cella.Walaupun arwah berkahwin sama tahun dengan saya,tapi 7 tahun selepas berkahwin baru Allah kurniakan zuriat sulungnya.
Ketika kami kenal saya sudah ada anak 3 dan Ina masih tiada anak.Saya pernah berseloroh dengan Ina
"hang potong tang kona"
(maksudnya menang disaat akhir)
kerana walaupun dia lambat ada anak tapi jumlah anaknya mengatasi saya.
Lantaran itu,kami mengambil keputusan menziarahi anak-anak arwah.Kebetulan saya balik Kedah untuk hantar Aqil dan ziarah mak.Nasib baik anak arwah ada share location ketika saya whatsApp beberapa hari sebelum tu.
Sebelum bertolak,saya ada whatsApp memaklumkan kami akan datang tapi tiada reply.
Pemandangan indah sepanjang jalan tetap sepi dan sayu bermandi hujan seperti juga perasaan saya.Rasa terkilan kerana sudah berkali-kali arwah mempelawa saya datanglah bertemunya ketika hayatnya masih ada kerana dia rindu untuk bercerita dan merasa masakan saya.Dia rindukan "ayam golek panggang rosemary" yang pernah saya bagi kepadanya.Katanya lagi dia tak dapat nak datang ke rumah saya kerana sudah berkerusi roda.Namun,setiap kali balik Kedah,ada saja kesibukan yang melekakan saya untuk tidak bertamu ke rumah Ina yang hanya 1 jam perjalanan dari rumah saya.Terasa "teganya" saya membiar kerinduan seorang sahabat yang dalam ketidak upayaan itu tidak berbalas.Kini, Ina sudah pergi selamanya mengahdap Sang Pencipta.
Bila diimbas,sudah beberapa orang rakan sebaya saya telah pergi untuk selamanya.Sakit bukan syarat kematian,tua juga bukan syarat ..mati itu pasti.Takutnya mengenangkan akan menghadap Allah dengan tangan kosong.
Saya call nombor arwah dengan harapan anak-anak atau suami arwah menjawab panggillan tapi hampa.
Beberapa orang pelanggan di warung seberang jalan meninjau kami.Dari maklumat mereka suami arwah ke Lembah Bujang untuk urusan bank.Mereka bermurah hati menelefon suami arwah.Alhamdulillah,10 minit menunggu,suami arwah pun sampai.
Lebih 1 jam berbual..kami minta diri.Fathi menyampaikan sumbangan kiriman rakan-rakan di KL untuk keluarga arwah.Semoga anak-anak arwah juga tabah.Arwah pernah bercerita kepada saya bahawa dia dibesarkan oleh kakaknya kerana ibunya meninggal.Kakak yang menjaganya juga sudah meninggal beberapa tahun lepas.Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..
Dari cerita suami arwah,anak-anaknya ke Bukit Merah Lake Town.Dibawa bapa saudara untuk menghibur hati anak- anak saudaranya.Mungkin kerana itu panggilan tidak berjawab.
Dari cerita suami arwah,arwah telah 2 bulan MC dan berulang alik ke hospital.Sejak diserang Covid,arwah sangat lemah dan tidak mampu menguruskan diri waima memegang handphone pun tiada lagi daya..Berat badannya juga hanya tinggal 40 kg.
Arwah meninggal dalam tidur di rumah selepas waktu isya'.
Jika ada yang mengenali atau tidak kenal tapi bermurah hati,sedekahkanlah bacaan Al Fatihah untuk roh arwah Zalina......
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين.الرَّحْمنالرَّحِيمِ . مَلِكِ يَوْمِ الدِّين. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِ. اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيم. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين٧
Salam takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeleteSedihnya sy baca :( moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin 🤲
Amiiinnn.....
Deletealfatihah..
ReplyDelete🤲🤲🤲
DeleteInnalillahiwainna ilaihirojiunnnn.. sebaknya baca entri ni.
ReplyDeleteTengok anak orang teringat anak kita kan...
DeleteInnalillahiwainna ilaihirojiunnnn... hanya doa dan ingatan yang kukuh buat arwah kan kak..sedihnya
ReplyDeletein syaa Allah....
DeleteSalam takziah
ReplyDeleteSemoga kita semua dikurniakan hasnul khotimah
DeleteInnalillahiwainnailaihiraajiuun.
ReplyDeleteRasa sebak baca entri kali ini.
Mudah-mudahan arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga ahli keluarga arwah mendapat tingkat kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan ini.
Amiinnn.....
Delete