Saturday, 17 September 2022

MASAK AGAR-AGAR SANTAN VERSI TELUR

 Dah lama tak masak agar-agar..


Tapi malam semalam merajinkan diri masak kerana  Azizi kata depa nak buat potluck hari Khamis pagi.Kalau dulu asal ada potluck gigih bangun pukul 3/4 pagi nak masak.Kemudian tiba fasa malas melanda.Asal ada potluck order ja kuih talam...Paling takda sangat idea,beli ja buah anggur ka..oren ka potong masuk tupperware.Paling senang beli tembikai sebiji dua..hihihi

Masa baca group whatsApp hari dah malam.Apa sangat yang boleh difikir.Nasib baik ada stok agar-agar tali.Santan kotak pun ada.Gula merah pun ada.Masalah belum selesai kerana terpaksa berperang dengan kemalasan tahap gaban.Dah rendam 2 bungkus  agar-agar,boleh pula hati berbolak balik supaya esok beli sahaja nasi lemak bubgkus daun pisang dalam 50 bungkus baru RM75 nak banding memasak agar-agar..

Haish..tak boleh jadi..lawan juga perasaan malas..maka slow-slow pi rebus agar-agar walaupun jam dah 10.30 malam..

Padahal,kalau direbus sembil tengok Buletin Utama pukul 8.00 malam tu...Sebelum habis berita TV3 tu rasanya agar-agar dah siap..Ni dah tengah malam baru nak masak...hihihi



Hasil 2 paket agar-agar cap layang-layang.

Saya buat AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH iaitu versi campur santan dengan telur.


AGAR- AGAR SANTAN BERTELUR VERSI  GULA MERAH
1paket agar- agar tali cap burung layang2.
( 1 paket= 20 gm)
1.5 liter air( lebih kurang 6 cawan)
1 cawan gula merah( brown sugar)

½ sudu teh garam
½ kotak kecil santan( + air supaya dapat 1 cawan santan)
1 biji telur
1 pandan

1. Basuh dan gunting agar2 supaya senang nak masak.
2  Rendam agar2 supaya lebih cepat dimasak.Kalau taknak rendam pun boleh terus rebus.
3. Masak agar-agar  bersama  air hingga mendidih dan agar2  larut sepenuhnya
4. Masukkan pandan dan gula merah  dan garam
5. Kacau telur bersama santan dan tapis( boleh blend)
6. Perlahankan api dan tuangkan campuran santan dan telur sambil dikacau pusingan supaya mendapat serat telur yang lebih halus.
7. Kuatkan api dan biarkan mendidih sekejap.
8. Matikan api dan kacau pusingan beberapa pusingan supaya bahagian santan bertelur lebih halus
9. Tuangkan dalam loyang atau bekas
10. Jangan usik bekas tersebut supaya bahagian atas tidak berselerak.Biar beku terlebih dahulu sebelum disi.pan dalam peti ais.


Untuk nak kira sukatan air/cecair bagi agar-agar tali boleh RUJUK SINI...


Ni sebab masak tak ikut sukatan pun..Main agak saja kerana saya masak 2 paket agar-agar tali..saya guna 3 telur  dan 1 kotak kecil santan Kara.Macam lapisan atas lebih tebal pula.Jadi baiklah ikut sukatan  resipi di atas kerana hasilnya
 SEPERTI DI SINI...


Tapi ni yang saya bawa untuk makan sendiri kat tempat kerja...elok saja sama tebal..
Agaknya masa tuang yang nak tinggalkan kat rumah tu saya tak kacau.Banyak tertuang bahagian atas yang timbul masa masak tu.Tu yang jadi tebal kepalanya..


 
Bila tengok balik pic ni..
Ya betul,yang lain elok saja ketebalan bahagian atas dan bawah.Yang dalam bekasa oren tu sebab 1st saya tuang tak kacau dulu..
Resipi dah betul..kalau tak ikut tips pun hasilnya tak sama kan..
Nasib baik yang bawa pot luck dan yang lain ok saja.
Yang kepala tebal ninpun bukan tak ok..lagi sedap ja sebab lapisan atas lebih..cuma nampak tak cantik.


Saya lebih menggemari 


kerana tidak dicampur telur santannya lebih terasa.

6 comments:

  1. Dua-dua saya suka, yang tebal atas atau separuh-separuh. Saya pun kadang-kadang kalau buat agar-agar begini ada yang tebal atas, ada yang nipis atas hihihiiii.
    Suka makan agar-agar santan versi telur, tapi sejak kurang orangdi rumah segala-galanya jadi malas pulak, tapi rajin nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .
      Bila ahli rumah dah kurang +bebanan kerja ..memasak bukan la gi keghairahan..

      Delete
  2. Suka kuih lengkong ni terutama yang dah simpan kat esbok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pula time balik kerja penat-penat...dihulurkan lengkong sejuk...walla

      Delete
  3. SA makan je kak..hahahaha....tapi betul la akak cakap...suka kalau makan sejuk2...dapnyaaaa..nak buat malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Nak buat tu....walau tak susah...tapi nak cari kerajinan tu yang payah...hihihi

      Delete