Monday, 26 September 2022

PISANG GORENG TAWAR CICAH SAMBAL KICAP

 

Buat pisang goreng...
Makan dengan sambal kicap.

Sebab kopi dah habis belum restok...buat teh O saja untuk temankan pisang goreng tu.

Pisang yang beli hari Sabtu.Masa beli hari Sabtu belum masak sangat.masih hijau dan sukit kuning.Saya ambil 5 biji buat pisang rebus cicah kelapa +garam dan gula.

Ni dah masak kuning..saya guna 4 bini buat pisang goreng.Buat 4 biji sahaja untuk makan sorang.Belah 2 dapat la 8 keping.



Pisang Goreng Rangup ni  serdak dia dah elok rangup..
Saya guna campuran
- tepung gandum cap rose + tepung beras sama banyak.

-Tambah sikit garam dan
 2 titis pewarna kuning serta secubit garam.

- Bancuh dengan sikit air kapur dan air biasa.Bancuhan hendaklah cair untuk dapatkan serdaknya.

Rasadah cukup sedap dah serdak tu ...
Sayangnya pisang ni walau dah masak tapi tawar dan  tak manis..
Sah la pisang ni dituai ketika belum cukup tua..Patut la masa rebus tu isinya hanya sebesar ibu jari kaki..
Nak kata apa kan...
Kadang pekebun terpaksa tuai sebelum cukup tua kerana bimbang dicuri.
Dulu pokok pakcik tanam belakang dapur pernah beberapa kali alami nasib begitu..Pisang nipah macam ni lah..Achik kata Pakchik punya la simpan nak tunggu saya balik baru nak tebang.Sekali beberapa hari sebelum saya balik,bila Pakcik nak tebang pokoknya ..memang tinggal pokok..
Buah dah hilang sama sekali...

Begitu juga nasib kawan mak.Kata mak,kawan mak cakap beberapa hari sebelum tu dia nampak ada seorang lelaki mencurigakan sedang meninjau pokok pisangnya.Bila ditanya,lelaki tersebut memberitahu dia mencari pisang untuk dibeli.Tuan pisang cakap tak nak jual sebab nak buat makan dengan keluarga.Esoknya memang tinggal pokok togel tanpa buah...
Aduhai la...


Sambal kicap dah jadi kemestian kalau makna pisang goreng.
Memang sentiasa ada stok dalam peti ais.Beberapa bulan lalu saya buat sebotol penuh dan hingga kini masih elok tidak rosak walupun baki hanya tinggal ¼ botol lagi
Kunci untuk tahan lama,saya gunakan cuka sebagai perasa dan pengawetnya.
Kerana dah berbulan usianya..sambal kicap makin kental.Saya hanya perlu cedok sesudu dan tambah sesudu kicap lemak manis untuk cairkan sebagai pencicah pisang goreng ni.


Beginilah pisang goreng  dengan serdaknya yang rangup tapi tawar pisangnya...hihihi.

Nasib baik sambal kicap memberi rasa yang lebih enak..maka tanpa sedar habis 8 keping pisang goreng saya kunyah dan telan...
hihihi


14 comments:

  1. Adunan campur tepung beras memang ranguplah jadinya salutan pisang goreng itu kan Mama Cella. Ada sambal kicap lagi tu.... hehehee dah jangkit-jangkitan dengan orang Johor ni hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...dulu dengar Johorean ja makan pisang goreng cicah sambal kicap.Sekarang kat KL ni boleh kata semua gerai pisang goreng pakej dengan sambal kicap.Sedang dengan tidak saja..hihihi

      Delete
  2. Sedapnya..saya pun suka makan pisang goreng dengan sambal kicap. Bab pencuri pisang tu, memang sama je kat mana² pun. Pisang tanduk atok Ahnaff pun kene curi. Padahal belakang rumah je. Nampak pulak pencuri tu. Haihhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Jaja...
      kat mana-mana kejadian mencuri hasil tanaman semakin menjadi-jadi..
      Kawan sekerja cakap dia tanam nanas dan sirih kat belakang rumah pun habis dikebas pendatang asing..(walau bukan semua pendatang macam tu)

      Delete
  3. pisang tawar lagi berkhasiat berbanding yg manis membawa padah., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul..
      tapi tekak ni dah biasa nak pisang manis...hihihi

      Delete
  4. stail johor ni, makan goreng pisang & kuah kicap..tambah sedap ada kopi o tu.. yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .tapi stok kopi saya dah habis...huhuhu

      Delete
  5. Kalau manis pisangnya tentu lagi sedap, kan. Sy pernah simpan jantung pisang (kat pokok di kolej), konon nak tunggu esoknya nak ambil, hurmmm.. wassalammmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan mengidam kan...
      Kalau tak,jenuh nak cari...hihihi

      Delete
  6. Betul.. waktu study kat johor dulu, rasa pelik bila beli grg pisang, diorg bg sambal kicap.. rupanya mmg sdp..
    Skrg merata da org jual grg pisang sambal kicap ni.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Sekarang mostly penjual pisang goreng akan sediakan sekali sambal kicap..Sedang dengan tak sedap saja la..hihihi

      Delete
  7. Sambal ni la yang SA buat x jadi tu...germ betul ada orang tu..BF kita org JB tu la...dia kata tumbuk cili ngan lada tuang kicap je...sekali buat x sedap....sabar jer la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..BF tu saja la tu nak buat ujian...tengok sambal kicap lulus tak..🤣🤣🤣
      Takpa lepas ni minta resipi dari mak BFF tu🥰

      Delete