Friday, 23 September 2022

BUAT BEPANG KACANG TANAH/BRITTLE NUT

Minggu lepas adalah tiga hari kerajinan saya mencapai tahap yang agak tinggi🤭


Hari Ahad kembar cuti Hari Malaysia tu saya buat Bepang Kacang a.k.a Brittle Nut 

Kudapan yang menjadi sesukaan saya.Cuma selalunya nak makan...beli la..
Nak buat tu payah la sikit..hihihi.

Tapi bila dah ada niat nak buat...Alhamdulillah,
akhirnya jadilah bepang kacang ni.Seingat saya,mak saya pernah buat sekali dulu-dulu la..masa saya darjah 5
Masa tu   kat rumah ada banyak kacang tanah.Saya pun pernah kena paksa dengan mak untuk jual kacang tanah goreng masin yang gaul garam tu kat sekolah.🤭🤣 Sebungkus sekupang (10 sen).Malu yang amat nak jual.Mula jual...sehari kalau laku 2 bungkus pun saya dah happy sangat.
Lama-lama bila dah makin laku dah hilang malu timbul seronok.Kawan-kawan kelas ramai membeli.Sayangnya tak lama lepas tu tokey kantin dapat tahu bila ada rakan sekelas yang report..
Tokey kantin pesan kat kawan-kawan kata dia  nak jumpa budak yang jual kacang kerana tah mengganggu perniagaannya...Kecut perut macam buat kesalahan menggubah wang haram layaknya...🤣🤣🤣
Padahal berapa sen saja sehari.
hihihi..Paling banyak pun singgit dua kupang ja pun.. Tapi memang saya tak pergi la...Lama jugak la saya tak berani menjejak kaki ke kantin takut kena warning dengan tokey kantin.Hingga darjah 6 baru berani jejak kantin walaupun tokeynya masih orang yang sama..
Hihihi..

Agaknya sebab dah tak boleh jual..tu yang mak buat bepang tu..agaknya la...tu pun sekali saja sebab gula mahal tak boleh suka-suka nak masak yang banyak pakai gula.Sekati gula masa tu 6kupang.Tepung sekati 4kupang manakala garam sekati sekupang..Tu ja antara harga barang yang masih saya ingat sebab selalu beli yang tu ja..hihihi

Jom balik ke tahun 2022 pula...hihihi

BEPANG KACANG
500gm kacang tanah 

500gm gula halus
( tapi lain kali saya nk guna 250gm- 300gm kot sebab 500 gm tu macam banyak sangat gulanya berbanding kacangnya)

1 sudu marjerin.

secubit garam.

1. Sangai kacang dan buang kulit.Ramas² agar terbelah dua.

2. masak gula hingga mencair dan keemasan.Jangan sampai gelap takut pahit.

3. Masukkan marjerin dan secubit garam.

4. Tambah kacang dan gaul rata.Cepat2 ratakan dalam loyang beralas baking paper.
* sepatutnya saya tutup permukaan bepang ni dengan lagi sehelai baking paper dan gelek guna roll pin tu kasi nipis dan rata.Tapi lupa la pulak...hihihi

5. Cepat2 ratakan supaya nipis dan ketika masih panas tapi sudah mula mengeras...potong ikut saiz yang disukai.

6. Bila sejuk,patahkan ikut garisan yang dipotong tadi.

7. Simpan dalam bekas kedap udara.



Saya goreng  kacang ni guna air fryer.Saya rujuk juga kat Google tentang suhu dan timer untuk goreng kacang ni.Suhu 160° selama 15minit.Sesekali goncangkan agar garing sekata.

Dah elok set 15 minit cantik dah..saya tak confident..Saya tambah lagi 5 minit..Kacang terlalu garing perang.So jangan ikut saya..hihihi Lain kalo nak goreng kacang tanah ni elok dah kalau suhu 160
dan set timer 15 minit sahaja.Sesekali goncangkan agar garing sekata.


Kira macam terlebih garing juga la sebab gatal tangan  pi + 5 minit lagi.

Sambil tu alas loyang dengan baking paper siap-siap.Kena alas sesiap sebab nanti nak kalau kacang dah siap kena tuang cepat sebab dia cwpat mengeras.Kalau takda baking paper,guna daun pisang pun boleh..



Nak buat gula hangus ni yang bencita ni kan...hihihi
Dari permerhatian dan try & error..saya dapati guna gula caster(gula halus) lebih baik daripada gula pasir.Ini kerana gula halus lebih mudah control dan  lebih cepat mencair.


Biasa la....kerana tak sabar ..asyik nak kacau saja...
Sebab tu saya tak pernah berjaya buat apple toffy🤭.
Kan kalau buat apple toffy ,kalau bagi berkilat dan berkaca..gula dia langsung tak boleh kacau kan.


Nampak macam berketul kan...


Tak apa ..teruskan control api dan kacau sentiasa..semua ketulan akan mencair.


Masukkan marjerin.Saya tiada marjerin & saya guna butter premium.Sebenarnya butter tu Adah beli nak buat butter cake.Kalau dia tau saya curi butter dia,mau dia berletiaq...hihihi.


Rupanya bila guna butter premium tak sesuai la untuk resipi ni..bau butter dia kuat dah macam bau lembu🤭.
So,sesuai guna marjerin.Sebenarnya dulu mak saya pernah buat tak pakai marjerin pun.. hanya gula,garam dan kacang sahaja ..lagi berkilat rasanya kot..


Tuangkan kacang dan cepat-cepat kacau sebati.Dah boleh matikan api supaya ceremel tak hangus.Tapi kena kacau pantas dan cepat- cepat tuang dalam loyang.


Saya rasa macam caremel saya ni agak gelap. Tak pahit pun..tapi lain kali nak try lagi control api dan masa agar warnanya golden macam warna honey tu.

Haaaa...akibat cuai..
Entah macamna sebiji kacang yang bersalut catemel panas tu terlekat pada jari kelingking..
Ya ampunnnn...panas dan masak jadinya kulit jari tu.Nampak yang putih tu..Memang kena ja,spontan saya jilat sebab terlalu panas.Putih jadinya,hihihi..
Sampai la ni ada bulatan kecil berair sebesar biji kacang.Saya tak cucuk buang airnya sebab takut pedih.Moral of the story...becarefull..!

Tiada masa nak pedulikan jari tu kerana kacang harus diuruskan segera sebelum ia mengeras macam batu kristal..
hihihi

Bila nampak gula dah hampir beku keras..jangan dok pedap-pedap atau tekan-twkan lagi dah.Kalau tekan juga dia jadi tali cristal macam orang buat hiasan apa tu..
Boleh tengok kat video atas ni

Masa masih panas kena potong siap-siap.Sebenarnya buat macam garisan la..agar nanti dah sejuk patahkan ikut garisan tu.Kalau tak,bila sejuk nanti susah dah nak potong..Kena patahkan macam pecahan marble la..tak dapat la bentuk segi empat..yang dapat bentuk macam macam la..hihihi


Ratakan cepat-cepat senipis mungkin atas loyang yang dialas baking paper..
Walau nampak dah nipis..sebenarnya bila dah sejuk dan potong,rupanya masih tebal la..

** 


Lama la juga nak tunggu betul-betul sejuk sebab ni kat gula yang dimasak hingga cair.Biar lebih kurang sejam atau lebih  baru sejuk dan patahkan la bepang ni ikut garisan yang kita buat tadi..dapat la potongan 4 segi.
Untuk ½ kg kacang ni dapat +- satu bekas bulat yang orang isi kuih raya jualan tu.


24 comments:

  1. wah..senang je pun buatnya yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan pun tak banyak kan...
      Cuma nak cari mood nak buat tu ja payah skit🤣

      Delete
  2. Ingat nak buat jgk la utk raya thn dpn..itu pun klu rajin, neway tq kak dah share resepi di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..kita pakat buat balik kudapan yang tak banyak bahan ni..takda semuanya cheese ja🤭

      Delete
  3. klu yg beli tu dia ada tabur bijan kt atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..betoi..
      Saya pun asalnya nak tabur bijan...sayangnya stok bijan saya dah lama & bau hapak..tu yang skip

      Delete
  4. terasa-rasa kemanisannya kak, tapi mesti sedap sebab ranggup kan. Yelah kak panas tu gula hangus tu, udah masak kulit jari tu sian dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat manus dan kekacang harus la suka ni..
      Ya Dana...panas.gula lagi panas berbading air kan...hihihi tu la cuai

      Delete
  5. Ya Allah, kerajinan apakah ini??? Saya suka juga bepang kacang ni. Tapi kdg jumpa yg keras sangat, jadi ghisau nak beli, hihi.

    Adoi, hujung jari pun sakit kalau melocot tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang saya buat ni pun kategori keras ni SK🤭
      Sebab gula dia agak tebal..
      Tu yg lain kali sya note untuk kurangkan gula lebihkan kacang

      Delete
  6. VM datang follow sini. Sedapnya, dulu arwah mak selalu buat =')

    ReplyDelete
  7. lagi satu, kami panggil kacang potong heheh, banyak jugak nama dia ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..betoi la..
      Kawan-kawan saya pun panggil kacang potong

      Delete
  8. Favorite ni MC...tapi tak besa buat, beli ja hihi...
    Sy dulu juai tebu kat sekolah agama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih senang beli ja PH...cuma sesekali nak mengimbau kenangan dan takut hilang skill..kita buat la...hihihi

      Delete
  9. Fav SA ni..selalu beli je..rupanya senang aje nak buat erk...erm..menarik ni...

    ReplyDelete
  10. Ini pun salah satu kudap-kudapan yang saya sangat suka zaman kanak-kanak dulu. Waktu itu selalu memikirkan bagaimana cara nak buat, aneh dan ajaib betul. Sudahlah rasanya sedap, boleh pula melekat elok kacang-kacangnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      kan...
      orang2 tua dulu kreatif...macam kuih karas..kuih loyang..cantik berseni..padahal bahan tepung beras dan gula saja

      Delete
  11. Replies
    1. budak2 sekarang dah tak minat dgn kudapan macam ni agaknya

      Delete