Saturday 10 September 2022

MASAK LAKSA SARDIN & CUCUR JAGUNG UNTUK TETAMU DARI KL

 

Hidangan untuk tetamu dari KL...
Rakan sekerja sebenarnya.Mereka sekeluarga bertamu ke rumah saya kerana kami ada visi yang nak dilaksanakan..
Nanti kita cerita dalam posting akan datang.

Masak laksa ja..

Seperti biasa saya memilih kuah sardin mecerel yang tak banyak songeh dan cepat nak sediakan.
Saya masak guna 2 tin besar sardin mecerel dan 2 paket laksa.
Tapi resipi dibawah ninsaya c&p dari old post yang hanya guna 1 tin kecil sardin sebagai panduan.

KUAH SARDIN
1 tin sardin macerel
1/4 kotak santan kara
3 cawan air
1 asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
1/2 paket kecil serbuk kari ikan
1 bawang merah - hiris
1 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.
2. Masukkan rempah kari yng dibancuh xengan 1/2 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering
3. Masukan sardin macerel yang diblend  bersama sosnya. Tambah 3 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.
4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum
5. Sesuaikan rasa
6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman



Ulam-ulaman pun isi dalam pinggan besar ni sahaja kerana mereka akan datang 1 family sahaja.Suami isteri dan 3 anak lelaki yang masih kanak-kanak.

Saya masak juga Cucur Jagung panas-panas ni.


Kuih baulu ikan ...beli oanas-panas kat tempat jualan baulu 
Sangkaan saya pasti mereka tidak lah menggemari kuih tradisional ini.Rupanya anak-anak mereka sangat menyukai kuih baulu ini sehingga 2x ulang top up dalam piring tu dan bakinya saya isi dalam bekas untuk mereka bawa pulang.


Minuman air sarsi F&N..Sekarang ni apa juga kordial saya pilih yang siap manis kerana tak perlu masak air gula sebagai pelangkap.Kalau dulu saya suka pilih oren @ mangga sunquick.Tapi mengambil idea pakcik(suami achik) agar beli yang dah siap manis..senang takyag nak berkecah masak sirap gulanya..hihihi

Hidangan seadanya..

Kerana mereka hanya sekeluarga...hidang kat meja makan dapur sahaja..hihihi
Malas nak berhangkut ke ruang tamu kerana lepas makan kami akan bergerak bersama kerana ada visi yang nak dilaksanakan....


Ni bila dah malam ...balik rumah...

Tuan rumah baru nak makan...hihihi


10 comments:

  1. Orang Gombak pun nak pi makan laksa jugak, ada lagi ka MC hehe .. Bahulu ikan tu dulu orang2 kg sy buat hantaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai mai PH..
      kita masak lain panas-panas...🤭
      Sama la belah saya pun.Cuma la ni depa ada pilihan ikan yang lebih besar untuk hantaran.Diletakkan mata dan diikat ribbon pada leher ikan..Lemas la ikan tu🤣

      Delete
  2. Nak jugak laksaaaa..hihihi.
    Ehh, jgn tak tau, Ahnaff pun suka bahulu panas. Kebetulan dekat dengan rumah nenek memang ade kedai bahulu panas. Balik kg, mesti nak singgah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai..mai...
      Laaa...ingatkan budak2 la ni tak suka baulu

      Delete
  3. Bahulu tu, sy suka makan cicah teh o panas. Kalau ada oren pun, lalu jer, hehehe. Haishhh, bila nak terai buat kuah laksa dari sardin mackerel ni ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit lagi zikirnya...sampai la masa untuk buat laksa sardin ni..hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Heeeee....kalau dekat pi hantaq dah sepinggan

      Delete
  5. Laksa,kuah sarsin sedap ..jimat masa nak buat kuah tu ..

    ReplyDelete