Kuih Lapis Tepung Ubi bersama secawan teh 0 panas.
Kuih Lapis Tepung Ubi ni sangat sedap pada tekak saya kerana ianya lemak manisnya sederhana dan yang istimewanya ia sangat kenyal.
Lagi satu keistimewaannya ialah lapisannnya yang cantik.Walau nipis tapi boleh dikoyakkkan selapis selapis.
KUIH LAPIS TEPUNG UBI
1½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung gandum
3 cawan santan ( 1 kotak santan + 2 cawan air)
¾ cawan gula
½ sudu teh garam
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah
1. Blend tepung ubi,tepung gandum,garam,gula ,air dan santan hingga sebati
2. Bahagikan kepada 2 bahagian
1 bahagian biar plain - putih
1 bahagian lagi dibahagi lagi kepada 2
dan warnakan hijau dan merah.Maksudnya putih lagi banyak dan merah & hijau sama banyak.
3. Panaskan kukusan dan sapu loyang dengan minyak.
4. Kukus loyang kosong 5 minit supaya panas.
5. Tuang selapis adunan putih ikut tebal yang diingini..
- contkhnya 1/2 cawan...nanti lapisan lain juga sukatan yang sama.
( saya sukat setiap lapisan hanya 1 senduk kecil kerana saya guna loyang kecil)
6. Kukus anggaran 2- 5 minit bergantung ketebalan lapisan dan tuangkan lapisan seterusnya...Buat hingga adunan putih habis
7. Ulang pula lapisan hijau.
8. Bila habis lapisan hijau...sambung pula lapisan merah hingga habis
9.Lapisan terakhir tambah sikit lagi pewarna merah supaya warna lebih pekat
10. Lapisan terakhir juga kukus lebih lama anggaran 10 minit..
11. Angkat dan biar sejuk sebelum potong.
Tips untuk dapat lapisan yang cantik ialah kena kukus setiap lapisan tu biar benar-benar masak.Tidak lama pun, sekitar 2 minit setiap lapisan jika lapisannya nipis.Tapi jangan terlalu lama.Kalau terlalu lama sangat lapisannya menjadi gelembong.Bukan saja kuih lapis ni,malahan kuih talam apapaun rasanya kalau kukus lama sangat permukaannya akan gelembong dan tidak lagi licin.
Kalau guna loyang 4 segi,lebih cantik potong nipis tapi lebar.Saya guna loyang kecil dan bula maka,saya potong macam pizza dapat la 8-10 keping.
Saya paling seram kalau buat jenis kuih talam termasuk kuih lapis. Itulah satu yang sangat-sangat dijaga iaitu bahagian permukaannya. Api tak boleh terlalu kuat supaya permukaan tak berombak, kena jaga titisan wap supaya nampak licin dan halus mulus.
ReplyDeleteBetul..
Deleterespect dengan pembuat2 kuih talam yang saban hari mengadap semua ni
Tq kak selalu share resepi yg sedap2..skrg klu nak msk saya masuk blog akak..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteJika ilmu yang baik...silakan panjangkan...
salam kenal....cantiknya kejadiannya..tq share resepi, leh try ni
ReplyDeleteSalam ma....
DeleteTerima kasih...belum sempat untuk timbal balas
aduh, dah bertimbun kumpul resepi kat sini, buatnya tak jugak. Mambang rajin, sila mai!
ReplyDeleteKumpul dulu...
Deletenanti mambang mai...haaaa jenuh orang kat rumah nak makan..hihihi
Aduhaiiiii....macam mana la nak masak kuih ni..SA ni bukan sejenis yang sabar...rasa nak cuba tapi x berani..nak buat dia boleh selak selai2 tu yang x reti tu...hahahahaha
ReplyDeleteBoleh selak selai selai tu kunci dia kena cukup lemak dan kukus setiap lapisan hingga betul-betul masak..in sha Allah menjadi
DeleteAnk dara kak lin suka sgt kuih lapis ni.. resepi kak lin da ambk dr umi cella tp buatnya ntah bila.. bz manjang hal dunia.. 😔
ReplyDeleteKalau benda boleh beli..beli ja kak lin...kalau buat makan banyak nanti...hihihi
DeleteBuat telioq ja MC ni...
ReplyDeleteNak buat malaih, apakan daya huhu
Kemalasan dan kerajinan silih berganti..mana tau nanti time datang rajin tu terbuat ka...hihihi
Delete