Thursday, 15 April 2021

NASI PADPRIK - IFTAR 2 RAMADHAN 1442

 


Semalam Adah kata nak masak Nasi Ayam Kunyit.Tapi saya suruh dia ubah jadi ayam padprik sebab nak ada kuah.Saya suka sahaja nasi lauk kering tanpa kuah,tapi depa la kot nak kuah.

Akhirnya pukul 6.30 petang terjadilah Ayam Padprik.Kalau di Sabah  6.30 petang dah masuk waktu maghrib & iftar yer...?


Padprik by Adah..Tapi ni saya C&P resipi dari old post sahaja.


PADPRIK AYAM...

1 mangkuk ayam siap potong-potong & gaul sikit garam

1 batang carrot

10 kacang panjang(ganti kacang  buncis

1 bawang besar Holland

1 biji tomato masak

10 cili padi hijau – ketuk

10 cili padi merah – ketuk

1 batang serai - ketuk

10 babby corn

1 cwn couliflower( xde stok)ganti broccoli

4 sudu minyak

1/2 cawan pes tomyam

 

1. Panaskan minyak & tumis ayam yang dah digaul garam(gaul garam supaya tidak melekat & lebih sedap)

2. Bila ayam 1/2 masak masukkan pes tomyam & bawang holland hiris

3. Tambah carrot & sayur-sayur yang agak keras dahulu. Sayur yang mudah lembut masukka akhir sekali

4. Masukkan cili padi

5. Sesuaikan rasa

 

Tambah telur dadar


Tambah ulam untuk saya.Ada ulam baru makan nasi rasa puas


Padprik ni pun bubuh sorang semangkuk ,sebab ada yang nak makan dengan tangan,ada yang nak makan dengan sudu garfu


Saya nak campur lauk dengan nasi.Nak tambah ulam


Makan....


Anak bujang balik kerja dibelinya air tembikai.Dia tak tahu saya dah order air tebu dari Ros sebab Adah nak sangat minum air tebu.Dah jadi 2 air manis


Tapi saya minum lemon panas 


Anak bujang tu juga beli popia basah.Saya jamah juga segulung .Sedap jugak popianya.


Dibeli juga favouritenya roti john ni.Sudahnya roti john jadi sahurnya pagi tadi .


Kurma pun lupa nak makan.Hihihihi


Anak dara bongsu tu video call ...Mata dia dah macam mata panda tak tidur 2 malam siapkan assigment katanya.Dia cakap  nak gi ambil maknan yang dah order untuk iftar.1st Ramadhan hari Selasa beli Set Nasi dengan Ayam Korea,wedges & air RM5.Ni semalam iftar dia cakap order Nasi Goreng Ayam + sikit sotong goreng kunyit,mini chicken chop  & minuman tu pun harganya RM5.Alhamdulillah,dengan RM5 dapat set yang macam tu kat sana.Senang cakap kalau kat KL memang tak dapat la kan.Kata Cella memang beratur panjang la gerai tu.





6 comments:

  1. Bagus betul, siap asingkan tiga mangkuk ayam paprik tu, dah macam makan kat kedai.

    kalau di kafe tempat kita pun boleh dapat harga RM5 sahaja, nasi, ayam/ikan dan sayur. Kalau jual mahal, kena komplen nanti, dah tak boleh meniaga dalam kolej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...time bagus
      Kalau time tak bagus,cedok jer darinkuali longgok dalam pinggan setiap orang.Hanya basuh pinggan & kuali...hihihi

      Delete
  2. Lama tak masak paprik, saya pun lebih suka ayam goreng kunyit.Apa2 pun kedua masakan ni complete, ada ayam dan sayur2an

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...masak yang boleh sekali harung ja senang.sayur semua campur sahaja bersama.Tapi ayam goreng kunyit pun sedap kan makan panas- panas

      Delete
  3. Meriahnya hidangan berbuka. Itu sikit, ini sikit, jadi banyak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah....Allah masih kirimkan rezeki

      Delete