Balik Kedah minggu lepas,Achik ada masak sambal buah macang + ikan bilis.Buah macang tu biasa disebut buah bacang.Tapi kat kampung saya disebut macang.Biasanya buah macang masak yang popular dicampur dalam sambal belacan.Tapi yang ni buah macang muda & bukan dicampur dalam sambal belacan,sebaliknya dimasak sambal tumis.
Ni pula sambal macang versi saya.Kerana kesedapan sambal macang yang Achik buat tu,balik jer KL hari Ahad,saya terus masak sambal ni untuk iftar hari Isnin.Achik ada bagi buah macang muda untuk bawa balik KL
Pokok macang besar dan tinggi sedang lebat berbuah dipenjuru pagar depan surau bersempadan pagar rumah mak.Tapi ni bukan pokok mak,ni pokok jiran mak iaitu chik Ma.Dulu dalam pagar mak juga ada pokok macang,& pokok tu la yang Achik selalu ambil buah muda masak sambal tumis.Tapi sekarang,pokok itu sudah mati terbakar.
Buahnya masih terlalu muda,tapi Achik sudah teringin sangat nak makan sambal macang ni.Nasib baik chik Ma ada di rumah.Setelah minta izin,terus kami jolok beberapa biji.Pun nasib baik ada dahan yang menjulai rendah.
Dapat 7 biji.Ni yang Achik suruh saya bawa balik KL.5 biji macang yang masih terlalu muda.Ni macang kampung.Buahnya bujur macam mangga.Bezanya buah macang muda ni kulitnya lebih tebal & keras berbanding pelam.Getah macang ni agak berbisa terutama getah ditangkainya yang terbiar hingga getah tu berketul melekit. Kalau terkena kulit kena cepat- cepat basuh.Kalau dibiar lama,kulit boleh merah seperti melecur & boleh melarat jadi kudis.
Buah macang muda ni kalau dulu sering disagat kasar & dijadikan kerabu bersantan & kerisik untuk hidangan kenduri.Kerabu macang lebih sedap dari kerabu pelam sebab isi macang lebih pejal,rangup & kurang masam.
Buah macang muda.Kulitnya keras sikit nak banding pelam.Buah macang masak baunya kuat & aromanya seperti bau buah kuini.Tapi isi macang lebih banyak serat serabut berbanding kuini.Buahnya kalau masak & gugur,duduk beberapa ratus meter jaraknya pun boleh bau.
Ada peribahasa Melayu
"bau-bau bacang"
Maksudnya saudara jauh.Saudara jauh tu bukan jaraknya tapi hubungan yang agak jauh contohnya dua pupu,tiga pupu & berpupu- pupu la kiranya,tapi masih kita kenali.Macam buah macang,sejauh mana pun buahnya,walau tak nampak tapi kita masih kenal buah macang itu melalui baunya.
2 biji macang muda
1 cawan bilis bersih
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.
2. Terus tuangkan bahan blend & masak hingga mendidih.
3. Tambah garam,gula & buah macang sagat.
4. Masak hingga kering & naik minyak.Sesuaikan rasa.
Wah tengok resepi 15 chili kering pasti mengaum pedasnya.ni kalu saya mkn habis sejag air tebu kelantan pedas
ReplyDeletehihihi..kami memang kuat pedas.Yang tak suka pedas boleh guna cili kering kembung yang besar2 tu memang tak pedas.
DeleteKita ada sejarah pahit dengan bacang ni masa darjah 4. Parutnya ada sampai sekarang.
ReplyDeletehehehe.SK kena getah macang ka...memang getah yang meleh kat tangkai dia boleh menyebabkan melecur & berkudis.Kalau yang risau getahnya boleh lap dengan surat khabar sebelum kupas.
DeleteLamanya tak jumpa bacang. Yang selalu jumpa buah kuinin. Ada pun buah bacang ni zaman kecik-kecil dulu selalu merasa. Sekarang jarang jumpa pokoknya.
ReplyDeleteSelalunya orang tanam kuini sebab lebih kormesial.Tapi bacang ni biasa tumbuh dari biji bawaan kerbau lembu.Kerbau,lembu & kambing suka makan buah bacang.Ditelannya sebiji sebiji..hihihi
DeleteDasyatnya kerbau, lembu dan kambing!
DeleteTak pernah merasa buah bacang, tapi tengok gaya macam sedap 🤭. Dulu masa study kat UUM memang suka sangat ngan kerabu stail utara. Sebab dia mcm basah² bersantan n ade kerisik. Xsama mcm versi selangor. Aduhhh..teringat² pulak 😂
ReplyDeleteAlahai Mak Yung..Maaflah kalau buat Jaja ngeces..
DeleteKalau boleh rentas negeri nanti jom pi Kedah makan kerabu puas- puas.
Kecur air liur kak SA...mak akak suka la ni kalau buah bacang..tempat akak dipanggil bacang...
ReplyDeleteMak-mak memang suka la lauk-lauk kampung ni SA.
DeleteTempat lain biasanya sebut bacang.Kalau belah utara & pantai timur kebanyakan sebut macang.