Wednesday 3 June 2020

AYAM GORENG KUNYIT IFTAR PUASA 6 RAYA AIDILFITRI 2020(PKPB COVID 19)

Ni juadah iftar semalam..
Syawal ke 9
Tapi baru hari ke 3 aku puasa 6
Hari ni dh Syawal ke 10 dah
Beraya dalam PKPB Covid 19 ni ramai jer yang dah mula puasa 6 seawal 2 Syawal sebab xde nak fikir buat open house @ gi open house..
Sebab memang dilarang sebarang majlis.
Majlis Kahwin pun x boleh wei.. 🤭


Iftar semalam mak aku masak Ayam Kunyit
Sedappp
Aku suka kalau mak aku masak Ayam Kunyit ala Warung Simple ni
Dah lama x dapat makan kat Warung Simple...



AYAM GORENG KUNYIT ALA WARUNG SIMPLE
1 mangkuk isi ayam - potong kecik
1 cawan tepung pedas/tepung bestari
1 batang carrot - sagat memanjang
1 bawang holland - hiris
1 cili merah hiris
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
5 kacang panjang (xde stok)
Ganti ngan 1 pokok daun bawang
Minyak
1. Isi ayam digaul tepung pedas & digoreng garing. Toskan
2. Tinggalkan 4 sudu minyak dalam kuali & tumis cili hiris & masukkan serbuk kunyit
3. Masukkan bawang holland,garam, gula & isi ayam goreng. Gaul rata
4. Masukkan carrot sagat, kacang panjang /daun bawang & sesuaikan rasa
5. Siap...


Mak aku nyer ulam

Buduuuuuu

Ayam panggang
Lebihan semalam tu sebab kakak x makan bahagian peha
Mak aku panaskan


Dessert...
Mangga
Ni mangga kawan kakak bawa buah tangam masa hari Khamis

SELAMAT BERPUASA 6

No comments:

Post a Comment