Wednesday, 3 June 2020

LEMPENG KOREA & PUASA 6 (PKPB-COVID 19)

Semalam nyer iftar untuk puasa 6
Mak aku masak nasi laul Ayam Kicap
& mak aku juga masak Lempeng Korea a.k.a Pajeon


Sudahnya hanya abang sorang yang makan nasi
Kitorang semua makan pajeon ni jer
Ssbab kenyang

Bila makan pajeon ni ingat kat Faiz Kedah
Ingat juga kat kawan2 lain
Sebab pernah bawa bekal pajeon ni gi sekolah tahun lepas...
Mula semua kerek jer sombong bila aku offer bekal
Sebabnya aku cakap bekal lempeng..
Semua x nak sebab lempeng kannnnnnn
Depa mana makan lempeng
Tapi bila buka. Haaaa baru pakat nak tengok
Bila cakap Lempeng Korea baru pakat terbelioq bijik mata depa...
Nak kena letak nama Korea baru pakat pandang
Agaknya kalau aku cakap bawa bekal belacan Korea mau pakat rebutvmakan belacan kot不不不不不
Pastu tengok cicah kicap pakat peliks xnak
Tapi sekali dah cicah
Haaaaa... Pakat jilat bibir punya sedap
Masuk dalam kelas lepas rehat
Pakat senyum2 tutup molot
Termasuk aku
Sebab molot dah bau garlic & kucai
五五五五
Dah pernah citer dalam post LEMPENG KOREA-BEKAL RABU... kat sini


Yang lawaks plak semalam
Abang pun puasa juga
Masa abang tolong snap pic ni
Abang tanya mak aku
"mana kuah kacang? “
Mesti abang ingat mak aku masak cucur udang
Mak aku cakap kat abang ni bukan cucur idang kuah kacang
Tapi ni Lempeng Korea..
Kalau cucur udang memang cicah ngam kuah kacang
Kalau cucur udang versi Kedah la
Kalau versi KL kebanyakan cicah sos cili
Ada 1 gerai yang memang fav aku ngan mak depan kedai cat Md Ali tu memang serve ngan kuah kacang..
Siap tauhu & timun macam yang dijual kat Kedah.

Tapi mak aku cakap bahan dia memang macam cucur udang
Cuma + tepung ubi
Sebab tu lembut & kenyal

Cili padi merah pun hado
Orang Korea kan memang makan pedas
Ala... Orang Malaysia lagi makan pedas
Cili padi buat ulam jer
Cicah lak ngan sambal belacan
Haaaa.. Kat Korea hado..???
Tak tau lah
Sebab aku lum pernah gi Korea
Ala, kalau sskarang ni xde sapa dah nak. Nak gi Korea
Lagi banyak kes Covod 19 kat sana
Orang Korea kot berebut nak datang Malaysia
Sebab kat Malaysia kes dah kurang & PKPB pun dah nak habis dah
9 Jun ni habis lah PKPB
Tapi x tahu lah akan dilanjutkan atau dah habis terus...


KOREAN PANCAKE...versi mak aku
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
1½ cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan udang
1/2 cawan kucai potong
2 biji cili api merah
minyak
1. Campur tepung gandum dan tepung ubi
2. Gaul bersama garam dan bancuh dengan air.
3. Tambah kucai,cili potong, udang dan telur.
4. Biarkan 15 minit supaya adunan sebati
5. Panaskan 1 sudu minyak dalam pan.
6. Tuang 1 senduk penuh batter
7. Masak hingga nampak garing bawahnya dan terbalikkan.
8. Masak kedua2 belah hingga garing
9. Hidangkan bersama sos kicap



Mak aku buat 15 pcs
Abang la makan banyak


Nasi pun makan
Lauk Ayam Kicap plak...
Lempeng ni pun belasah

SOS KICAP
¼ cawan kicap cair
2 cili api merah- cincang halus
1 sudu teh gula
1 sudu besar cuka
1 ulas bawang putih - cincang halus
2 helai daun kucai- cincang halus
- Campur  semua bahan dan sesuaikan rasanya.

Juadah iftar puasa 6
Pada 10 Syawal 1441
Lagi 2 hari nak habis puasa 6

Brrr....塈堶堹塈...

SELAMAT BERPUASA 6

No comments:

Post a comment