My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Sunday, 23 February 2020

GULAI AYAM BERTELUR + KELEDEK MANIS


Gulai Ayam Bertelur + Keledek Manis
Bukan hari ni tapi yang dalam draff

 Kari Ayam Bertelur ni bukan ayam tu yang bertelur
Tapi telur tu memang telur ayam..
Hahhaha


Mak aku la paling suka
Kalau kari kari ni



KARI AYAM BERTELUR + KELEDEK MANIS
1/2 ekor ayam - potong
2 keledek oren- potong kasar
3 telur rebus
1 paket rempah kari ikan(1 sudu besar)
1 paket rempah kari ayam(1 sudu besar)
1/2 kotak santan " 3 cawan air
1 sudu teh garam
4 sudu minyak

Bahan Tumis
1/2 bawang besar-cincang
3 bawang putih
1 kayu manis
3 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga

1. Panaskan minyak & tumis bahan tumis
2. Bila naik minyak, masukkan ayam & biar 1/2 masak.
3. Tambah keledek, santan + air & masak hingga ayam & keledek empuk
4. Tambah, garam& telur rebus
5. Perlahankan api supaya kuah mendidh perlahan & kuah pekat
6. Sesuaikan rasa

Kari Ayam Bertelur + Keledek Manis


& the gang...

No comments:

Post a Comment