Monday 18 March 2024

SALAM TAKZIAH UNTUK SK


 Assalamualaikum WBT

Salam Takziah untuk rakan bloger SK atas pemergian ibunya yang tercinta...



إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وارْحمْها وعافِها واعْفُ عنْها ،

وَأَكرِمْ نزُلَها ، وَوسِّعْ مُدْخَلَها واغْسِلْها بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونقلها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْها دارا خيراً مِنْ دَارِها ، وَأَهْلاً خَيراً منْ أهْلها ، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْها الجنَّةَ ، وَأَعِذْها منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار   



Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.


Allahu..malam tadi,selepas berbuka puasa saya  dapat masej dari Chu Hafizah( silent reader) memaklumkan berita sedih ni..Terkedu sekejap.Pagi tadi BW tak ada update blog hati macam nak whatsApp tanya keadaan ibu SK  tapi tak tertaip..rupanya semalam lagi ibu SK  dah pergi menemui penciptanya..

Semoga Allah muliakan roh ibu SK...perginya di bulan mulia.

Terima kasih juga Chu Hafizah yang memyampaikan berita.Dua minggu lepas,Chu Hafizah juga yang mengkhabarkan berita pemergian Mak Pah,bonda kepada bloger Suria Amanda..Walau hanya bersahabat di dunia maya tapi rasa bagai dalam satu komuniti yang akrab..

5 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun...salam Takziah Buat SK...

    ReplyDelete
  2. ammi pun baru tau tentang perginya ibu SK lepas baca blog kak Amie.

    ReplyDelete
  3. Takziah untuk SK sekeluarga.
    Kita selalu saling BW, secara tak langsung mengikuti setiap perkembangan yang berlaku dalam keluarga masing-masing. Apabila terdengar berita begini memang sangat mengusik perasaan. Moga SK tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas ingatannya, Mak Ngah. Hugsss.

    ReplyDelete