Friday 29 March 2024

PASTA BAWANG PUTIH,BUAH MELAKA & AIR TEMBIKAI

 Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 18

Juadah iftar saya dua beranak bersama Cella semalam 17 Ramadhan...


Pasta Bawang Putih.
Masak bodo bodo je  untuk berdua. beranak menjelang waktu berbuka..
Cella minta gorengkan chicken popcorn nak makan dengan pasta

PASTA BAWANG PUTIH

¼ pack/secekak pasta( saya guna spaghetti)

½ labu bawang putih( dadu halus)

2 biji tomato masak merah- cincang

3 biji cili padi merah Bangladesh- cincang

Sayur broccoli & beberapa kaki cendawan

1 kiub ayam

minyak & serbuk lada hitam


1. Jerang air untuk rebus pasta.

2. Sementara itu panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga keemasan. Angkat bawang putih bersama sedikit minyaknya.

( sementara itu rebus pasta dalam air mendidih hingga sedikit lembut anggaran 4 minit)

3. Panaskan baki minyak bawang putih dan tumis cili padi cincang hingga harum.

4. Masukkan tomato cincang dan masak hingga tomato lembut.Masukkan cendawan dan broccolli.Tambahkan kiub ayam.

5. Kaut pasta dari air mendidih dan terus masukkan dalam tumisan.

6. Masak seminit dua mengikut kelembutan yang disukai.Sesuaikan rasa.

7. Bila hidang tahurkan juga bawang putih goreng radi dan renjiskan minyak bawang putih atas pasta

Saya juga sempat menggentel Kuih Buah Melaka katika jam sudah menunjukkan pukul 7 malam...
Sap sup sap...Alhamdulillah sempat siap sejenis kuih habuan moreh lepas terawikh...Moreh kat rumah je lah...Terawikh pun kat rumah...hihihi


Air Tembikai Black Beuty lagi...Sebiji buah tembikai black beuty kat rumah ni boleh bertahan 4 hari makan🤭


Sabtu Ahad mengambil peluang menyiapkan tempahan cookies secara kecil kecilan...



Cuti Nuzul Al Qur 'an semalam meyemprot Biskut Samprit Dahlia..
In shaa Allah weekend nanti boleh lah sehari buat mazola dan sehari lagi buat tart nanas..
Minggu depan dah boleh edarkan kepada rakan rakan ...
Tidak banyak pun kerana saya hanya dapat buat weekend sahaja.Kudrat tidak lagi segagah dulu boleh buat lepas terawikh hiingga menjelang sahur.Sekarang hanya buat weekend sahaja sekadar yang mampu .Itupun hanya weekend sah



7 comments:

  1. Alhamdulillah. Sempat siapkan tempahan kuih raya. Saya pun ada tempah samprit juga. Kelmarin sudah dapat.
    Sedap menu berbuka Mama Cella. Saya pun kurang selera makan. Hendak minum air saja. Agaknya cuaca panas, tu yang hendak minum air selalu.

    ReplyDelete
  2. Selamat berbuka puasa
    Cuaca panas sekarang, kalau berbuka mesti cari ais

    ReplyDelete
  3. saya tak buat biskut raya tahun ni,assistant tak ada terus tak ada mood

    ReplyDelete
  4. Waaa siapkan tempahan kuih raya. Dah fasa akhir nie.. tiap tahun ada simpan impian nk buat kuih raya tapi tiap tahun jugak tak gerak oven tu hahaha..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak order semprit tu tapi teringatkan pengalaman tahun lepas kesian pulak nak berkejar² lagi nanti. Sedapnya berbuka dengan pasta, tak tinggal jus tembikainya ya. Pak Inche hr tu beli jus tembikai siap, RM15/ 3 botol saiz 1l.

    ReplyDelete
  6. Kuih buah Melaka itu kami sebut Klepon kalo di sini, saya suka sangaaat 😍🤤. Apalagi kalo gula merahnya meletup saat digigit 😄👍.

    Tembikai jus itu sedaap. Hari ini saya buka puasa di salah satu restoran, pakai jus tembikai. Tapi sayang tak sedap. Kebanyakan air.

    ReplyDelete
  7. Laaa...nape x cakap akak buat kuih dan ambil tempahan..thun depan nak order la...boleh?

    ReplyDelete