Saturday 16 March 2024

BUKAN NASI KAK WOK

 

Menu iftar Jumaat -Ramadhan ke 4.


Bukan Nasi Kak Wok..
Tapi Nasi Mak Ngah..hihihi
Dah beberapa hari tekak ni rindu nak makan kari bersama ulaman & sambal belacan.
Kebetulan anak jantan tu cuti...Masak la lauk berasaskan ayam.Tapi nak bagi kena semua tekak kita masaklah bukan nasi kak wok ni...hihihi

Maka masaklah kari..



Kari Ayam + Buncis
Asalnya nak masak kari ikan bawal hitam + buncis...Tapi mengenangkan ikan bawal masih jadi fosil dalam freezer,sedangkan ayam saya baru beli.Maka solusinya bahagian bahagian tulang tulang ayam dimasak kari,manakala bagaian isi didadu kasar untuk goreng garing 
Tapi tu la....kari saya terlebih santan.Puncanya santan tu parutnya guna dalam ½ cawan saha & campur dengan 3 cawan air.Tapi saya guna 1 cawan santan pekat & hasilnya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak.

KARI AYAM REMPAH CAMPUR
½  ayam bahagian tulang
1 cekak kacang buncis
¼ kotak santan + 3 cawan air
1 biji buah tomato masak
5 cili padi
2 sudu rempah kari daging
1 sudu remoah kari ikan
Minyak,garam & sedikit gula perang

Bahan Tumis
3 bawang merah hiris
2 bawang putih -cincang
1 ketul halia- mayang
3 pelepah daun kari
Sikit kayu manis,cengkih,b.lawang & buah pelaga

1. Panaskan minyak anggaran 4 sudu & tumis bahan tumis hingga harum

2. Masukkan rempah kari daging dan kari ikan yang dibancuh dengan 1 cawan air.

3. Masukkan ayam dan masak hingga pecah minyak.

4. Tambahkan santan,tomuto,garam dan gula perang.Masak hingga ayam empuk.Tambah kacang buncis

5. Perlahan kan api dan masak hingga naik minyak.

6. Sesuaikan rasa





Ni waktu dah lepas berbuka.Baki kari tu saya tambah air dan biar mendidih perlahan...baru pecah minyak elok...hihihi


Dah siap kari...kita goreng pula ayam yang dah potong dadu kasar.Saya gunakan isi ayam bahagian dada..Saya perisakan dengan sedikit sahaja garam halus(sekadar rasa..jangan masin sangat) ,serbuk kunyit dan sedikit pak haji naik moto...🤭
Eh,rasanya memang sebiji macam ayam yang kita makan kat kedai..Ok,kantoi ,ayam kat kedai memang depa letak pak haji naik moto.Patut la sedap..Pastu kalut kita goreng kat rumah tak sama...hihihi
Dulu dulu pak haji ni tak pernah ada di dapur saya...🤭



Ayam Goreng Garing ni saya goreng  dalam pukul 7++ sebab nak panas panas masa berbuka.


Ni boosternya. 

SAMBAL BELACAN TOMATO LiMAU KASTURI

1 genggam cili padi merah
2 batang cili merah besar
1 ketul belacan besar ibu jari
( saya guna belacan Miri)
½ biji buah tomato masak
5 biji limau kasturi
5 ulas bawang putih
¹ sudu teh pe asam jawa 
minyak,garam,gula perang

1. Belah/ cucuk cili agar bila goreng tidak meletus.

2. Panaskan minyak  dan goreng semua cili,bawang,belacan dan tomato.

3.Masukkan dalam blender  bersama limau kasturi ya g dibelah 2 dan air asam jawa.

4. Blend jangan terlalu halus & sesuaikan rasa.


Ulam daun Selom dan daun salad...

Hidang nasi dalam kertas ni ala ala makan nasi kak wok..walaupun bukan...hihihihi
Saya memang ada stok kertas nasi lemak ni kat rumah...



Cedoklah lauk,kari,ulam dan sambal belacan & feel la makan kat restoran🤣

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Buah naga merah sebagai pemanis mulut..Tak ada air manis...Semua minum air kosong ja sebab anak jantan tu kata dia tengah diet gula🤭..So,kita support dengan tidak menyediakan minuman manis.


Moreh lepas terawikh..Anak jantan tu pi terawikh kat masjid.Kami perempuan dua beranak tak ikut.
Goreng karipap sebagai moreh di rumah.Ni sebenarnya KARIPAP INTI KENTANG AYAM ... yang buat minggu lepas saya Frozenkan..Goreng 10 biji.
Alhamdulillah....

13 comments:

  1. Saya teringin makan karipap yang sedap, intinya penuh. Sayang selalu beli karipap oksigen. Kalaulah saya rajin buat karipap macam Mama Cella!
    Macam saya dapat idea nak masak nasi walaupun bukan kak wok hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perasan generasi kita dah terbiasa dengan makanan sedap dulu. dulu kan...bila dapat yg tak memenuhi piawai memang kecewa.Nak buat pula, kesibukan..huhuhu

      Delete
  2. Alamak..sedapnya karipap tu...SA mmg idamkan karipap yang sedap...inti daging...perghhh...sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah jumpa karipap sedap - Karipap King Kong.Walau harga sebiji RM4.50 tapi penuh daging.Tak tau la sekarang ada lg ke tak

      Delete
  3. Booster tu yg penting lagi wajib kalau takde .. maka takde la kick nya hahaha

    ReplyDelete
  4. Kita rakyat Malaysia memang berhutang budi dengan pak haji naik moto tu....

    Nak tanya, kenapa kat 'about me' takde link ke blog namakucella? Perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru peraan bebeapa minggu lepas bila ada yg tegur pasa link tu uncle...
      Agaknya sbb sekarang saya masukkan email Cella ( TT blog ni) dalam handphone saya untuk mudahkan saya log in..dah jadi 2 email dalam ni..

      Bila klick komen pun dia keluar pic profil email saya( gambar langit biru tu..Sedangkan sebelum ni kat komen keluar pic email cella( pic coklat strawberry pink tu).

      Perasan juga pageview sangat menurun sbb orang dah tak boleh masuk ikut link..
      Tapi saya pun tak tau nak buat macamana untuk dapatkan semula link tu...saya tak pandai selok belok berblog ni..Blog ni pun Cella yang creat.Sayabhanya tau log in untuk update posting sahaja.🙈Bila tanya Cella pasal ni,dia pun tak tau..sebab selama ni ok ja..Ke uncle @ sesiapa boleh bantu saya?huhuhu

      Delete
    2. Betul tu.. persoalan sama dgn uncle

      Delete
    3. Kalau tanya uncle ni sama lah ibarat tikus baiki labu... unlce ni memang tak cekap hal ni... tau upload selfie je..! hahahaha

      Delete
  5. Kalau CCL , ayam goreng garing tu makan dengan sambal ulam pun dah cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..goreng panas panas makan dengan nasi putih..waktu tengahari lagi ngam ni🤭

      Delete