Tuesday 19 March 2024

FISH & CHIPS,PEPES AYAM & MANISAN SAGO HONEY DEW

 

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari  ke 8 dah hari ni
Juadah iftar kami semalam...7 Ramdhan..
Fish & chips
Bersama salad dan sos tartar.



Saya masak bodo bodo cara saya..


- 2 keping  fillet ikan dory dan potong 3 bahagian setiap satu.

- Dapatlah 6 keping selebar tapak tangan.Lap fillet ikan  dengan kitchen towel hingga kering

-Renjis garam dan lada sulah,perah jus limau dan perapkan 15 minit.

- Gaul dengan sedikit tepung Bistari Pedas. 

- Celup putih telur dan salut dengan serbuk roti warna oren tu 

- Deep fry hingga keemasan kedua belah .Toskan

- Kemudian goreng fries sebagai sampingan 



Cella buatkan Sos Tartar

- 1 cawan mayonis
- 1 bawang merah cincang
-  3 helai daun bawang - hiris halus
- 1 biji telur rebus- lenyek
- ½ biji lemon- ambil jusnya

* Gaul semua hingga sebati.



Salad sebagai pelengkap


Hanya guna yau mak tam
Tomato ceri
Gaul dengam sos kewpei



Beriftar dua beranak dengan Cella.Abangnya iftar kat tempat kerja.


Saya ada beli pepes ayam frozen
RM25 untuk 25 pcs


Saya masuk dalam air fryer suhu 170 selama 10 minit.Elok masak sedikit garing dan harum daun pisangnya.Kalau suka pepes yang lembut boleh kukus pepes tu.



Manisan Tembikai Susu Bersagu.


Sedap sangat..harum tembikai susu bergabung dengan lemak manis susu cair  dan bertekstur.

TEMBIKAI SUSU BERSAGO
½ biji tembikai susu
1 tin susu cair
¼ tin susu pekat
¼ cawan sagu.
ais

1. Rebus sagu hingga mendidh dan padamkan api.Biarkan 10 minit dan hidupan semula api hingga sagu mendidih sekali lagi.Matikan api dan biar terendam hingga sagu jernih.Tapiskan sagu

2. Tembikai susu dibahagi dua.
1 bahagian didadu kasar
1 bahagian lagi di blend hingga halus bersama sedikit air hingga jadi puri.

3. Dalam bekas yang besar,masukkan puri tembikai susu,susu cair,suku pekat dan secubit garam.Masukkan juga tembikai susu dadu dan sagu yang sudah direbus 

4. Kacau sebati.Masukkan ais dan sesuaikan rasa.





Biru sekejap mata hitam kami....hihihi
Makan Fish & Chips masa iftar bersama manisan honeydew....
Pepes jadi hidangan moreh..
Cella dah start sem baru semalam tapi sebab ada 1 subject sahaja,lecturernya bermurah hati nak buat online class.Tu yang di masih ada kat rumah menemani iftar.Hari ni Selasa dah kena balik kolej..

7 comments:

  1. Kak...macam tu akak kata masak bodo bodo....alamak aiii...dah macam boleh meniaga dah tu presentation dia kak

    ReplyDelete
  2. dari minggu lepas dah beli isi ikan dori tapi lum kesempatan nak masak lagi kak... bila tengok akak buat ni teringin nk buat gak la

    ReplyDelete
  3. nie tak bodo dah nie...nie pandai namanya...kikiki

    ReplyDelete
  4. murahlah kak pepesnya..kira 1 singgit. pernah beli yg dah siap bakar tu harganya RM1.80 1.

    kalau order orang yg jual tu boleh poskan ke?

    ReplyDelete
  5. ni dah kira genius dah ni kak menu omputeh..dah ala-ala cafe presentation tu

    ReplyDelete
  6. Wah, berbuka puasa dengan menu ala-ala western ni.
    Aduiii... ada pepes ayam juga! Kalau saya berbuka puasa di rumah Mama Cella, 10 ketul pepes ayam tu yang saya terkam dulu.

    ReplyDelete