Sunday 17 March 2024

AYAM PONGTEH,TEMPE BERLADO,SAYUR BAYAM CINA,KUIH TAKO & BUAH OREN

 

Salam Ramadhan  1445 yang dah memasuki hari ke - 6 dah hari ni.
Juadah iftar Ramdhan ke5 semalam.
Alhamdulillah,puasa tahun ni setakat 5 hari puasa ni macam graf kerajinan saya mencatatkan kenaikan hampir seperti 10 tahun dulu...Adakah saya kembali muda?🤣🤣 Kalau coundown makin kecil la angka umur..hihihi.
Saya pun seakan dapat rasa energi dan semangat macam bertambah baik.Semoga Allah kurniakan kesihatan dan umur yang panjang lagi barokah untuk kita semua🤲



Semalam saya masak Ayam Pongteh.Tapi macam terlebih kicap pulak.Sepatutnya ayam pongteh ni kan macam tak pekat sangat kuahnya.Pastu kentang pun takda.Tak perasan langsung kentang dh habis saya  masak inti karipap minggu lepas.Nak turun dari kayangan semata-mata nak beli kentang macam tidak lah...Dah la semalam Sabtu ke tiga pun kena pi kursus..Time kena kerja lebih masa bising kemain kan...time dapat gaji senyap ja🤭

ni pun saya c& resipi dari posting tersebut..

CHICKEN PONGTEH
Souce : patyskitchen.blogspot.my

1/2 Chicken cut into 8 smalL pieces(8 ketul ayam)
3 Potatos cut in wedges(kentang potong wedges)
5 Chinese Dried Mushroom  -shitake mushroom soak in water to soften it.
(cendawan kering- rendam hingga kembang)
8-10 Shallots(bawang merah)
4-5 Garlic( bawang putih)
2 Tbsp of Minced Bean Paste (Taucu)(2 pkt kecil taucu)
1 cinnamon stick( kulit kayu manis)
3 cardamon(buah pelaga)
3 cloves(cengkih)
Dark Soy Sauce(kicap pekat)
Gula Melaka (enough to make the gravy taste sweet)(secukup rasa)
Salt (add to taste)(garam secukup rasa)
Water for gravy(air- untuk kuah)
2 sudu minyak masak - resepi asal tiada
1 cili merah & 5 cili padi (patahkan) resipi asal tiada

PREPARATIONS:
Pound Shallots and Garlic.
Saute till soft and fragrant. Add the dried spices.
Clean, removed skin and cut the chicken into bite size pieces. Pat dry.
Add in the fermented bean paste, stir fry until fragrant. Add in the chicken pieces and potato continue to stir-fry and until chicken changes to pale color. Put in the water.
Bring it up to a boil, turn down the heat, cover and continue to simmer for 10 minutes. Add in the mushroom. Continue to simmer for 10 minutes.Add in sugar, black soy sauce. Continue to shimmer until gravy thickens, chicken is cooked and potatoes tender. Check seasoning.
Serve with warm rice.

Cuma kali ni saya gunakan cendawan shitake segar dalam 10 pcs.Bezanya kalau guna cendawan kering tu bau dia lebih menyerlah berbanding cendawan segar.



Tak sah la kalau takda lauk pedas .
Ayam tu untuk anak anak & memang saya hanya makan cendawan shitake tu sahaja tanpa cedok ayam.Itupun sebab anak anak tak suka cendwan tu
( Alhamdulillah🤭)..
Untuk lauk pedas saya masak Tempe Berlado ni..

TEMPE BERLADO
1 keping besar tempe
1 cawan jkan bilis bersih.
1 biji buah tomato masak
Minyak,garam,gula

Bahan Blend Kasar:
1 genggam cili padi merah
2 biji cilierah besar
1 bawang besar
5 bawang putih

1. Potong tempe dan goreng garing.Ketepikan.Goreng bilis juga hingga garing.Ketepikan.

2. Minyak gorengan ditumis bahan blend kasar.Masukkan tomato hiris halus dan masak hingga naik minyak.Perisakan.

3. Masukkan bilis dan tempe goreng.Gaul rata dan sesuaikan rasa.


Sambal Belacan dan ulam salad.Turut kelihatan semangkuk sayur bayam cina tumis



Sayur Bayam Cina.. Nampak macam sawi pahit kan?.Tapi ini ialah bayam cina..Kalau google "bayam cina" banyak keluar resultnya gambar bayam malabar( sayur remayung).
Kalau nak tengok pic bayam cina ni kena search " Poh Choy"
Saya pun sebelum ni belum pernah makan sayur ni sebab bila nak beli terfikir macam pahit ja rupa sayur ni.Hinggalah saya nampak kat youtube tentang bayam cina ni katanya rasa sama macam bayam  biasa..Teringin nak mencuba tapi kat pasaraya dekat rumah saya takda sayur ni.Srmalam balik dari kursus,singgah kat Pasaraya Cheekers..ada sayur ni Terus beli.


Ni la rupa bayam cina tu..Nampak macam sawi kecil ..tapi batang pelepahnya ada lubang macam straw.Kalau batang kangkung ada buku ruasnya,tapi bayam cina ni pelepahnya panjang dan berlubang hingga pangkal daun 


Saya masak tumis dengan bawang putih dan bilis halus tu saja.Taknak tambah lain kerana nak menikmati rasa aslinya.
Pada tekak saya..memang sedap..Langsung tak pahit,malah rasanya lebih sedap daripada bayam dan seakan perpaduan antara rasa bayam dan kangkung tapi tekstur bayam.Lain kali nak cuba mask tumis belacan pula.Kena. beli banyak sebab bila dah ditumis dapat semangkuk tu saja..hihihi



Buah Oren..
Bertekak dengan anak anak.
Anak jantan tu tanya ..ni limau ke orange?
Saya jawab la sama ja limau dengan orange..
Eh,depa dua beradik tak puas hati jawapan saya.Depa dua sepakat mengatakan ini limau..Kalau orange kulit  dia tebal dan pori pori kasar 
Ini kulit licin berkilat dan mudah nak kopek..namanya limau.

Tengok kat resit tulis gold tangarine...



Tak tau la orange ke limau ke...Malas nak bertekak  sebab depa dua lawan saya sorang..🤣
Yang saya tau ...kalau saya hidang sebiji sebiji takda sapa akan makan sebab depa malas kupas kulit.Bila belah belah macam ni..licin pulak semua tu...hihihi



Ok...last .Kuih Tako..Saya buat.
Yang ni jap lagi saya nak buat entri berasingan sebab entri ni dah panjang berjela...hihini

***Syyy,kalau perasan seminggu dua ni pic terang dan cantik ja kan..Itu semua kerana Cella tukang snap pic..TTK masih ada kat rumah..Minggu depan...Eh,minggu depan tu esok la🤭 pic akan kembali la seperti sebelum ni..TTK dah start sem baru..

6 comments:

  1. ok.. nanti nak tiru buat kuih tako... i'm waiting..

    ReplyDelete
  2. Nanti boleh try ayam tu nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  3. setakat ni kuih tako tu blom berjaya SA dapat yang betul2 sedap

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Memang begitulah, kena rasa diri menjadi remaja agar sentiasa bertenaga... ahaks!
    Ooo begitu rupa nama bayam cina. Selalu nampak di pasar tapi tak pernah beli pula. Tq for sharing ye Mama Cella.

    ReplyDelete
  5. aah kan... lady pun rasa begitu... hanya semalam shj ldy tak masak sebab fokus dr pagi sampai petang balut buku :P... jenuh .. sakit tulang belulang..

    ReplyDelete
  6. Waaa meriahnya juadah berbuka puasa.. setakat hari ini belum ada kuih di atas meja pada waktu berbuka. :D

    ReplyDelete