Sunday 24 March 2024

KIRIMAN DARI LAHAD DATU- KOMEN BLOG AMIE'S LITTLE KITCHEN

 Hari Khamis nampak noti masuk kat phone kata ada parcel akan sampai sekejap lagi..Kita pula masih ditempat kerja..Sebelum tu adah ada call bgtau hari ni  2 parcel dia akan sampai.Dia beli baju raya tapi pos keKL

Bila balik amik parcel tu kat grill  pegang pegang rasa macam kain..Ingatkan baju raya Adah la.. Terus saya simpan atas katil dalam bilik Adah. Sekali dah waktu nak berbuka,Adah call bgtau parcel baju dia ada kat atas pintu...Staf J&T letak atas pintu.

Eh,tadi tu baju siapa?Baru terfikir nak tengok parcel siapa..Parcel Cella agaknya..


Eh,rupanya parcel dari Lahad Datu..Belum buka lagi dah terhidu bau wamgi macam kat kedai dobi..


Masyaa Allah ...
Banyaknya kiriman daripada Cikgu Amie...
Memang sebelum ni pernah baca Cikgu bagitau KIRIMAN HADIAH UNTUK TOP KOMENTOR dipoa pada hari Selasa.
Eh,hanya berselang sehari sahaja dah sampai..Laju betul GDex buat kerja..


Case bersulam dari Sarajevo...
Keychai negara Bosnia Herzegovina & magnet fridge Ohrid


Sekotak oleh oleh dari Turkeye  agaknya...kerana baklava antara tradmark Turkeye kan....

Nampak ja baklava terus terkam dan buka...

Sejujurnya masa Cikgu Amie tulis,antara negara yang beliau lawati ialah Turkeye




Walau suara garau dan paling tak suka dengar suara sendiri yang dirakam ...tapi up jugak



Kaftan ni la yang wangi hingga baunya menerobos keluar dari bungkusan..Hingga kini baunya masih kekal harum dan segar.Tak tau sama ada memang masa cikgu Amie beli memang bau harum  macam tu atau adakah Cikgu Amie basuh dan rendam pewangi sebelum pos?🤭
Saya sangat suka bau dia


Sejak PKP ,ni dah tak tau kalii keberapa dah ni bingkisan dari LD untuk saya..

Eh,kali ni pun masih tersenarai top komentor.Bukan apa..kalau ke blog cikgu Amie  saya suka kerana selain gambar gambar yang menarik...perkongsian jelajah dunia dan juga banyak info info menarik.Eh,tidak balik tangan kosong,ada sahaja idea Cikgu Amie nak berkongsi rezeki..Top komentor lah...teka destinasi percutian beliau dan juga teka berat buah mangga adalah antara cara Cikgu Amie berkongsi rezeki..
Kalau nak tahu semua tu ..jomlah  bertandang ke AMIE"S LITTLE KITCHEN

3 comments:

  1. Alhamdulillah kiriman kecil dari LD dah sampai.
    Sebenarnya saya sembur sedikit minyak wangi White Rose yang sempat saya beli di Bulgaria. Nak kongsi aroma jalan-jalan ke negeri sejuk hihihiii.

    ReplyDelete
  2. Wow…lumayan kiriman dari LD. Tahniah 👏🏽
    Siap dapat baklava. Istimewa sungguh ni.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..kita dapat jugak Baklava yang sama macam akak...

    ReplyDelete