Monday 25 March 2024

IFTAR @ DAPOQ CIKGU STEAMBOAT& GRILL BUFFET

 Salam Ramadhan 1445 dah melewati hari ke 14..

Semalam 13 Ramdhan kami tiga beranak beriftar @ Dapoq Cikgu Steamboat & Grill Buffet.
Anak jantan tu balik kerja petang semalam nampak saya dok mengadap sauna oven mengukis,dia offer nak belanja iftar kat luar.Saya tak mau..Lagipun tempat kerja pun ada buat majlis iftar ...saya malas pula nak gi kali ni..
Selalunya setiap tahun saya akan join majlis berbuka puasa tempat kerja..
Tapi ni dah anak jantan tu dok beria juga nak belanja iftar  steamboat & grill...Katanya dia dah booking & bayar deposit untuk steamboat kat Jalan Ipoh..

Sekali masa nak keluat,dia kata tak jadi lat Jalan Ipoh tu .Dia dah tukar ke  Dapoq Cikgu @ Putrajaya pula...

Cella kata dia dah tengok review sini memang ok..

Ni antara seafood yang ada..(pic FB DCS)


Dedaging...

Antara pilihan sos 


Tapi sebab terlalu ramai buat tempahan semalam( agaknya sbb dah gaji kot🤭) kami dapat meja di luar restoran....(kaki lima rumah kedai)
Mulanya macam tak syok la dapat kat luar...Tapi bila dah waktu berbuka,eh macam lebih baik la dapat kat luar kot sebab tak perlu bersesak kat dalam...

Budak budak 2 beradik ni amik dedaging banyak banyak siap siap sebab malas nak bersesak ulang alik topup 



Sayur sengaja amik sikit


Cuma sos sos dia kurang pekat nak banding kat beberapa restoran steamboat yang pernah kami cuba..
Tapi tekak lain lain kan...ni pandangan saya..


Dessert pun sengaja tak tamak..amik sikit ja..
Dalam gelas tu puding mangga
Hijau tu kek kastad pandan..sebelahnya kek coklat & dalam mangkuk tu puding roti.



Jom menyeteam & menggrill..
Sebenarnya anak jantan tu cakap dia belanja makan steamboat sini sebab dia tak puas hati  semalamnya tu ( Hari Sabtu) dia & group motor  konvoi pi makan steamboat @ Banting..Depa hampir 300 orang booking steamboat & grill tapi bila sampai sana,tengok daging,ikan,seafood bagai dah siap dipanggang ala bbq oleh pekerja  restoran tu..depa yang sampai reramai ni hanya boleh ber  steambot sesayuran ja.....frust tak boleh nak grill sendiri,..tak puas hati la..

Datang dari jauh jauh KL hingga ke Banting..tapi gitu pulak jadinya..Tapi orang lelaki kan...depa malas nak panjang cerita...pakat terima saja seadanya.Kalau kita hat pompuan ni..sampai raya pun masih ungkit🤣



Tu yang dia ajak makan steamboat lagi semalam..Dia kata nak feel bakar bakar sendiri baru syok makan..Alhamdulillah ,rezeki saya & Cella la...hihihi..
Kami makan tak lama pun...sebab memasing belum solat maghrib..Dalam pukul 8.10 macam tu kami dah beransur mencari stesen minyak untuk solat.Mungkin situ pun ada surau tapi kami yang taktau.,.sebab biasanya tempat macam ni ada mini mussola nya kan..

Dipendekkan cerita..kami terus balik sebab anak jantan ru nak ke Bukit Jalil pulak.Ada cabutan bertuah untuk pembeli 
 pakaian CHOII.....manalah tahu untung nasib terpilih setelah berbelanja rartusan ringgit pagi semalamnya..Tapi menjelang tengah malam anak jantan tu balik tangan kosong...hehe
Belum rezeki dia..rezeki orang lain berjumlah keseluruhan RM10k katanya....Dia rezeki beli baju ja la...🤭


Untuk info lanjut mengenai tempat Dapoq Cikgu ni  dan menunya serta review  boleh rujuk KAT SINI....

7 comments:

  1. Bagus anak bujang depa, belanja mak & adik dia 👍
    Sy pun tahun ni jadi malas nak iftar kat luaq, lagi selesa berbuka di rumah. Ikutkan ada iftar jamaei dgn geng alumni tapi malas nak pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la
      ..tahun ni ramai yabg lebih suka masak kat rumah ala kadar sahaja..Nak beli mahal + ramai juga terkena kan

      Delete
  2. Lama kita tak berstimboat & grill. Nampak macam ok sgt Dapoq Cikgu tu. Anak bujang tak bgtau ke harga per pax?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya dia berapa RM...dia kata takmau bgtau..tapi saya rasa dalam link tu macam ada ja harganya

      Delete
  3. ye kalau bersteambot yg ada grill better kat luar. kalau tak habis sampai ke rambut yang belah dalam pun busuk sama

    ReplyDelete
  4. Lama tak bersteamboat.
    Nantilah lepas raya.

    ReplyDelete
  5. anak2 suka sgt kalau mkn mcm ni.. mereka dapat merasa masak memasak...

    ReplyDelete