Tuesday 12 March 2024

HI TEA @ PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL

Tiga hari sebelum puasa iaitu hari Sabtu...tempat kerja anjurkan hitea @ Hotel Marriott,Putrajaya.

Makan makan & sembang sembang santai sebelum berpuasa yang dijangka pada hari Selasa.


Tema kali ni Black & Gold


Mak mak bergambar kat tangga.Kalau orang orang tua dulu melarang anak dara duduk kat tangga.Katanya nanti takda orang datang meminang🤭
Ni dah mak mak belaka...tak apa kot...hihihi


Jom,masuk....

Kami menuju ke Zest...di level 1...dalam Marriott Hotel Putrajaya..Lokasinya besebelahan IOI Mall Putrajaya.Mengambil masa lebih kurang ½ jam dari tempat kerja kami.
Hitea nya pukul 12.30pm-4.00 pm.RM128/head.
Parking RM4/hour.Tapi kalau kita ada even sini boleh cop kat kaunter dapatlah flat rate RM12.




Jamu mata sebelum jamu perut


Station yang paling saya suka


Ni pun sangat menggoda selera


Cari tempat duduk dulu...Pastu ambil makanan..jom



Tak boleh tahan tengok roasted beef..hihihi


Creamy chick bean...sedap rupanya kacang  kuda ni dimasak berkrim macam ni

Nama pun buffet kan...Selagi mampu makan...ulang ulanglah ambil makanan...Asal jangan bazir kan...hihihi


Ada lagi yang menggamit tangan saya untuk mengisi pinggan..


Ya...Gulai buah munggai dengan udang...menu rare jarang jumpa.,haruslah cedok kan...



Dessert...


Dua kali saya ulang ambil pulut taitai ( pulut bunga telang)dengan kaya tu...kenyal dan cukup lemak masinnya digabungkan dengan kaya yang manis.Kuih talam pandan tu pun sedap sangat.Kaki makan macam saya ni,apa ja yang tak sedap🤭



Depa jaga badan...tak makan banyak..Saya jaga perut...kena makan takut lapar🤣



Sambil makan sambil pasang telinga...kot kot nama naik untuk lucky draw...

Jom ..doa kot kot nama kita terbertuah



Antara hadiah yang menjadi idaman ramai...Kepingan emas!



Namun,rezeki saya bukan kepingan emas....Nombor bertuah saya hadiahnya dalam beg ni...Alhamdulillah...dapat juga walaupun bukan emas..
Bukan semua bertuah .Kalau tak silap hanya 30 hadiah untuk cabutan  bertuah ni.
Kepingan emas tu dapat kat rakan meja saya...Ekin..Lagi dua tak ingat pula dapat kat sapa..
Yang penting semua pulang dengan berat yang bertambah kat perut🤣🤣

8 comments:

  1. Cantiknya tema black and gold!
    Mak... sedap-sedap dessertnya tu, saya pun terliur...eh, puasalah!

    ReplyDelete
  2. tema tu dah nampak classy dah...makanan pun best..ntah bila SA nak makan- makan macam ni...

    ReplyDelete
  3. Tempat bukan kaleng2 harga pun bukan kaleng2

    ReplyDelete
  4. Betul tu..janji balik semua berat di perut hihihii.. untung la dpt kepingan emas.. bukan bishe bishe ni :D

    ReplyDelete
  5. Meriah makanan . Betul menu rare gulai mungai tu jadi sajian hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...jarang jumpa buah munggai kat hotel atau restoran pun jarang ada

      Delete