Monday 21 November 2022

BUAT BUBUR BIJI GANDUM

Sementara nak tunggu pembentukan kerajaan yang masih tergantung...jom,kita makan bubur biji gandum dulu...hihihi


Dah lama tak masak bubur biji gandum ni..
Tiba-tiba rasa teringin bila nampak biji gandum masa tengah cari barli kat rak barang masa pi beli barang dapur beberapa hari lepas.

Ini antara trademark saya..Kalau makan bubur atau pengat wajib nak kena ada cream creaker...
Hihihi...
Sedap sangat makan panas ataupun  sejuk.
Saya suka makan waktu panas tapi tang telah dimasak beberapa jam awal supaya lebih pekat.Bila nak makan panaskan semula...sambil sudukan bubur..sambil gigit cream creaker yang lemak masin dan rangup....feeling 



Ni la biji gandum.Selalu kita makan tepung gamdum kan...Ni kita makan pula whole weat...gandum penuh yang belum diproses jadi tepung.Hanya dikopek kulit saja macam biji beras kita la lebih kurang.Ramai saja lagi anak-anak yang belum dapat bezakan antara biji gandum dengan biji barli..
Biji barli lebih putih manakala biji gandum agak coklat macam beras perang.
  
Sekali pandang ada mirip biji beras perang..cuma biji  gandum  dua kali ganda lebih besar saiznya.Kalau dah jadi tepung pun hasilnya tidak begitu putih.Yang kita beli tepung gamdum warna putih tu kebanyakan sudah menjalani proses 
"bleching " dengan bahan pemutih.Sama juga macam beras.Kalau beras ori tu warna perang muda atau agak kelabu kerana masih berselaput.Kulit ari atau selaput mac beras perang atau wholemeal tu banyak khasiat tapi kebanyakan kita lebih suka beras dan tepung gandum yang dah "diputihkan"..Macam orang la juga kan...pakat nak jadi putih...hihihi.
Saya la tu..teringin nak jadi putih tapi tak putih-putih...tetap sawa matang..🤭


Biji gandum yang sudah direbus hingga kembang.
Saya guna ½ pack biji gandum iaitu lebih kurang 1 cawan sahaja.Kalau bagi yang nak  agak dapat banyak mana secawan biji gandum tu?
Anggaran hasilnya bila dah siap jadi bubut dapat la dalam 5 bekas taufu fa tu.Bergantung kepada berapa pekat bubur ni.Kalau bubuh kuah banyak dapat la lebih.Adjust la sendiri ikut selera kita sendiri.Ada yang suka bubur yang pekat kental.Ada yang suka banyak kuah dan agak cair.

BUBUR GANDUM
1 cawan biji gandum
1 kotak kecil santan
1 ketul gula melaka
3/4 cawan gula putih
1 helai pandan
1/2 sudu teh garam

1. Basuh gandum dan rebus dengan3 cawan air hingga mendidih
2. Sementara rebus gandum...jerang 1 kettle air panas..sebab 3 cawan air tadi x cukup untuk melembutkan biji gandum
3. Bila air rebus gandum mula kering,tambah air panas agak-agak  dalam 1 cawan dan terus rebus lagi.
4. Sentiasa tambah air panas bila kering .jangan tambah air sejuk sebab kalau tambah air sejuk nanti mengganggu peroses masak dan  amibil masa untuk mendidih semula

*** Tambah air panas sikit demi sikit berulang kali sambil kacau supaya biji gandum kembang dan pekat..
JIKA terus rebus dengan sebanyak air sekali gus...nanti bubur gandum x berapa pekat..Bijinya tetap kembang tapi pekatnya x cantik macam kita tambah air sikit demi sikit..

5. Bila gandum sudah kembang cantik masukkan daun pandan..
6. Tambah 1/2 kotak +  sidikit air panas supaya kuah boleh mendidih.Air panas tu ikut kepekatan yang diingini..INGAT nanti bila masuk gula kuah akan mencair sedikit lagi
7. Masukkan gula dan garam serta sesuikan rasanya
8. Masukkan baki santan pekat tanpa campur air dan biar mendidih sekali sahaja dan matikan api
  **Tujuannya santan x pecah dan bubur lebih lemak berkrim


Cuma nak bagitau..bubur gandum ni semakin sejuk atau semakin lama dibiarkan memang  ia akan semakin pekat..

Ni  bubur buji gandum selepas 1 jam selepas masak dan mula sejuk.Bubur makin pekat.


Sesuai dihidang bersama teh 0 tanpa gula.


Bubur gandum bersama cream creaker...

22 comments:

  1. tak pernah makan bubur gandum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la sekali Ammi...mana tau kot kena dengan selera🤭

      Delete
  2. Sedapnya bubur gandum... kenyang mkn ni

    ReplyDelete
  3. Macam pernah nampak TTK tayang dulu. Sy tak pernah makan, tapi boleh bayangkan kesedapannya.
    P/S Hari tu ada nampak video macamman orang buat beras perang tipu2. Jadi, tak boleh percaya sgt beras perang ni... ghisauuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak....ada beras tipu-tipu ke?
      Memang patut ghisau kerana ia melibatkan kesihatan kita kan

      Delete
  4. di tempat saya bubur gandum memang betul guna tepung gandum bancuh air uli gunting lps tu baru buat kuahnya mcm pengat...
    biji gandum saya belum pernah jmp di kedai nanti kalau dah jumpa teringin jg nak cuba resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ..yang tu pun sedap kan...
      saya pernah juga buat yang tu..saya panggil bubur caca homemade🤭
      ada yang panggil bubur gunting kerana tepungnya digunting..

      Delete
  5. SA pernah makan sekali rasanya...sedap...lebih kurang minum air barli gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..rupa dia seakan barli jugak ni..Saya pernah juga buat bubur barli .....pun sedap dan lagi berkhasiat..warna bubur barli juga lebih putih

      Delete
  6. Sedapnya lama tak makan bubur gandum.saya pun sama mcm mama cella suka makan pengat/bubur dgn biskut cream crackers.klu biskut tak de roti pun jadi

    ReplyDelete
  7. Sedapnya MC! Sy suka makan bubur ke pengat ke tapi takde geng nak makan, itu yg jarang buat. Dulu arwah mak ada, rajin juga layan bubur kacang & serawa pisang 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat..PH ajak saya pi makan....kita geng🤭

      Delete
  8. Rasanya masa kecik² dulu mak saya pernah buat. Adik beradik ramai kan, bubur gandum ni buat minum petang, kenyang sampai malam 🤣. Kalau tak silap saya rasanya sedap, kenyal².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul dah tu Jaja..makan semangkuk kenyang sampai malam..Tapi saya ...malam boleh ulang makan lagi🤣

      Delete
  9. sedap nampaknya tu kak, bila nampak bubur gandum gini teringat masa kene duduk ward lama. Mesti ada bubur gandum ni untuk minum petang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...dulu2 ...bubur gandum antara menu minum petang hospital🤣

      Delete
  10. Sedap ni. Lemak manis dengan rasa gandum yang lembut kenyal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Mesti cikgu juga boleh bayangkan rasa dia kan...ninkategori makanan nostalgia jugak ni kan

      Delete