Friday 30 April 2021

MAKANAN BAZAR RAMADHAN--IFTAR 17RMADHAN 1442

Dua hari bercuti memang cuti sungguh.Rabu bercuti.Khamis sambung semalam cuti Nuzul Al-Qur'an.Adah cakap dia dah janji dengan Ziha nak ke Bazar Ramadhan.Anak bujang pun cakap dia nak keluar juga.Katanya nanti dia nak beli sendiri makanan untuk iftar.


Adah beli Nasi Kenduri untuk dia.Katanya memang nama gerai tu Nasi Kenduri.Lauk daging masak hitam.Ada percuma air sirap sekali.RM8

Nasi ayam untuk abangnya.Bau dia sedap.Sayangnya saya tidak berminat dengam nasi ayam.Tapi dah abangnya keluar dia pun beli juga nasi kenduri lauk ayam rempah RM10.
Sudahnya nasi ayam sudah berbau& saya hanya selamatkan ayamnya jadikan rencah nasi goreng sahur.Demi nak kurangkan membazir.Harap-harap tidak sakit perut

Ayam percik untuk saya.Saya tak suka nasi berperisa.Jadi saya pesan ayam 


Pinggan saya.Sudah dua kali membeli ayam percik tapi belum jumpa rasa ayam percik

Ini bukan ayam percik.Tapi lebih kepada ayam bakar sos cili manissss..hihihihi
Kuciwa
Siingat saya,berbelas tahun saya tidak ke bazar ramadhan.Saya memang tak suka + malas pergi & sanggup masak walaupun penat.Kadang rasa nak marah kepada diri sendiri pun ada bila penat..hihihi.Tapi tahun ni saya teringin nak pergi bila Adah ajak minggu lepas sebelum balik kampung tu.Pastu merungut..hihihi.Zaman anak- anak masih sekolah ,memang saya taknke bazar la.Suruh anak- anak pergi pun depa tak nak.Sekarang depa dah besar,depa memang nak gi bazar.Tapi saya tetap nak masak untuk diri sendiri walau hanya nasi putih & kirim belikan ayam percik sahaja.Pun nyesal sebab tak goreng ikan masin.Kalau tidak mesti lagi sedap dari ayam sos cili manis tu.Hihihi...Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk saya agar bila tua nanti (macam la sekarang ni tak tua...hihihi)tidak menyusahkan anak-anak.


Popia basah RM7 kalau tak silap.Sudah pesan dekat Adah beli ayam percik sahaja untuk saya.Kalau tiada beli polia basah.Dibelinya juga dua-dua.Sudahnya popia terbazir kerana bila malam sudah lembik melekat & intinya sudah berbau.

Ada beli begedil tauhu
Sos kicap tu sedap.RM6


Adah juga beli keria gula melaka RM3.50.Akhirnya terbazir juga kerana tiada rasa keria.Isinya tepung berongga macam kuih donat.Tandanya banyak tepung & dicampur yis.
Sayangnya makanan yang terpaksa dibuang tu.Semoga Allah ampunkan dosa kami.
Agaknya kalau hanya beli nasi sahaja mungkin tiada pembaziran.Nak dilarang,kasihan takut mereka teringin nak makan.Apapun bukan salah makanan tu.Salahnya diri sendiri.


7 comments:

  1. Tahun nie belum jejak kaki lagi kat bazar.... Selalu iftar masak nasi ngan lauk... Buah buahan... Hafi tue ade lar buat kuih lopes... Cikbunga ambik resepi kat siniπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Tahun ni saya surrender. Memang tak masak langsung. Suami tapau je kat kedai yang dah diyakini sedap. Tahun² sebelum ni memang masak sendiri sebab tak berapa suka pi bazar. Tapi memang betul kak, susah nak crik ayam percik n kuih muih yg sedap skrg ni.

    ReplyDelete
  3. Peniaga bazar Ramadan masak lebih awal. Bila kita beli entah berapa jam sudah masakan tu. Seingat saya tempoh makan masakan sesudah dimasak hanya 4 jam. Lebih dari itu ditakuti bakteria membiak. Tu yang buat keracunan makanan kan Mama Cella.

    ReplyDelete
  4. mcm2 ada kat param.. tapi tu la kualiti x okay.. πŸ˜…

    ReplyDelete
  5. Sy pun belum ke bazar lagi tahun ni, bukan tak sudi tapi malas. Balik 3.30 sampai rumah jam 4, lebih baik saya masak. Yg boleh demam kalau tak pergi bazar tu Pak Inche, kikiki

    ReplyDelete
  6. Jgn serik ke bazar sudah ye..mcm saya. Lebih rela masak mkn apa yg ada. Kalau pergi pun dulu2 cuma jamu mata ambil bau je, sambil2 exercise brjalan kaki

    ReplyDelete