Wednesday 14 August 2019

LEMBU QURBAN 2019

Dah masuk 12 Zulhijjah 1440
Tapi nak masukkan catatan diary 10 Zulhijjah
Qurban untuk tahun ini

Ni la lembu qurban untuk tahun ni
Pic by Pak Cik & kakak
Sebab aku x ikut pun gi tempat lembu ni

 Persiapan Pak Cik nak gi buat ibadah qurban
Segala family pisau Pak Cik ada
Pak Cik memang peminat & pengumpul
Ingatkan pisau cap ayam jer
Rupanya mahal laktu harga pisau tu
Ratus-ratus tu
Dah la sarung ukiran kayu tu cantik
Ni kalau Pak Cik buat untuk seni ni confirm A++

 Antara koleksi kesayangan Pak Cik

 Bapak tajam ni

 Ni kakak kata kat kandang lembu
Ada banyak lembu untuk diqurbankan
Ada yang alan disembelih 10 Zulhijah
Ada yang 11..12 dan 13 Zulhijjh iaitu hari tasyriq

 Haikal kat kandang lembu


 Ok dah confirm ni lembunya

 Muka pasrah jer lembu ni
In sha Allah kau akan ke syurga
Doakan kami juga ke Syurga Firdaus

 Haikal tengah pegang tali lembut untuk niat qurban

Diikuti oleh kakak
Kakak lak yang muka scary ngalahkan lembu tu
 Besiap sedia untuk diqurbankan


Ni la gukang sembelih merangkap tokey lembu


Video cara lembu ditumbangkan untuk. Memudahkan tugas menyembelih
Kakak ada juga sent video masa sembelih tu
Tapi aku yang x berani nak buka dan tak berani nk tengok
Rasa x sampi hati


 Dah tumbang dah


 Mak aku cakap perlu melakukukan dengn sopan dan terhadap lembu yang bakl diqurbankan


 Dah selamat disembelih

 Ni kakak mak aku kata proses nak lapah

 Lapah tu apa?
 Lapah tu mak aku cakap siatln kulit lembu tu dan keluarkn segala isi perutnya sebwlum dipisahkan daging dan tulangnya


 Kulit lembu disiat dan diasingkan
Kulit lembu ni ada yng proses dan makan
Kalau kat Kedah mak aku kata jaranv oranv proses untuk makan
Selalunya dikeringkan
Mak aku kata kulit lembu kering dikenli sebagai BELULANG
Biasanya belulang dibuat gendang dan kompang
Tapi mak ada jer orang makan kulit lembu termasuk mak aku
Hihihihi
Macam mak aku pernah masak
Mak aku suka Kulit Lembu
Tapi aku x makan
Mak aku banyak kali juga beli dan masak kulit lembu
Antaranya KULIT LEMBU MASAK LEMAK CILI API... kat sini
Ada juga dah pernah pos
MASAK LEMAK KULIT LEMBU.. kat sini



 Pak Cik tengah lapah daging

 Nenek cakap
Pak Cik fu memang terror lapah daging
Huh
Patutlah kalau setiap kli raya Pak Cik yang akn beli daging dan Pak Cik yang akan potong daging
Even kalau tern ray kat Pahng pun nenek kata sebelum balik Pahang Pak Cik akan potong dan sipkn daging untuk nenek masak

 Ni nenek kata tokey lembu merangkap tukang sembelih
Nenek kata ni sedara nenek


 Banyaknya daging

 Dah bawa balik rumah

 Mak aku tengah potong daging untuk ditimbang
Achik balik rumah amik penimbang &  eli plastik nak isi daging
Pak Cik dan Pak Njang potong tulang
Nenek beraihkn perut lembu
Tapi x tau mana semua pic tu
Banyak sangat pic melambak2 sampai keliru nak pilih

 Tulang nak masak sup


 Mak aku sibok cerita bahagian organ lembu
 Ni mk ku kata namanya paru-paru
Orang Kedah panggil KELEMPONG
hahaha pelik jer bunyi

 Ni jantung
 Hati Lembu

 Limpa Lembu

 Daging lembu
Hahaha

 Pak Cik suruh bungkuskan untuk Pak Long ngan Kak Zati sebab mereka dah nak balik Kulim


 Selfie jap


 Mak aku tengah ramas2kan daging dan organ lembu hingga tangan penuh darah

 Pastu hulur tangan yang penuh darah tu kat kak Zati
Hahaha
Kak Zati larikan tangan

Tapi berjaya dilumur tangan kak Zati ngam darah lembu
HAHAHAHA

Banyak pic yang kakak sent tapi sebab dah. Ercampur bagai susah nak pilih
Nak kena cwnspr bagai
So... Post yang ni la dulu
Nnti update semula

Tahun LEMBU QURBAN 2016..qurban untuk mak aku
LEMBU QURBAN 2017q
LEMBU QURBAN 2018..qurban bahagian abang
2019 mak aku kata hadiahkan duit untuk kakak buat qurban merangkap hadiah sebab kakak dah berjaya habiskan study & kakak dapat Gred Point 4.00 untuk final sem.
Proud tou sis..!
Doakan pula untuk aku...
Semoga aku juga berjaya mendapat kelutusan cemerlang & berjaya sambung study kat IPTA...
2020 nanti mak aku cakap in sha Allah dokan ada rezeki untuk Lembu Qurban bahgin aku pula...

4 comments:

  1. Alhamdullillah rezeki
    Tahniah kakak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah utk kakak, bukan calang2 tu dapat 4.00

    Aunty doakan ada rezeki utk Cella pula tahun depan ya, insyaAllah.. Doa seiring usaha, Amiinnn Ya Rabbal Alamiiinnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aammiinn... TQ atas doa yang baik untuk kitwr.. Semoga Allah memeberi ganjaran yang sama juga untuk Iman semoga dapat keputusan cemerlang....

      Delete