Thursday 8 August 2019

BUBUR BEBOLA TEPUNG PULUT PERISA DURIAN

Bubur Bebola Tepung Pulut Perisa Durian
Bukan hari ni nyer
Tapi dah x ingt
Rasanya bulan lepas lagi.. Bulan Julai
Haaaa.. Ni dah masuk Ogos



2x mak aku buatkan Bubur ni bulan lepas
Tapi kena publish sebelum musim durian berakhir
Sebelum ni dah post bubur ni
Tapi yang versi kuah dia putih
PENGAT BEBOLA DURIAN... kat sini...


Kuah putih sebab guna gula putih
Kuah gelap ni mak aku cakap guna gula melaka


Tahun lepas memang viral bubur ni
Resepi pun C&P dari post tahun lepas
BUBUR DURIAN VIRAL... kat sini


BUBUR DURIAN VIRAL.. .versi mak aku
1cawan isi durian
2 cawan tepung pulut
1 kotak kecil santan
1 pandan
1 sudu besar sagu biji- rendam 15 minit
1/4 cawan gula
1/4 cawan gula perang
1 sudu teh garam halus
1. Isi durian diuli bersama tepung pulut ( JANGAN TAMBAH AIR).adjust  penggunaan tepung pulut dan gaul dengan isi durian hingga menjadi dough yang oleh digentel
2. Masak 4 cawan air hingga mendidih.Masukkan bebola yang digentel dan rebus sehingga timbul.
Terus masukkan sagu biji yang sudah direndam ke dalam air mendidih berisi bebola durian dan kacau hingga sagu jernih.
3. Masukkan garam,gula pasir,gula perang  dan akhir sekali masukkan santan kotak dan terus kecilka  api dan kacau supaya  santa  tidak pecah. Jika terlalu pekat..tambah sedikit air panas
4. Sesuaikan rasa dan matikan api.Boleh dihidangkan panas atau sejuk
****( Kalau versi asal bebola  durian yang direbus  hingga  timbul dan diangkat dan ditoskan. Air rebusannya dibuang .Santan dimasak bersama  sedikit isi durian,gaeam dan gula  sebelum dimasukkan  bebola yang sudah ditoskan)

No comments:

Post a Comment