Tuesday, 27 August 2019

SAYUR TAUGE KACANG SOYA @ TAUGE KASAR

Sayur Tauge Kacang Soya
Mak aku masak untuk lunch semalam
Selain Sayur Taugeh Kacang Soya ni..
Ada lauk DAGING MASAK ASAM PEDAS....


Sayur Tauge Kacang Soya
Actually sayur yang aku paling x suka ialah sayur tauge
Paling aku nyampah kalau kue teow yang banyak taugeh
Leh buat aku murung oooo
Hahahaha


Tapi ni mak aku masak Teuge Kacang Soya
Tauge dia saiz L...
Rasa dia lain skit la dari tauge yang mengacau dalam kue teow tu
Taugeh Soya ni aku boleh juga la makan
Ada la dalam beberapa suap aku makan
Pun sebab mak aku bising suruh cuba
Kata mak aku xde rasa tauge
Ada ker tauge yang x rasa tauge
Hahahaha
Anyway... Sayur tauge soya ni still boleh terima la

Mak aku cakap
Dulu2 masa Achik ngan Pak Cik masih tinggal kat KL... Pak Cik selalu masak sayur Tauge Soya ni kalau kitorang gi lunch kat umah Achik & Pak Cik
Kata mak aku
Mak aku pun masak ikut cara yang Pak Cik masak
Mak aku cakap sebab kat Kedah belum per ah jumpa tauge ni
Pak Cik memang pandai masak
Dulu2 sebelum rumah baru siap
Kalau balik Kedah kitorang tidur umah Achik & Pak Cik
Kalau bagitau nak balik Kedah
Pakcik akn masak Tomyam.. & macamgmacam makanan exotic
Haaaaa.... Pak cik ngan mak aku memang peminat makanan exotic..
Macam pelanduk, kijang, landak & ayam hutan..
Ada lagi makanan exotic lain macam perut lembu, lidah lembu, kaki lembu semua.
Sebabnya Pak Cik ada geng nak makan makanan aneh2 tu
Achik ngan nenek plak memang x makan
Aku memang x la
Haikal ngan kakak ngan abang ngan Aqil aku tak tahu la mereka makan ke tak
Sayur Tauve Soya ni pun dulu aku x makan
Mak aku yang suka sangat


SAYUR TAUGE KACANG SOYA
½kg tauge soya
2 keping tauhu
minyak
½ asam keping kecil
Sikit daun sup

Bahan Tumbuk
Segenggam ikan bilis
10 cili padi
3 bawang putih
½ bawang besar
1 sudu teh garam

1. Tauhu dipotong dadu dan vorenv garing
2. Tinggalkan 2 sudu minyak dan tumia bahan tumbuk
3. Bila garing masukkan taugeh dan kacau rata. TIDAK PERLU masuk air.
4. Masukkan tauhu, asam keping dan gaul rata.
5. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup


Tauge Soya
Mak aku kata tauge yang biasa tu dibuat daripada kacang hijau yang masak bubur kacang tu
Mak aku pernah BUAT TAUGE SENDIRI... Kat sini...
Itupun sebab tak sengaja..
Hahahaha


Tauhu siap potong dan goreng garing
Orang Kedah panggil Tawkua(kena sebut dengan sebutan sengau baru betul macam sebutan orang Kedah)
Haaa... Kalu gi pasar memang penjual sebuat tawkua

Mak aku cakap dulu Pak cik masak sayur tauge soya ni Pak Cik pesan soh letak sikit asam keping untuk hilangkan maung tauhe soya..
Haaaa.... Mak aku cakap sebagai kakak ipar yang baik kena la ikut petua adik iparnya
Hahahaha...zaman sekarang masih ada yang patuh arahan


Bahan untuk tumbuk
Ni pun mak aku cakap kena ikut petua Pak Cik
Kena letak cili padi
Hahahaha... Patuh pada petua betul mak aku
Kata mak aku kalau  betul2 ikut resepi Pak Cik..
Cili padi tu kena extra
Huh...


Kena tumbuk..
Takleh blend ke..?
TAK BOLEH...!
kikikiki....

Maka makan lah mak aku dengan feelingnya
Siap meratah semangkuk tanpa makan nasi
Mak aku cakap makan sayur ni pun dah kenyang
Memang la kenyang sebab makan semangkuk penuh
Hahahahahaha... 五五五五五五

3 comments:

  1. Actually trend Di negara barat makan mentah atau buat salad Vietnam tak masak guna taugeh famous ...
    Togeh 200gm dah tiga hinghit enamploh Sen.
    Selain dari togeh Dari kacang mereka buat special vegetables Dari being benih seeds. ITU lagi Mahal. Lepas Tu samada buat juice, fillings wraps, sandwich, mixed salad , mixed with noodles salad, Sayur to go along with burger etc.
    Tempeh kat Holland org putih makan ok. Dulu kawan bapa DIA siap travel.ke Sana repair mesin process soya utk buat tahu Dan tempeh.
    Harga tempeh sekepingduablas hinggit.kecik Dan nipis je.
    Kat sini selalu dah frozen so harga tetap Sama.
    Omputih Rasa khasiatnya banyak Dan tiada pencemaran racun buat togeh.

    Nampak Dalam gambar maknawak masak lengkap...Dan sedap.. flavoursome..
    Kita tumis ikan masin atau bawang putih pun dah sedap. Kawan dgnsambal belacan.
    Hehe they said togeh Sayur zero calory.
    Spt biasa la kacang angin.. so letak la halia.
    Never underestimate food from the look and the price value.

    Eh Kita order mi goreng APA skali pun Minta lebih togeh hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh... Nak gi jual tauge d tempe la kat sana... Boleh kaya kalau harga macam tu
      Hahaha

      Delete
  2. Emak saya kalsu masak asam pedas mesti lawan dgn taugeh kasar gpreng..rindu sangat masakan emak...

    ReplyDelete